BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label bodoh. Show all posts
Showing posts with label bodoh. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

pAdaN mUkA..

Blink blink...pening dah kepala nih...kononnya banyak sangat berfikir lah kan...sampai terasa pening sangat nih...okeh...intro je nih...dalam mata yang membengkak dan semakin kuyu..hati aku sedikit terkilan dan tercuit dengan rasa kecewa dan marah...banyaknya adalah marah sahaja...marah dengan diri sendiri yang terlalu banyak kekhilafan yang dilakukan...

Kalau hari nih tak dak sebarang halangan, konfem aku tak dak kesedaran langsung yang aku sendiri dah buat setiap perbuatan yang aku sering pertikaikan apa pasal dorang buat...dan sekarang aku dapat sejibik macam tuh jugak...just cara sahaja yang membezakan situasi aku dengan mereka...kekecewaan amat melanda diri aku..aku kecewa sangat sangat...menyesal 100% ... 

Lepas nih...banyak perubahan yang perlu aku lakukan...paling penting sekali benda yang perlu aku ingat...elakkan diri dari banyak cakap cakap kosong...bila banyak bercakap mula lah macam macam benda nak keluar...salah satunya mengumpat, kutuk mengutuk...kata mengata..kalo dah diri sendiri pun kaki mengata kat orang..jangan lah nak tergedik buat kecewa kalo ada orang kutuk diri sendiri kan..kuikuikui..

SABARLAH...MANUSIA NIH KALAU TAK KENA KONFEM TAK DAK KEINSAFAN....BILA SEKALI DAH KENA BARU DIA TAK LUPA..BAGI SEDAR SIKIT..SELALU DOK MAKAN PUJI SANGAT KAN... HAHAH..BINGO..SILA MALU DENGAN DIRI SENDIRI..


p/s : standard ah dalam sesuatu hubungan tuh mesti ada pasang surutnya kan...so...sekarang hubungan aku baru start nak surut..padan muka...bukan salah aku..siapa suruh cari pasal...dah besar tapi tak buleh nak fikir langsung baik buruk sesuatu benda....nih kita gelar KURANG BIJAK.. 

Friday, December 16, 2011

KaHwiN.. =)

Salam..okeh...hari nih aku nak cakap pasal jodoh..tau dak berapa ramai orang kat keliling aku nih suka sangat-sangat dok cakap pasal kawen? sampaikan aku yang tengah single mingle nih tergugat pulak rasanya...ces~~status single sekarang dah tak macam dulu..kalau dulu bangga kot single and available tapi sekarang status macam nih di pandang sepi jer..orang yang tengah kapel or ada pakwe pulak yang gembira dok menayang pakwe masing-masing depan aku..ceit~~

Ok..kalau dulu aku memang sangat hepi bila dah single, lepas tuh....sejak dua menjak nih, aku dimomok kan dengan cerita perempuan tak laku + andartu + lelaki sikit + perempuan bermadu...ceit~~seriously aku tak nafikan aku memang nak kawen awal..why? sebab kalau buleh aku nak tengok anak aku membesar sebelum umur aku dah lanjut..aku paling tak suka, bila aku cakap jer pasal isu nak kawen awal, orang cakap aku sangap batang lah..desperate lah..galak lah..ceit~~penampar mau?

Setiap orang mesti ada cita-cita nak bina keluarga bahagia kan..macam tuh jugak dengan aku..so tak payah lar nak cakap macam hang pun tak terfikir macam aku fikir..apa lar yang korang fikir pasal seks semata-mata...ingat kawen tuh untuk seks je ker? adess~~korang salah konsep ler, seks tuh cebisan sikit je..dalam alam perkahwinan nih, benda paling penting tanggungjawab ok..tapi aku tak nafikan lar, untungnya kawen awal zaman sekarang ialah dapat elakkan diri dari buat perkara-perkara maksiat..serius kot..=)

Tambah pulak ramai gila orang kawen muda sekarang..cikgu pulak kawen dengan cikgu + kawen awal sebab nak mintak posting satu tempat...seriously ramai gilo senior aku yang dah kawen..sepupu aku yang juga cikgu dan taun depan bakal posting..baru-baru aku dengar cerita dia dah kawen..dia tuh sama batch dengan kakak aku...hurmm.. tiba-tiba mak aku cakap..tuh lar yam..tak nak cari senior..aku dengan stressnya...ceit~~tak dak sapa pun nak kat yam!!!

Mak aku pulak asyek dok cakap..cari calon lelaki soleh..yang buleh ajar anak-anak mengaji..jangan cari lelaki yang baik je, sebab baek belum tentu soleh..Ades..betapanya susah nak cari yang terbaek..sebab aku nih tak la sebaek mana pun..so, aku nekad..aku akan sentiasa berusaha untuk jadi baek dan solehah sebab aku nak yang terbaek + soleh tuh..=)

Wednesday, December 14, 2011

aKu BeNcI LeLaKi DesPeratE !

Salam semua...huh...semenjak cuti nih..perasaan bosan semakin menjadi-jadi dibuatnya..ditambah pulak dengan ketiadaan member-member yang terdekat. Maklumlah, aku sorang jer yang selalu cuti time sekolah cuti..member yang laen semua tengah ada exam lar, test lar..kesian kan kat aku..ok stop..ini bukan cerita yang penting untuk entry kali nih. Cerita yang membuatkan otak aku menggelegak + hati aku membuak-buak ialah cerita pasal sorang mamat nih..memang sebut pasal dia jer, mesti buat hati aku panas gila...

Aku bukanlah seorang perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun dari segi percakapan okeh..so kebarangkalian untuk aku didekati lelaki tuh + diperkotakkatikkan tuh..ada ler dalam 70%..mungkin sebab sikap aku yang otai + santai..aku pulak akan jadi sempoi kalau dengan orang yang aku kenal + yang terdekat jer..kalau orang luar, aku kekok jugak sebab aku nih bukannya jenis yang terlalu peramah bagai nak rak sampai buleh buat orang meluat kan..

Okeh...entry nih bukan bertujuan untuk membanggakan diri atau mem'promote'kan diri aku..so..cilake bagi sesiapa yang berpendirian begitu..cilake juge bagi sesiapa yang ingat aku bajet bagus..untuk pengetahuan korang..oleh sebab aku terlalu sempoi, terlalu open minded + terlalu tak kesah sangat bila bergurau atau bersembang -------> akibatnya..ada lah dalam sorang dua member aku yang sangat tidak menghormati aku sebagai seorang wanita, gadis yang belum berkahwin + member dorang sendiri..

Excuse me..aku rasa sebagai seorang kawan, kau tak patut cakap benda-benda yang boleh membawa ke arah lucah dengan aku..aku bukan *ISTERI* kau okeh..aku sebagai kawan kau..so sila hormati hak aku..dan sila jangan buat seksual harassment pada aku dan kawan-kawan perempuan kau yang lain..apa kau ingat kau dah bagus sangat kah bila kau dapat bergedik dan bergatal-gatal dengan kaum lemah macam kitorang nih?

Tolong lah paham..oleh sebab kau bergedik dengan kitorang lah..semua orang pandang serong pada kitorang okeh..dan aku pasti ramai yang dah anggap kitorang macam sampah jalanan + tidak layak bagi kitorang untuk dijadikan calon bini/isteri yang baek...CIS...cilake bagi sesiapa yang berfikiran jumud macam haram..+ judge aku macam tuh...mana hampa tau aku tak layak untuk dijadikan isteri? hampa tau dak sapa yang suka + start menggedikkan diri dengan aku terlebih dahulu? ingat aku suka sangat digelar gedik? aku cuma malas nak bertekak dengan orang yang menggelarkan aku sebagai gedik weh..penat, seriously penat okeh..

Aku sangat kecewa bila aku ada kawan macam kau yang tak pernah fikir tentang maruah seorang wanita...apa pasal yer kau buleh jadi macam nih? kau lupa kah yang aku nih kaum sejenis macam ibu dan adik perempuan kau? kau tak terfikir ker sekiranya apa yang kau buat nih..terjadi pulak pada ibu atau adik perempuan kau? Even kalau kau tak dak adik perempuan sekali pun..sila lah hormati kaum hawa, kaum yang telah melahirkan kau kat dunia nih...

So...jangan pelik bila orang cakap kau patut kawen..sebab sangat obviously kau terlalu sangap dan sangat lah desperate nak kawen...ces~~cilake~~malang aku ada member macam nih..bajet bagus depan awek..tapi belakang awek perangai macam setan...bodoh!!nak menggatal sila menggatal dengan awek sendiri lar..kalau sayang awek..kawen lar..buat apa cari orang laen untuk lepaskan nafsu serakah bodoh kau tuh..

Related Posts with Thumbnails