BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label lelaki tak guna. Show all posts
Showing posts with label lelaki tak guna. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

pAdaN mUkA..

Blink blink...pening dah kepala nih...kononnya banyak sangat berfikir lah kan...sampai terasa pening sangat nih...okeh...intro je nih...dalam mata yang membengkak dan semakin kuyu..hati aku sedikit terkilan dan tercuit dengan rasa kecewa dan marah...banyaknya adalah marah sahaja...marah dengan diri sendiri yang terlalu banyak kekhilafan yang dilakukan...

Kalau hari nih tak dak sebarang halangan, konfem aku tak dak kesedaran langsung yang aku sendiri dah buat setiap perbuatan yang aku sering pertikaikan apa pasal dorang buat...dan sekarang aku dapat sejibik macam tuh jugak...just cara sahaja yang membezakan situasi aku dengan mereka...kekecewaan amat melanda diri aku..aku kecewa sangat sangat...menyesal 100% ... 

Lepas nih...banyak perubahan yang perlu aku lakukan...paling penting sekali benda yang perlu aku ingat...elakkan diri dari banyak cakap cakap kosong...bila banyak bercakap mula lah macam macam benda nak keluar...salah satunya mengumpat, kutuk mengutuk...kata mengata..kalo dah diri sendiri pun kaki mengata kat orang..jangan lah nak tergedik buat kecewa kalo ada orang kutuk diri sendiri kan..kuikuikui..

SABARLAH...MANUSIA NIH KALAU TAK KENA KONFEM TAK DAK KEINSAFAN....BILA SEKALI DAH KENA BARU DIA TAK LUPA..BAGI SEDAR SIKIT..SELALU DOK MAKAN PUJI SANGAT KAN... HAHAH..BINGO..SILA MALU DENGAN DIRI SENDIRI..


p/s : standard ah dalam sesuatu hubungan tuh mesti ada pasang surutnya kan...so...sekarang hubungan aku baru start nak surut..padan muka...bukan salah aku..siapa suruh cari pasal...dah besar tapi tak buleh nak fikir langsung baik buruk sesuatu benda....nih kita gelar KURANG BIJAK.. 

Thursday, January 19, 2012

bLaH..JaNgAn GaNgGu AkU..

Salam semua...lama dah aku tak menghapdet blog aku nih..entah lar..bukan malas, tapi mood nak berblog tuh belum berkunjung tiba...=) oleh sebab malam nih aku tak dak buat apa...even bermesej jadi ada baiknya aku mencoretkan sesuatu di sini kan..=) okeh..sebenarnya aku terasa macam orang bodoh jer bila selalu dalam kelas, aku sering dibuat sebagai bahan mainan budak-budak laki yang tak pernah matang...like seriously aku juga sering dijadikan bahan ketawa dorang..kalo dulu buleh lar aku nak marah-marah + layan dorang. Tapi semenjak menginjak ke angka 22 tahun, aku rasa macam wah...bodohnya kalo aku dok melayan kerenah dorang yang sangat tak matured itu.

Alhamdulillah lar, semester nih kedudukan aku dalam kelas jauh di hujung dunia, di mana memang ada jarak lar antara aku dengan dorang...sebenarnya aku tak kesah dorang nak melawak, tapi kadang-kadang tuh aku rasa lawak dorang tuh terlalu melampau..sangat tak belajar untuk menghormati hak-hak wanita..terasa macam nak tengking + bagi penampar kat dorang..biar dorang tau, betapa tak sukanya aku bila dikecam hebat macam aku tak dak maruah kan.

Oleh sebab aku single pun, aku di kecam hebat...aku rasa macam bodoh jer dorang nih..aku baru 22 tahun kot..mentang-mentang lar sekarang ramai yang kawen awal..especially bakal-bakal guru..dorang pun sebok jer nak suroh aku mencari peneman hati..ceit...menyampah aku...yang sebok sangat nak suroh aku cari jodoh apa pasal kan..selagi aku tak kacau hidup dia, tak ambek peduli pasal hal peribadi dia...buleh tak kalau dia pun tak kacau hak peribadi aku...padahal dalam kelas aku tuh kebanyakan gurls semua masih single lagi kot.

Aku rasa dah banyak kali kot aku cakap, dari kapel lebih baik aku kahwen truih...sekarang nih aku dah malas nak fikir pasal kahwen sebabnya aku rasa macam leceh jer..ingat senang nak cari calon suami?i mean yang mampu bertanggungjawab atas apa yang dilafaz masa nikah tuh..+ aku pun belum bersedia nak bergelar isteri, sebab tugas isteri bukan sekadar melayan suami, tapi lebih dari tuh kan..well~~ aku tau jodoh aku dah ditentukan..memang aku berusaha mencari, tapi kalo belum dapat petunjuk bahawa si polan tuh jodoh aku, nak buat macam mana kan..

p/s: sumpah aku taknak jodoh aku dengan beliau..like seriously terasa macam menyakitkan hati pulak bila cakap dan fikir pasal dia...ceit!!

Wednesday, December 14, 2011

aKu BeNcI LeLaKi DesPeratE !

Salam semua...huh...semenjak cuti nih..perasaan bosan semakin menjadi-jadi dibuatnya..ditambah pulak dengan ketiadaan member-member yang terdekat. Maklumlah, aku sorang jer yang selalu cuti time sekolah cuti..member yang laen semua tengah ada exam lar, test lar..kesian kan kat aku..ok stop..ini bukan cerita yang penting untuk entry kali nih. Cerita yang membuatkan otak aku menggelegak + hati aku membuak-buak ialah cerita pasal sorang mamat nih..memang sebut pasal dia jer, mesti buat hati aku panas gila...

Aku bukanlah seorang perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun dari segi percakapan okeh..so kebarangkalian untuk aku didekati lelaki tuh + diperkotakkatikkan tuh..ada ler dalam 70%..mungkin sebab sikap aku yang otai + santai..aku pulak akan jadi sempoi kalau dengan orang yang aku kenal + yang terdekat jer..kalau orang luar, aku kekok jugak sebab aku nih bukannya jenis yang terlalu peramah bagai nak rak sampai buleh buat orang meluat kan..

Okeh...entry nih bukan bertujuan untuk membanggakan diri atau mem'promote'kan diri aku..so..cilake bagi sesiapa yang berpendirian begitu..cilake juge bagi sesiapa yang ingat aku bajet bagus..untuk pengetahuan korang..oleh sebab aku terlalu sempoi, terlalu open minded + terlalu tak kesah sangat bila bergurau atau bersembang -------> akibatnya..ada lah dalam sorang dua member aku yang sangat tidak menghormati aku sebagai seorang wanita, gadis yang belum berkahwin + member dorang sendiri..

Excuse me..aku rasa sebagai seorang kawan, kau tak patut cakap benda-benda yang boleh membawa ke arah lucah dengan aku..aku bukan *ISTERI* kau okeh..aku sebagai kawan kau..so sila hormati hak aku..dan sila jangan buat seksual harassment pada aku dan kawan-kawan perempuan kau yang lain..apa kau ingat kau dah bagus sangat kah bila kau dapat bergedik dan bergatal-gatal dengan kaum lemah macam kitorang nih?

Tolong lah paham..oleh sebab kau bergedik dengan kitorang lah..semua orang pandang serong pada kitorang okeh..dan aku pasti ramai yang dah anggap kitorang macam sampah jalanan + tidak layak bagi kitorang untuk dijadikan calon bini/isteri yang baek...CIS...cilake bagi sesiapa yang berfikiran jumud macam haram..+ judge aku macam tuh...mana hampa tau aku tak layak untuk dijadikan isteri? hampa tau dak sapa yang suka + start menggedikkan diri dengan aku terlebih dahulu? ingat aku suka sangat digelar gedik? aku cuma malas nak bertekak dengan orang yang menggelarkan aku sebagai gedik weh..penat, seriously penat okeh..

Aku sangat kecewa bila aku ada kawan macam kau yang tak pernah fikir tentang maruah seorang wanita...apa pasal yer kau buleh jadi macam nih? kau lupa kah yang aku nih kaum sejenis macam ibu dan adik perempuan kau? kau tak terfikir ker sekiranya apa yang kau buat nih..terjadi pulak pada ibu atau adik perempuan kau? Even kalau kau tak dak adik perempuan sekali pun..sila lah hormati kaum hawa, kaum yang telah melahirkan kau kat dunia nih...

So...jangan pelik bila orang cakap kau patut kawen..sebab sangat obviously kau terlalu sangap dan sangat lah desperate nak kawen...ces~~cilake~~malang aku ada member macam nih..bajet bagus depan awek..tapi belakang awek perangai macam setan...bodoh!!nak menggatal sila menggatal dengan awek sendiri lar..kalau sayang awek..kawen lar..buat apa cari orang laen untuk lepaskan nafsu serakah bodoh kau tuh..

Related Posts with Thumbnails