BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label tak sedar diri. Show all posts
Showing posts with label tak sedar diri. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

..SaRkAsTiK..

Kuang kuang kuang...untuk seketika waktu aku telah memprivatekan blog aku sebab ada orang orang yang tidak langsung di undang untuk membaca telah menjumpai khazanah aku yang disimpan dengan baik ini...menyampah perasaan yang sesuai untuk anda..

Lagi sekali..sangat annoying bila ada someone seolah olah cuba untuk menjadi sarkastik depan aku...meluat perasaan yang sesuai untuk anda..please ok...jangan buat macam tuh dah...aku tak suka...suck...suck...suck...aku dah tak berminat untuk meminati dan menyukai anda seperti dahulu...bianeeeyo..aku sentiasa begini...sakarang dan selamanya...heh..

Semoga ............... bahagia...dengan apa yang ada...walaupun dalam diam aku menyukai anda...tapi kita tidak BOLEH bersama...in our heart only...biarlah masing masing jer yang tau isi hati sendiri...tak perlu untuk diluahkan kerana aku pasti untuk kali ini juga..hanya sementara...perasaan ini ibarat tempat persinggahan sementara yang seterusnya barangkali...jawapan untuk hati kita...

Saja nak menggedik...hahahaa....aku sangat cepat suka seseorang...aku juga cepat untuk melupai seseorang...soo..usah terlalu gembira apabila anda tahu aku menyukai anda...kerana..................................ianya pasti hanyalah SEMENTARA juga...

Tuesday, October 16, 2012

pAdaN mUkA..

Blink blink...pening dah kepala nih...kononnya banyak sangat berfikir lah kan...sampai terasa pening sangat nih...okeh...intro je nih...dalam mata yang membengkak dan semakin kuyu..hati aku sedikit terkilan dan tercuit dengan rasa kecewa dan marah...banyaknya adalah marah sahaja...marah dengan diri sendiri yang terlalu banyak kekhilafan yang dilakukan...

Kalau hari nih tak dak sebarang halangan, konfem aku tak dak kesedaran langsung yang aku sendiri dah buat setiap perbuatan yang aku sering pertikaikan apa pasal dorang buat...dan sekarang aku dapat sejibik macam tuh jugak...just cara sahaja yang membezakan situasi aku dengan mereka...kekecewaan amat melanda diri aku..aku kecewa sangat sangat...menyesal 100% ... 

Lepas nih...banyak perubahan yang perlu aku lakukan...paling penting sekali benda yang perlu aku ingat...elakkan diri dari banyak cakap cakap kosong...bila banyak bercakap mula lah macam macam benda nak keluar...salah satunya mengumpat, kutuk mengutuk...kata mengata..kalo dah diri sendiri pun kaki mengata kat orang..jangan lah nak tergedik buat kecewa kalo ada orang kutuk diri sendiri kan..kuikuikui..

SABARLAH...MANUSIA NIH KALAU TAK KENA KONFEM TAK DAK KEINSAFAN....BILA SEKALI DAH KENA BARU DIA TAK LUPA..BAGI SEDAR SIKIT..SELALU DOK MAKAN PUJI SANGAT KAN... HAHAH..BINGO..SILA MALU DENGAN DIRI SENDIRI..


p/s : standard ah dalam sesuatu hubungan tuh mesti ada pasang surutnya kan...so...sekarang hubungan aku baru start nak surut..padan muka...bukan salah aku..siapa suruh cari pasal...dah besar tapi tak buleh nak fikir langsung baik buruk sesuatu benda....nih kita gelar KURANG BIJAK.. 

Saturday, October 22, 2011

nOmBoR yAnG tIdAk DiKeNaLi..???

