BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, May 3, 2012

Di MaNaKaH KiTa..

INGATLAH PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA WAHAI RAKYAT 


Habib 'Umar telah menyampaikan nasihat yang amat berguna kepada kita semua semasa kehadirannya baru2 ini di Negara Malaysia,bersama2lah kita merenungkan apa yang disampaikan oleh Pendakwah ke Jalan Allah dan Rasul saw ini:



"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.

Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu. Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?"


"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.. Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w."

Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau, 
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".




Bila terbaca benda nih..aku terfikir tentang satu perkara yang sememangnya tak pernah aku stop untuk terus berfikir pasal isu nih bila agama sangat dikaitkan dengan politik. Yeaaahh...aku tak nafikan politik itu penting, sebabnya Rasulullah sendiri pun berpolitik. Cuma aku sedikit terkilan kerana persoalan berkaitan agama ini sering dipolitikkan oleh orang-orang yang berkepentingan. Bagi aku, sejauh mana kuat kita dalam mana-mana parti sekalipun, tapi kalo kau jahil pasal agama, kau tak layak jadi pemimpin, even sebagai suami sekalipun. Yang amat menyedihkan aku sekali, bila semua orang asyek bercakap pasal politik, dalam diam....masih banyak lagi isu agama yang tak terjawab dan tidak berkesudahan...yeah...sampai bila kita nak hidup macam nih? sampai bila? sampai bila nak perjuangkan politik sedangkan agama dilupakan? sampai bila nak bertelingkah pasal politik, sedangkan agama diketepikan? 

BIARLAH KEPRIHATINAN YANG DIBERIKAN TERHADAP ISU KEAGAMAAN SEIRING DENGAN KEPRIHATINAN YANG DITUNJUKKAN TERHADAP ISU POLITIK... =)

1 comments:

aindzaya said...

politik sebenarnya tak salah..tp silapnya politik di malaysia ni..pemimpin iti sendiri...rasuah, penipuan, makan harta rakyat, tak bertggungjawab..lepas tgn..back to basic..betulkan diri masing masing..before bercakap tentang agama dan kaitkan dgn politik.

Related Posts with Thumbnails