BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

~SeMpOi~

Hari nih free~~ sebab kelas dua jam sahaja...anyway aku nih dah jarang-jarang sangat nak menghadap blog aku nih...mungkin sebab dah rajen dok ber'sms' jadi kerajenan aku untuk mencurahkan segala idea dan isi hati di sini semakin kurang~~ eceh...tershasul pulak cerita entah hape-hape..

Ok...=) semalam sebelum nak tido...aku dok ber'sms' dengan Mr. R~~ heu3..rutin harian tuh...kononnya sejak jatuh cinta nih...menggedik itu adalah satu kewajipan...hahaha~~aish..astafirullah..=) Ok, aku bukan nak cerita kandungan mesej antara aku dengan Mr. R nih..tapi..it's about something which make me feel quite uneasy..

Well...memang tidak dapat dinafikan aku merupakan seorang gadis pingitan yang sangat peramah dan senang untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun perempuan...TETAPI..haaa...ada tetapi di situ...=) bukan semua orang jugak yang akan aku ramah..ikut keadaan jugak...if aku jumpa orang kat stesen bas..tak dak lar aku ramah macam dah kenal setahun..hihihi~~

Okeee....Mr. R pun pernah cakap..aku nih sangat sempoi dan mudah untuk buat orang rasa selesa bila bersama dengan aku especially lelaki..ermm..ada jugak beberapa orang kawan aku pun ada cakap perkara yang sama jugak kat aku...dan semalam tambah sorang lagi cakap benda yang sama pada aku..

Dia bagitau aku, dia selesa lepak dengan aku..sebab dia rasa bila dia lepak dengan aku..dia tak rasa macam dok lepak atau berbual dengan lain lain perempuan..Then I asked him, does it mean that i'm a guy? Ye lar...dah dia tak rasa macam duduk dengan perempuan kan...pelik lar...aku perempuan kot...=)

Kemudian dia cakap..tak de lar macam tuh..kalau dengan perempuan lain mesti dia rasa macam nak cari sesuatu...nak tengok sesuatu yang lelaki suka tengok apa yang ada pada perempuan...tapi bila dengan aku dia tak rasa nak tengok tapi dia macam boleh berkongsi cerita..kongsi masalah dengan aku..aku dalam hati terdetik...adoi~~ habes dah aku...apa yang sudah aku lakukan nih...hahaha~~ poyo pulak...=)

Ermm...tak...aku fikir macam nih...lelaki..memang normal kalau buat ayat manis atau dok taboq gula kat perempuan...maksudnya dok puji lar kan..=) itu perkara biasa...dan ia juga normal sekiranya seseorang lelaku itu suka mengusha benda yang dorang tak de tapi perempuan ada..sebabnya...itu lahiriah dorang...so sebagai perempuan kita yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga diri kita kan..=) selebihnya adalah tugas lelaki untuk menjaga pandangan..WAJIB kot..

Ok berbalik pada cerita tadi..oleh sebab aku dah semakin matang sekarang...jadi aku tak ambek port sangat bila dia dok puji aku...aku just...ok...itu kenangan...just boleh simpan..tak kan aku nak suroh dia break dan kapel dengan aku pulak kan..Mr. R a.k.a my beloved husband-to-be aku nak letak kat mana kan? =) suka pulak aku..

So..konklusinya...memang secara zahirnya aku seorang yang sporting, sempoi dan senang untuk jadikan seseorang sebagai rakan...tapi untuk lelaki khasnya...aku tak berniat langsung untuk menjadikan ianya sebagai satu senjata untuk membuatkan korang terjatuh hati pada aku dan sebagainya...sebabnya aku adalah aku...dan itulah diri aku..

Jadi..aku harap sangat...terimalah ke'sempoi'an aku semasa bergaul dengan orang sekeliling aku sebagai tanda aku selesa untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara KAU dan AKU..

p/s: PADAH...Kalau Mr. R tau..mesti dia cakap..tu lar..saya pernah cakap yang sempoi awak tuh bahaya..tapi awak tetap tak percaya...=)

Wednesday, October 24, 2012

..SaRkAsTiK..