Hurmm~~baru lepas berbakti pada kawan-kawan..aku memang macam nih, akan ada satu masa aku akan jadi rajen jer..hehehe..tadi masak dengan Cik Faten dan Cik Bad..hari nih kitorang masak banyak sikit dari semalam sebab hari nih kitorang nak jamu makanan pada ramai tetamu gitu iaitu Cik Piqah, Cik Tiqah, Cik PinQib + Cik Moon (rumet Cik Bad). Naseb lar hari nih kitorang masak lebih sedap dari kelmarin. Selalunya asal jer kitorang masak dengan niat nak jamu pada orang mesti masakan tuh jadi tak sedap..gila kaw-kaw tak sedap kot..hahaha~~ kena sumpah ke apa aku pun tak tahu..tapi berkat ikhlas kot, hari nih masak memang deabak kot..terbaek terganas wa cakap lu..

Masa dok tengah lagha buat kerja sambil dengar radio, tiba-tiba ada mesej masuk..eh nombor yang tak dikenali lar..ermm..masa tuh hati nih mengharapkan Mr. Right ler yang mesej nya..bajet konon-konon dia ada ler nombor aku tuh kan..heheh~~ok fine..kembali aku ke dunia nyata!! Rupanya mesej tuh dah sejam baru aku perasan..aku masa tuh terfikir, entah-entah mesti nih kerja Fathul a.k.a bff aku. Mana tau kot-kot dia nak kenakan aku, sebabnya dia memang jenis yang suka menggedik dengan aku tak kena tempat..sudahnya bila aku tak layan dia start ler nak merajuk~~

unknown : Hy
aku : sapa nih?

Unknown pun ambek sejam jugak untuk reply mesej aku,

unknown : Nk knl bley?

Serius aku cakap yang aku memang tak suka orang mesej dari huruf lain jadi huruf y, u, w~~ dan bla..bla..bla..please ok..aku sangat-sangat tak suka..jadi, oleh sebab masa tuh aku memang sebok sikit..so aku pun reply sejam lepas tuh jugak..yer lar, aku tengah sebok nak siapkan fail aku kot

aku : nk kenal mende ny..sy knl ke?

Ye lar weh..tuptup nak kenal dengan aku..dia ingat nih zaman budak sekolah ke nak menggatal tak kena gaya..even kau perempuan dan bertujuan untuk kenakan aku, aiseh~~taktik zaman jahiliah...memang orang tak pakai dah kot..sila ler tukar ke taktik baru buleh? Mungkin sebab dia pun tak busy, maklum lah..kerja dia tunggu aku reply mesej kot..cepat jer dia reply..

unknown : 2 nk knl dgn wak

Allah...serius berbulu ketiak aku bila baca mesej tuh..tolong lah...sapa ler yang ada niat nak pekena aku + nak uji aku + nak bang bang boom aku nih? Serius, beberapa minit lepas aku cerita kat Cik Faten, aku terfikir...entah-entah ex aku apa..sengaja nak tengok aku layan ke tak mesej-mesej bodoh macam tuh...aihhh~~aku terus jadi konfius jap..

Aku : pas2 mana dpt no nih?
unknown : dri kwn..

Then aku terus tak reply..bengang kot aku..buleh pulak mesej tuh dibalasnya sepatah-sepatah..apa dia ingat aku suka sangat ke nak melayan orang yang aku sendiri tak kenal asal usul nih? Apa kejadah lar dia nak kacau + main-main dengan aku nih~~bengang bro~~serius aku bengang...tak lama lepas tuh ada nombor baru miskol, nombor selatan bro~~cess..tak guna betol ler..nih mesti nombor aku sudah di pass-pass dengan jayanya...aku pun apa lagi, dengan bengangnya terus reply mesej dia cepat-cepat..

aku : kwn mana yg bg no? sp?
unknown : kwn sblh umh..wak nm ap yea?

