BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label teman. Show all posts
Showing posts with label teman. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

~SeMpOi~

Hari nih free~~ sebab kelas dua jam sahaja...anyway aku nih dah jarang-jarang sangat nak menghadap blog aku nih...mungkin sebab dah rajen dok ber'sms' jadi kerajenan aku untuk mencurahkan segala idea dan isi hati di sini semakin kurang~~ eceh...tershasul pulak cerita entah hape-hape..

Ok...=) semalam sebelum nak tido...aku dok ber'sms' dengan Mr. R~~ heu3..rutin harian tuh...kononnya sejak jatuh cinta nih...menggedik itu adalah satu kewajipan...hahaha~~aish..astafirullah..=) Ok, aku bukan nak cerita kandungan mesej antara aku dengan Mr. R nih..tapi..it's about something which make me feel quite uneasy..

Well...memang tidak dapat dinafikan aku merupakan seorang gadis pingitan yang sangat peramah dan senang untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun perempuan...TETAPI..haaa...ada tetapi di situ...=) bukan semua orang jugak yang akan aku ramah..ikut keadaan jugak...if aku jumpa orang kat stesen bas..tak dak lar aku ramah macam dah kenal setahun..hihihi~~

Okeee....Mr. R pun pernah cakap..aku nih sangat sempoi dan mudah untuk buat orang rasa selesa bila bersama dengan aku especially lelaki..ermm..ada jugak beberapa orang kawan aku pun ada cakap perkara yang sama jugak kat aku...dan semalam tambah sorang lagi cakap benda yang sama pada aku..

Dia bagitau aku, dia selesa lepak dengan aku..sebab dia rasa bila dia lepak dengan aku..dia tak rasa macam dok lepak atau berbual dengan lain lain perempuan..Then I asked him, does it mean that i'm a guy? Ye lar...dah dia tak rasa macam duduk dengan perempuan kan...pelik lar...aku perempuan kot...=)

Kemudian dia cakap..tak de lar macam tuh..kalau dengan perempuan lain mesti dia rasa macam nak cari sesuatu...nak tengok sesuatu yang lelaki suka tengok apa yang ada pada perempuan...tapi bila dengan aku dia tak rasa nak tengok tapi dia macam boleh berkongsi cerita..kongsi masalah dengan aku..aku dalam hati terdetik...adoi~~ habes dah aku...apa yang sudah aku lakukan nih...hahaha~~ poyo pulak...=)

Ermm...tak...aku fikir macam nih...lelaki..memang normal kalau buat ayat manis atau dok taboq gula kat perempuan...maksudnya dok puji lar kan..=) itu perkara biasa...dan ia juga normal sekiranya seseorang lelaku itu suka mengusha benda yang dorang tak de tapi perempuan ada..sebabnya...itu lahiriah dorang...so sebagai perempuan kita yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga diri kita kan..=) selebihnya adalah tugas lelaki untuk menjaga pandangan..WAJIB kot..

Ok berbalik pada cerita tadi..oleh sebab aku dah semakin matang sekarang...jadi aku tak ambek port sangat bila dia dok puji aku...aku just...ok...itu kenangan...just boleh simpan..tak kan aku nak suroh dia break dan kapel dengan aku pulak kan..Mr. R a.k.a my beloved husband-to-be aku nak letak kat mana kan? =) suka pulak aku..

So..konklusinya...memang secara zahirnya aku seorang yang sporting, sempoi dan senang untuk jadikan seseorang sebagai rakan...tapi untuk lelaki khasnya...aku tak berniat langsung untuk menjadikan ianya sebagai satu senjata untuk membuatkan korang terjatuh hati pada aku dan sebagainya...sebabnya aku adalah aku...dan itulah diri aku..

Jadi..aku harap sangat...terimalah ke'sempoi'an aku semasa bergaul dengan orang sekeliling aku sebagai tanda aku selesa untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara KAU dan AKU..

p/s: PADAH...Kalau Mr. R tau..mesti dia cakap..tu lar..saya pernah cakap yang sempoi awak tuh bahaya..tapi awak tetap tak percaya...=)

Thursday, January 20, 2011

KhaS bUaT mErEkA..

Ermmm...mula-mula tak tahu nak tulis apa kerana saya sudah tiada idea untuk mencoretkan apa-apa di sini. Walaupun rumet sudah nyenyak di hanyut mimpi, hamster sudah bangun untuk bermalas-malasan, namun idea yang di cari masih tidak muncul-muncul jua. Cesss...aku berfalsafah seketika, sebabnya sudah ku tekad untuk berbicara secara baku supaya apabila aku bergelar guru nanti senang untuk murid-muridku memahami ku.

Adess...terlajak sudah..ok tadi sedang asyek aku bersama teman yang laen sedang berbual mesra, tiba-tiba salah seorang dari temanku diminta untuk menelefon classmate ku yang dah ada makwe. Maksudnya, classmate aku tuh makwe dia merupakan seorang bakal cikgu BI yang nak fly ke New Zealand tak lama lagi. Jadi, oleh sebab cik awek dia nak datang jumpa dia buat kali terakhir so dia pun mintak bantuan aku untuk menumpangkan si kekasih hatinya itu kat bilik aku buat beberapa ketika saja.

Bila dia cakap macam tuh, teringat pulak aku kat dua orang member aku nih yang jugak bakal nak terbang ke langit New Zealand tuh kan. Agak pelik jugak bila rumet aku dan aku, agak kamceng dengan budak TESL nih, sebabnya jarang budak TESL dan PISMP macam kitorang nih nak rapat-rapat kan sebab masing-masing mesti ada geng sendiri punya. So, meh sini aku nak story sikit about us.

Kami memang agak dan sangat kamceng sebenarnya sebabnya kami berempat, YUS, YAM, WIENA dan MIERA merupakan salah seempat daripada beberapa orang budak-budak second intake yang masuk IPG KSAH pada 4 Julai 2008. Masing-masing berlatar belakang kan negeri yang berbeza di mana aku dari PERLIS, Yusra yang juga rumet aku dari PERAK, Wiena dari KELANTAN dan si kecik molek MIERA dari TERENGGANU. Oleh sebab masa kami masuk tuh asrama seriously dah penuh, so budak-budak second intake telah ditempatkan dalam bilik rehat asrama.

Bayangkanlah masa tuh memang tidoq atas lantai beralaskan tilam jugak lah..hek3..sepanjang 3 bulan tinggal di dalam bilik rehat kami telah diberi penghormatan buat pertama kalinya untuk masuk asrama. Hahahaaaa...maklum lar, senior semua dah keluar so kami lar yang isi kekosongan kat BLOK E, iaitu blok pertama kami. Selepas itu, bermula lah hidup suka duka kami berempat di sana. Memori yang pahit manis toksah cakap lar sebab semuanya tak mampu untuk di storykan di sini. Biarlah setiap apa yang berlaku di antara kita menjadi rahsia kegembiraan kami bersama.

Aku masih berumetkan Yusra dan Miera masih berumetkan Wiena..kami pun decide untuk berpindah ke Blok A sebab untuk memudahkan kerja masing-masing. Mula-mula aku dengan Yus jer nak pindah, tapi depa nih pulak duk buat gedik nak pindah jugak. Hahahahahhaaa~~maklum lar, nak bagi senang, aku duk seblok dengan classmate aku dan depa dok sebelah blok classmate depa.

Buat Wiena dan Miera, sesungguhnya mengenali anda berdua merupakan satu detik yang amat bermakna buat aku. Even memang aku ada ramai kawan perempuan, tapi tak dak langsung yang sama macam korang. Walaupun ada jugak salah faham antara kita, tapi semua tuh tak pernah jadi batu penghalang untuk aku terus rapat dengan korang. Walaupun, masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri, tapi korang memang tak pernah lupa kat aku. Kadang-kadang ada jer time korang nak datang bilik lepak-lepak dekat bilik aku walaupun masa tuh aku dengan Yus sibuk dan buat bolayan kat korang especially kat Wiena, hahhahaaaa....

Tiba-tiba teringat satu ketika bila aku dengan Yus beli nasek tapi tak ajak hang, Wiena...oleh sebab takut hang mai bilik kami pun makan diam-diam. Kami ingat hang nak keluar dengan Miera, tapi rupanya hang dah duduk depan bilik kami sebab nak lepak-lepak. tersedak jugak aku dengan Yus masa tuh bila hang hantar mesej nak masuk bilik. Misi kami nak lari dari hang tak berjaya, even basuh tangan dalam timba aku pun, hang buleh detect kami tengah makan. Sebabnya satu bilik berbau nasek yang kami makan tadi. Haaaahhhaaa...

Miera lak, hang ingat tak masa kita start nak pindah dari bilik asrama ke BLOK E? yang aku terbagi rosak enset hang kan. Aku nih dah lar pokai, duet tak pernah ada, tiba-tiba terbagi jatuh enset hang dalam lubang jamban. Aduh, aku memang kesian + menyesal nak mati nih. Aku memang tak sengaja, maklum lar..masa tuh excited nak buang air. Huh, bila tengok muka hang tuh rasa bersalah sangat, tapi mau mintak maap pun benda tak buleh nak perbetul balik melaenkan hantar p kedai je kan.

Aku seriously sangat hepi sebab kenal korang since 4 Julai 2008 sampai lar saat nih. Sebenarnya terkilan jugak aku sebab tak dapat jumpa korang before korang nak terbang,hahhaaa...Hampa tau dak betapa nya terkilan aku kat sini, walaupun nanti boleh jumpa balik, tapi saat bertemu tuh tak sama macam sekarang. Perasaan sekarang nih, perasaan seorang sahabat yang rindukan sahabat. Korang memang de best, aku memang bangga kawan dengan hampa dan aku tak kan sesekali nak terasa malunya untuk mengaku yang hampa nih member aku.

Walaupun aku nih jarang online, jarang nak ber FB tapi tak bermakna aku lupa hampa tau. Since aku dah cakap macam nih, aku nak hampa terus jadi sahabat yang baek, yang macam korang yang sekarang nih. Yang tak pernah merungut, marah-marah dan yang tak pernah simpan dendam dekat orang atau kawan yang pernah buat hampa terasa hati, sakit hati atau terkilan. Go on dengan perlakuan korang yang sekarang even korang duduk atas langit pun tau.

Mau fly nanty, bawak balik hadiah banyak-banyak..hahahhaha~~ (ingat aku saja-saja ka buat entry khas kat hampa) lawak jer weh..sedih laaa, dah lar cancel tak jadi mai maktab...tak sempat nak hang out dengan hampa sebelum hampa p sana~~

Related Posts with Thumbnails