BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, January 30, 2012

bErFiKiR dAn TeRfIkIr..

Huh..gila lah petang nih..sejuk gila bilik aku..asyek ulang alik pergi tandas jer..=) erkk..sekarang nih mood tengah free, tak dak kerja lagi + tak sibuk dengan tugasan bagai tuh kan. So tergedik-gedik lah aku sorang-sorang. Macam biasa, untuk hilang boring tuh aku mesej, dengar radio, tengok muvi korea dan bla-bla-bla..akhirnya, sampai satu tahap pernah jer aku rasa semua benda yang aku buat untuk hilangkan boring aku nih, membuatkan aku bertambah boring.

Even mesej dengan Mr. R pun aku rasa boring..ermm..kalo aku pun boring, of course dia berjuta-juta kali boring..untuk hilangkan boring, both of us memang tak kan mesej untuk beberapa hari..kalo tak mesej tuh, masing-masing paham lah kan..kalo tak paham memang terok la..=) aku sendiri pun tertanya-tanya apsal lah aku nih cepat + mudah sangat nak rasa boring especially bila mesej dengan someone..serius aku pelik, walhal..masa aku kapel dulu buleh pulak aku jadi setia?

Tapi bila fikir-fikir balik, ada jugak time kapel dulu aku mesej dengan orang lain..+ jadi kaki ngusha jugak..hahah...=) + sekarang nih buleh pulak mata aku nih start balik meliar nak mencari seseorang itu. Gila..serius memang gila..aku pun jadi pelik kenapa secara tiba-tiba penyakit aku datang balik..ke sebenarnya aku dah tak bulih sembuh dari penyakit nih..hahha..entah-entah memang tak dak ubat untuk penyakit ngusha + gedik aku nih..hahaha..NATE betol AKU!!

Haha...apa-apa pun hari nih aku ada benda nak share tentang Mr. R dengan korang..semalam, dalam mood tengah boring aku tetap jugak meng'ada'kan mood untuk mesej dengan Mr. R even aku sedar yang memang semalam, ternyata both of us sangat boring nak ber'mesej'an..hahhah~~dan like seriously dengan slumbernya aku bagitau dia yang aku tengah boring sebab tuh aku mesej dia..hahahah~~jahatnya aku..

Dalam boring-boring tuh, aku dapat buat satu agakan terhadap dia...
  1. semalam baru aku dapat tau yang dia pernah cipta lagu + masuk band sekolah tapi dikecam hebat oleh ustazah dan family dia dan oleh sebab tuh dia stop laaa... = baru aku perasan apsal lar dulu dia selalu p jamming, cerita 3 ke 4 tahun yang lepas..
  2. of course macam lelaki laen yang memang takdak keja hobi depa adalah main game..bila aku tanya tak boring ke maen game..dia cakap, dia memang sangat-sangat minat game dan benda-benda yang berkaitan dengan perkakasan komputer nih.. = dia nak ambek course macam nih kat u tapi dady dia tak kasi sebab nak suruh dia ambek course agama..

So..berdasarkan apa yang aku fikir pasal dia..aku rasa tak mustahil satu hari nanti jodoh dia merupakan pilihan mak ayah dia..hahahah~~ermm..kesian kat dia ke kesian kat aku? hahahah~~okeh..aku pun tak lah meletakkan sebarang harapan untuk menjadikan dia sebagai pilihan hati aku. =) Aku pun tak suka nak bagi harapan kat orang sebabnya aku takut seandainya aku terjumpa orang laen, hati aku pun turut berubah..Maklum lah, bukan kita yang kawal hati kita, tapi ALLAH kan..kita hanya mampu berdoa supaya pilihan hati kita adalah tetap dan tak kan berubah..

p/s : Yeah, tidak aku nafikan bahawa memang aku berharap untuk dapat lelaki = namja yang buleh jadi imam aku nanti dan aku memang berusaha untuk menjadi yang terbaik juga untuk namja aku nanti. =)

1 comments:

kukuchimachikumi said...

jiwa kacau la muni mek ye....

Related Posts with Thumbnails