Ces..tak ke bangang kawan sebelah rumah yang bagi nombor...kot nak pekena aku pun agak-agak ah..ingat aku suka ker bila ada orang dok kenakan aku? memang ler aku mudah ditipu + dipermainkan oleh kawan-kawan aku..maklum lar, aku nih sangat mudah percaya dengan cakap-cakap kawan aku..heheh~~aku pun tak tahu apa masalah aku sebenarnya..sebabnya, bila depa tipu, aku percaya..tapi bila depa cakap betol-betol, aku pulak yang tak percaya...tuh lar..padah menipu..cakap betol pun aku dah tak percaya~~hahahah...

Ok..berbalik pada cerita tadi..maksudnya sekarang nih ada dua nombor yang tak dikenali masuk dalam kocek henset aku hari nih..bengang pun ada sebenarnya. Sebabnya serius aku dok bajet namja aku..mana tau kan kot-kot dia pun suka aku dalam diam..hahahah~~lepas tuh dia malu-malu ke kan that's why dia kacau-kacau aku..kalau dia tak pa..memang aku suka..hahahah~~konfem aku layan kaw-kaw punya lah!! (ok..aku perasaan jap) Haaa~~main-main sangat dengan aku, so aku decide malas dah nak layan budak-budak yang tak matang nih..kalau ikutkan hati aku, nak jer aku letak nombor dorang kat blog aku nih..alang-alang nak jaja, biar aku jaja betol-betol..baru puas + padan muka korang...apa korang ingat aku nih baik sangat?

Monday, October 17, 2011

..JaNgAn EmO dEnGaN sAyA, BuLeH?

Ermmm~~laporan untuk mood pada hari ini..=) mood aku sangat ok ler..tak dak ler nak moody or nak marah-marah. Pagi nih siap buleh maen tiga empat jenis game lagi..start dari main bola beracun, musang + ayam, takraw, tenis kemudian patah balik main takraw. Hari nih baru aku dapat tau yang aku tak pandai main takraw...sobsob~~tenis aku buleh gagah ler...macam pro gitu..muahahah~~nak bajet poyo kejap! Rupanya masa tengah main tuh ada ler suara-suara halus + mata-mata yang memandang..walaupun aku tak terer maen, tapi aku tak de lar nak memalukan diri sendiri kan..hihihi..

Semua di atas merupakan intro untuk hari nih jer ye...ok, hari nih aku nak mempersoalkan kenapa lelaki suka merajuk + suka buat muka emo bila berdepan dengan aku. Serius aku sangat tak suka lelaki yang suka buat muka emo dengan aku + suka merajuk. Apekah aku nih mulut laser sangat sampai selalu buat mereka tertacing tanpa disengajakan? Atau apekah ke'emo'an mereka yang membuatkan mereka sendiri tidak terkawal sehingga menyebabkan mereka stress + nak lepas amarah pada orang lain?

Aku bukan tak suka macam mana...tak kesah ler kau kawan lelaki or kau kawan perempuan aku, tapi aku nak cakap terus terang yang aku memang tak syok + tak senang hati kalau korang tacing sebab aku tau. Even bermasam muka + tak bercakap selama beberapa hari pun, aku tetap tak ok sebenarnya. Aku bukan jenis yang suka nak marah tanpa sebab + nak berdendam. Kalau aku tak puas hati memang aku suka cakap direct, kalau aku sakit hati or marah memang aku ambek masa mendiamkan diri, sebab aku tau nanti kalau aku cakap alamatnya...terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya~~

Aku nih memang cepat naek angin tapi bila aku dah ok memang aku tak fikir sangat dah, kira macam aku nih cepat sejuk jugak ah. That's why aku tak suka orang buat emo depan aku, sebab aku tau nanti mesti aku jadi baek hati sangat. Bukan apa, kadang-kadang kita nih bukan tau, apa pasal orang emo dengan kita. Mungkinkah disebabkan cara kita melawak tuh dah buleh buat orang tacing dengan lawak kita..tuh yang aku bimbang sangat...lagi satu aku nih pulak memang jenis yang kalau bercakap tuh pakai maen lepas jer...tak pulak nak fikir pasal perasaan orang. Bila beberapa jam or minit selepas kejadian, baru ler aku nak terfikir adakah apa yang aku cakap tadi menyebabkan ada orang yang tertacing ke.

Well~~aku mintak maaf sangat ler kalau ada benda dari diri aku yang sangat menjengkelkan semua pihak especially orang-orang yang terdekat dengan aku. Aku tau aku nih banyak buat bagi orang menyampah..tapi inilah diri aku yang sebenar..aku sangat ok kalau kawan-kawan aku nak bagitau benda yang dorang tak puas hati dengan aku. Macam tuh aku lagi selesa kot. That's why kalau ada benda yang aku rasa aku dah buat orang tacing, aku cepat-cepat akan pergi mintak maaf tau..MYSELF~~

p/s : terasa macam ada benda yang tak kena jer dalam kelas hari nih..mende ye? yang pastinya bukan sebab ketiadaan Cik Faten + Cik Yuni...muahahaha~~macam ada something yang membuatkan aku tersegan sendiri mungkin...?apekah ini semua...

Thursday, April 28, 2011

~~AGAIN~~

Salam semua orang~~lama benar aku tak menjengah kat blog ni...sangat sibuk sampai tak sempat nak update blog. Dulu sibuk nak siapkan assignment, sekarang pulak sibuk dengan kawad istiadat. Semua nih semata-mata untuk perbarisan masa konvo set-set KPLI. Dalam banyak-banyak kelas, budak kelas kitorang lar yang paling banyak terlibat dengan konvo nih. Kalau tahun lepas kitorang kena siapkan dewan, angkat pasu bunga, susun-susun bunga, tapi kali nih kena berjemur tengah panas. Muka aku yang cerah nih pun dah jadi gelap balik!!Oh tidak~~!!

Ok, sedang asyek dok me'relaks'kan diri sebelum nak balik rumah jadi aku pun ber'online' lar sat. Ermmm..sejak kembali ke status single nih, belum lagi terfikir nak cari pengganti yang baru sebabnya hati nih rasa menyampah gila nak bercinta. Kalau dulu, bercinta memang best, dapat pulak kapel then break pastu kapel balik dengan orang yang sama. Walaupun sepuloh kali kena tipu, diperbodohkan, masih lagi nak kapel dengan si laki tuh. Pernah jer member aku cakap aku kena ubat guna-guna...hahahaha~~~wallahualam~~tapi kali nih memang aku tekad ah, menyampah + sakit hati...

Kononnya nak bagi peluang kedua, ye lar tuh..peluang kedua untuk ditipu dan diperbodohkan. Yang tak tahan nih, boleh pulak si pempuan nih merangkap kepada junior sekolah rendah sampai sekolah menengah. Unexpected beb!!Cisss~~se otai-otai aku, aku tau jugak sapa pakwe orang sapa laki orang, sapa yang single. Aku paling menyampah sekali bila dapat tau dia kapel dengan budak tuh dan pada masa yang sama dia masih lagi nak kat aku. Tak ke bodoh namanya..Aduh, kalau aku buleh bagi penampar, dah lama dah melekat kat muka laki gitu. Dasar tak cukup dengan sorang pempuan...neway, wajarkah aku tak memaafkan apa yang depa dah buat? Tikam aku dari belakang? Aku rasa, sangat-sangat wajar kot...

Ermm, aku harap sangat sampai bila-bila pun aku tak kan jumpa dua makhluk nih. Aku tak nak dah terjumpa or sengaja nak jumpa...Once aku dah betul-betul bengang dan benci kat dia, jangan lar ada sekelumit pun rasa sayang lagi dalam hati nih. Cukup lar banyak kali patah balik pada orang yang sama, orang yang tak pernah betul-betul menghargai kita seadanya. BENCI SAMPAI MATI...muahahahah~~

Related Posts with Thumbnails