BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, January 31, 2012

:: DrAmA's FeVeR ::

Aku jarang tengok drama Melayu, sebabnya dok kat maktab susah sikit nak tengok tv. Nak kata aku tak minat tuh, tak dak lar..cuma masih tak berkesempatan nak tengok drama tanpa skip mana-mana episod. Drama Melayu yang aku tengok dan tak pernah skip mana-mana episod (yang aku ingat lar + best) ialah Manja Lara dan Nur Kaseh..Lepas tuh kalo cerita Amerika Latin nih, yang aku layan dulu ialah Pobre Diabla, El Amor No Es Como La Pintan (tak tahu lar betol ke tak ejaan nih) dan Rosalinda.

Ni semua pengaruh daripada bapak aku..hahahaha~~lepas tuh aku terpengaruh dengan drama dari negara jiran, China..Nih serius memang sedap sebabnya aku suka layan drama yang bertemakan zaman dinasti dorang + drama berkaitan akademi or tugas polis or bahagian siasatan + drama yang melibatkan cerita tentang chef..Of course best gila sampai dah berapa kali aku kena warning dengan datuk aku sebab asyek tengok drama cina..hahaha~~ni pengaruh dari kawan-kawan aku lar, maklum lar..masa tuh pun hero dia memang kaw-kaw hensem kan..lagi lar aku layan..tapi memang aku tak ingat ah nama semua drama cina tuh..=)

Dan buat masa la pulak, memang tak dapat dinafikan sekarang nih meminati drama korea atau k-pop dah menjadi satu trend yang seterusnya bagi muda-mudi zaman sekarang...termasuk lah aku..=) aku start tengok cerita korea dari sekolah menengah..kira dah banyak tahun jugak lar aku menjadi penggemar drama-drama korea nih..zaman tuh, drama yang tengah tip top ialah drama Winter Sonata ah..pada aku, ramai yang minat drama-drama dari korea nih sebab ceritanya sangat-sangatlah romantik..=)

Bagi aku pulak..aku konfem layan drama korea yang sweet dan romantik jer..sebab aku sangat tak suka drama yang terlalu serius dan sad ending..aku juga akan minat cerita korea yang jalan cerita dia ok + hero dia hensem + heroin dia lawa or cute je + watak yang diorang bawak tuh pun mampu mempengaruhi cita rasa aku..hahah~~sangatlah banyak drama korea yang aku dah tengok dan pernah buat aku ketagih untuk tengok tanpa henti + berulang-ulang kali..antara drama korea tersebut ialah :
  1. Secret Garden - Hyun Bin + Ha Ji Won
  2. Princess Hour - Yoon Eun Hye + Joo Ji Hoon
  3. My Girl - Lee Dong Wook + Lee Da Hae
  4. Witch Yoo Hee - Jae Hee + Han Ga In
  5. You Are Beautiful - Jang Geun Suk + Park Shin Hye
  6. Smile You - Lee Min Jung + Jung Kyung Ho
  7. My Girlfriend Is Gumiho - Shin Min Ah + Lee Seung Ki
  8. Protect The Boss - Ji Sung + Choi Kang Hee
  9. My Princess - Kim Tae Hee + Song Seung Hun
  10. Family Outing - variety show
  11. Running Man - variety show
Konklusinya..minat terhadap drama korea nih dah membuatkan aku sangat minat kat muzik dorang plak... + sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat minat kat HERO korea jugak okeh!!

p/s : aku tak berapa suka drama Indonesia sebab aku rasa tak best langsung + menipu + terlalu keterlaluan..hahhaha~~kalo jahat, jahat sungguh-sungguh..kalo baik, baik sangat-sangat...tapi aku layan jer cerita lagenda dorang sebab penuh dengan fantasi..aku suka!!hahhaa~~

1 comments:

PinQib said...

hoooooooooooooooooooooo.. gumiho gumihooo..
ak br nak stat tengok spy tuuu.. nak 49 days plesas

Related Posts with Thumbnails