Kuang kuang kuang...untuk seketika waktu aku telah memprivatekan blog aku sebab ada orang orang yang tidak langsung di undang untuk membaca telah menjumpai khazanah aku yang disimpan dengan baik ini...menyampah perasaan yang sesuai untuk anda..

Lagi sekali..sangat annoying bila ada someone seolah olah cuba untuk menjadi sarkastik depan aku...meluat perasaan yang sesuai untuk anda..please ok...jangan buat macam tuh dah...aku tak suka...suck...suck...suck...aku dah tak berminat untuk meminati dan menyukai anda seperti dahulu...bianeeeyo..aku sentiasa begini...sakarang dan selamanya...heh..

Semoga ............... bahagia...dengan apa yang ada...walaupun dalam diam aku menyukai anda...tapi kita tidak BOLEH bersama...in our heart only...biarlah masing masing jer yang tau isi hati sendiri...tak perlu untuk diluahkan kerana aku pasti untuk kali ini juga..hanya sementara...perasaan ini ibarat tempat persinggahan sementara yang seterusnya barangkali...jawapan untuk hati kita...

Saja nak menggedik...hahahaa....aku sangat cepat suka seseorang...aku juga cepat untuk melupai seseorang...soo..usah terlalu gembira apabila anda tahu aku menyukai anda...kerana..................................ianya pasti hanyalah SEMENTARA juga...

Tuesday, May 1, 2012

SpEeChLeSs .. MeNgEJaR yAnG sEmPuRnA =)

yeah...aku sedikit sebanyak agak speechless di situ...well~~unexpected...rasa macam lawak + nak gelak banyak-banyak kali...=) yang tuh jer yang mampu aku luahkan buat masa sekarang nih..=)

Ermm...aku ada rasa sedikit tak puas hati dengan sikap lelaki yang boleh aku gelarkan agak dayus di sini..untuk ciri lelaki dayus tersebut : dulu bukan main sayang sampai mati, then siap asyek melekat 24 jam dengan makwe lagi...+ bila semua benda dah dapat dari makwe..tuptup...senang-senang jer nak tinggal makwe macam tuh...alasan tak serasi..makwe tak faham...makwe bukan pilihan mak...makwe perangai hodoh..apa ke bangang hang nih..dulu bukan main hang nak kat dia..lepas tuh bila taknak tuh, sebok bewak jer maki dia depan orang..bajet macam ang sorang je tau perangai sebenar dia tuh kan + hang lar yang paling kenal dia...sangatlah WTF!!

Tak lama lepas tuh hang kapel dengan sorang gurl dan hang bagitau kat semua orang that gurl adalah perempuan yang paling baek bagi hang untuk dijadikan isteri mithali lar kononnya kan...sekali lagi aku nak mencarut...WTF...masa tuh bukan main asyek cakap pasal nak kawen bagai..konon nak simpan duet sebab nak kawen...cesss....blah lar hang...cakap kosong jer semua tuh...bila hang dah kapel dengan orang yang hang rasa LAYAK UNTUK DIJADIKAN ISTERI TUH...memang hang suka bajet bagus nak mati..padahal hang tak dak lar baek mana...sebab apa aku cakap macam tuh...sebab aku masih dapat rasa perangai setan hang..last sekali bukan hang jer aku maki serapah..eh maki seranah..sekali dengan gurl hang pun  aku maki jugak...puas hati aku dapat bagi pahala kat korang..=)

Setahun ++ kemudian...a.k.a selepas hang puas menggatal semasa dia jauh dari hang...

Hang menyatakan pada aku bagaimana cara untuk berpisah dengan gadis yang hang pernah cakap beliau lah paling + sangat sesuai untuk dijadikan isteri hang...like seriously masa aku dengar luahan hati hang, aku rasa macam nak tergolek-golek guling atas tanah....aku rasa dunia sangat adil + hang sangat lawak kalah maharaja lawak yang orang suka tengok sangat tuh...=) =) =) agak mengecewakan jugak bagi aku sebab hang nak break tapi hang taknak hang nampak terok depan mata dia...padahal dari dulu lagi hang memang terok kot...WTF untuk hang yang perangai macam setan....aku tak pernah expect untuk jumpa lelaki yang mulut manis + perangai hodoh + bajet hansem + bajet player + bajet bagus + bajet hang sorang layak dapat yang terbaik...

Masa nih aku rasa..hang sangat dayus dan bodoh sebab satu ketika dulu hang lar orang yang paling excited dan gembira semasa hang dok mengagung-agungkan buah hati hang tuh...tapi sekarang sebaliknya pulak...hang nak break tapi hang takut dia nangis....hahahahahahahahah....BODOH....yang tuh jer perkataan   yang mampu aku katakan pada hang...=) sebab aku tau...hang tinggalkan dia..sebab hang berhasrat nak ejas another one which is better than her...BODOH...hahhaha...hang sangat tak layak untuk the other one tuh kot...cermin diri sikit buleh? nak muntah aku...

Aku tak dapat nafikan...hang memang teramat mulut manis...oleh sebab tuh aku sentiasa berusaha untuk tidak melayan + menjauhkan diri dari hang..sebab aku sangat meluat dengan sikap dayus hang. Aku tau, aku bukan orang yang bagus untuk elakkan diri aku dari mengumpat hang...aku dah try taknak ngumpat hang...tapi sikap hang yang macam setan membuatkan aku semakin jijik nak melayan hang.

Thursday, April 28, 2011

~~AGAIN~~

Salam semua orang~~lama benar aku tak menjengah kat blog ni...sangat sibuk sampai tak sempat nak update blog. Dulu sibuk nak siapkan assignment, sekarang pulak sibuk dengan kawad istiadat. Semua nih semata-mata untuk perbarisan masa konvo set-set KPLI. Dalam banyak-banyak kelas, budak kelas kitorang lar yang paling banyak terlibat dengan konvo nih. Kalau tahun lepas kitorang kena siapkan dewan, angkat pasu bunga, susun-susun bunga, tapi kali nih kena berjemur tengah panas. Muka aku yang cerah nih pun dah jadi gelap balik!!Oh tidak~~!!

Ok, sedang asyek dok me'relaks'kan diri sebelum nak balik rumah jadi aku pun ber'online' lar sat. Ermmm..sejak kembali ke status single nih, belum lagi terfikir nak cari pengganti yang baru sebabnya hati nih rasa menyampah gila nak bercinta. Kalau dulu, bercinta memang best, dapat pulak kapel then break pastu kapel balik dengan orang yang sama. Walaupun sepuloh kali kena tipu, diperbodohkan, masih lagi nak kapel dengan si laki tuh. Pernah jer member aku cakap aku kena ubat guna-guna...hahahaha~~~wallahualam~~tapi kali nih memang aku tekad ah, menyampah + sakit hati...

Kononnya nak bagi peluang kedua, ye lar tuh..peluang kedua untuk ditipu dan diperbodohkan. Yang tak tahan nih, boleh pulak si pempuan nih merangkap kepada junior sekolah rendah sampai sekolah menengah. Unexpected beb!!Cisss~~se otai-otai aku, aku tau jugak sapa pakwe orang sapa laki orang, sapa yang single. Aku paling menyampah sekali bila dapat tau dia kapel dengan budak tuh dan pada masa yang sama dia masih lagi nak kat aku. Tak ke bodoh namanya..Aduh, kalau aku buleh bagi penampar, dah lama dah melekat kat muka laki gitu. Dasar tak cukup dengan sorang pempuan...neway, wajarkah aku tak memaafkan apa yang depa dah buat? Tikam aku dari belakang? Aku rasa, sangat-sangat wajar kot...

Ermm, aku harap sangat sampai bila-bila pun aku tak kan jumpa dua makhluk nih. Aku tak nak dah terjumpa or sengaja nak jumpa...Once aku dah betul-betul bengang dan benci kat dia, jangan lar ada sekelumit pun rasa sayang lagi dalam hati nih. Cukup lar banyak kali patah balik pada orang yang sama, orang yang tak pernah betul-betul menghargai kita seadanya. BENCI SAMPAI MATI...muahahahah~~

Related Posts with Thumbnails