BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, November 24, 2011

..TeNtAnG BeLiAu..

Okeh...lama sudah aku tak menghapdet belog aku nih..ok..tak nak melalut, terus nak cerita sesuatu..heheh..hari tuh aku teman nenda aku pergi Hospital Pakar kat Alor Setar..ye lar..kat Kangar mana ada hospital pakar kan..huh..seriously memang ramai sangat orang kat hospital tuh..bayangkanlah, kitorang tunggu dari pukul 11 pagi macam tuh then dapat jumpa doktor pukul 2.30..Perghh...memang panas jugak ler aku pun (walaupun aircond kuat gilo) sebab lama gila nak tunggu turn kan..Masa tunggu tuh..adesss~~ramai pulak pasangan suami isteri yang ada kat sana..si suami tuh tunggu jer si isteri yang tengah mengandung tuh kan..soooo..sweet~~ =)

Kebetulan pulak...masa tengah tunggu nenda keluar dari bilik rawatan, tiba-tiba mata nih tertenung tajam pada satu arah...beliau pun pandang jugak...lama jer aku fikir lepas pandang sekali lalu tuh..sapekah jejaka tersebut..ok!!da dapat jawapannya..=) admirer member aku masa kat sekolah menengah dulu...gila..dah berapa tahun dah aku tak jumpa dia beb..dalam 4 tahun macam tuh..muka masih lagi jambu..sangat tinggi + kurus..just ada janggut yang sangat comel..memang aku tak nafikan ler..serius sangat cumel sebab taste aku pun yang jambu-jambu gitu kan..hahah..masa tuh memang terus ah mesej member aku tuh..haha..unexpected pulak nak jumpa mamat tuh kat situ..bertambah satu lagi koleksi mamat jambu dalam diari hati nih..=)

Okeh...itu cerita yang memang aku tak kan simpan lama..sebab setakat jumpa that guy tak dak la buat sampai aku gila bayang kan..ermm...yang nih memang buat aku sangat terkejut + kecewa + rasa macam nak nangis + memang mampu buat aku patah hati tahap cipan lah..semalam aku secara tak sengaja terjadi galak sangat-sangat...isunya sebab aku takut admirer aku dah diminati orang or dia sudah minat pada seseorang!! then, atas pujukan + hasutan dari member aku, terus aku ambek keputusan untuk pastikan sendiri sama ada beliau sudah berpunya atau belum..

Oleh sebab aku sangat lah malu, aku tak tanya ler direct kat dia..huh~~luluh hati bila dapat tau sebenarnya ramai gila minat kat dia..+ dia pun sebenarnya ada minat kat someone..seriously lawa lah gurl tuh..aku pun tak tahu datang dari mana kekuatan + keyakinan aku nak tanya pasal dia..walaupun dia tak suka kapel + masih single..tapi bila dapat tahu dia sangat lah high taste..aku sekadar mampu untuk tersenyum kelat depan henpon..huh..padan muka kau yam...sapa suroh kau minat dia..minat lah lagi mamat-mamat jambu macam dia..orang ada rupa..of course high taste ok..

Mula pada hari nih..aku tekad..tak nak dah minat dia..tak nak dah suka dia...tak nak dah pandang dia..tak nak dah cakap pasal dia..cess~~benci gila kot aku..aku punya lah nak mati minat dia..sekali dapat tau..high taste pulak dia..ok fine...sedih + kecewa + nak nanges + merana +spoil truih...rasa macam kalo buleh cepat-cepat lah aku lupa dia..=) huh..

Okeh...baru-baru nih ex aku mesej..buleh pulak dia buat pelik apsal aku tak mesej dia..excuse me..aku tak dak kekuatan nak anggap ex aku sebagai kawan..serius aku dah tak berani nak ambek risiko untuk mesej dia dan terima dia sebagai kawan..sebab aku tahu, aku tak sekuat tuh..konfem nanti aku akan terima dia lebih dari kawan..sooo...selagi kau tak dengar berita tentang kematian aku, maksudnya aku masih hidup dengan penuh kebahagiaan dan ketenangan tanpa kehadiran kau di sisi...so sila lah lupakan aku seadanya seperti mana aku berusaha untuk lupakan kau dengan jayanya..sila lah juga berusaha untuk bawak haluan kau sendiri tanpa di ikuti bayang-bayang aku..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails