BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, October 23, 2011

SeDiH + KeCeWa + TaNgIsAn + IsLaM aGaMaKu

Salam semua...hurmm...hari nih, hari aku dimulakan dengan bersukan di pagi hari..wow~~menakjubkan kan!! tapi aku jadi pelik sikit sebab masa on de way nak ke court bola keranjang bersama Cik Tiqah, perjalanan kitorang tuh seolah-olah sangat lah jauh. Bak kata member aku, kalau kita rasa perjalanan kita tuh lambat maksudnya pokok-pokok yang ada sepanjang perjalanan tuh tengah bagi salam pada kita...ermm..betulkah? Then kitorang maen sangat lah sekejap sebabnya matahari naek sangat lah cepat..pukul 9 punya matahari macam pukul 11 pagi. Gila bapak panas...oleh sebab aku tak suka panas, so aku pun mempercepatkan bersukan dan segera pulang ke Blok A kesayangan aku nih tau.

Lepas tuh aku dan Cik Tiqah melepak ler sekejap dalam bilik aku untuk breakfast pulak. Sepanjang tengah breakfast, aku bukak ler fesbuk sebab nak tunjuk somethings pasal benda yang aku baca semalam iaitu berkaitan dengan kezaliman sebuah kerajaan yang tidak mempunyai negara sendiri iaitu ISRAEL..malangnya, sekali aku terbukak pasal Muammar Ghadaffi nih. Sebenarnya dari semalam (masa tengah tengok cerekarama kat TV 3, Cik PinQib tanya aku tentang beliau..apekah beliau sememangnya jahat atau sebaliknya?)..

Berdasarkan pembacaan aku tadi,diberitakan bahawa beliau merupakan pemerintah yang disegani dan antara pemerintah yang paling lama memerintah. Bila aku baca artikel yang aku salah bukak tuh (artikel tentang Muammar), ternyata beliau punya tindakan, tingkah laku dan tindak tanduk sebagai seorang pemimpin wajar untuk dipuji dan dibanggakan oleh semua pihak. Tapi, malang sekali...oleh sebab kebodohan penduduk Libya sendiri, mereka telah hilang pemimpin yang sememangnya layak digelar sebagai seorang pemimpin..

Dah berapa banyak negara Islam di Asia Barat dah kena ceroboh + di serang oleh puak-puak kuasa VETO? Semua nih pro Barat + pro Yahudi...Huh...dunia sekarang makin teruk..so no wonder lar kalau manusia kat dunia semakin hilang nilai perikemanusiaan. Bukan fizikal kita jer dijajah, tapi dengan mental-mental pun kena jajah...maklum lah masing-masing takut kalau negara Islam yang pegang ekonomi dunia. Padahal dah termaktub dalam Quran kot, Islam akan menang satu hari nanti.

Satu hari nanti? tak tahu lah bila..sebabnya sekarang pun Islam masih lagi berpecah..yang nama Islam pun bukan amalkan kehidupan seperti yang telah disyariatkan..Inilah salah kita sebenarnya..bila kita tak amalkan perkara yang telah ditetapkan no wonder lar kalau doa kita tak dimakbulkan. Teringat kata-kata mak aku, kita nih orang Islam, siapa lagi yang nak bantu penduduk Palestin dan orang Islam yang sedang dalam penderitaan sekarang kalau bukan kita sendiri? Mak aku cakap, bantuan tuh tak semestinya kita kena pergi ikut sekali untuk berperang..tapi doa..dengan doa lar orang Islam mampu menang..mampu berkuasa..mampu untuk kembali bangkit..

Mak aku cakap lagi..jangan jadikan kegemilangan Islam satu ketika dahulu sebagai kenangan. Jadikan ia sebagai satu perkara yang kita nak gapai balik kegemilangan tuh. Memang kita tak mampu nak bantu dorang, saudara seislam kita yang dalam kesusahan dengan berperang or terus ke negara dorang , tapi kita sebenarnya boleh bantu dorang dengan doakan kesejahteraan dan minta bantuan dari ALLAH. Kan best kalau semua orang Islam sedar, yang sebenarnya tanggungjawab kita sangat besar untuk membantu saudara kita terutamanya sekarang.

Kan best kalau kita stop kan pergaduhan sesama orang Islam dan kembali bersatu untuk menentang musuh-musuh agama Islam..kan best kalau orang Islam semua berjaya untuk dapatkan semula zaman kegemilangan Islam..zaman yang mana Islam pernah digeruni satu ketika dahulu? Mak aku pernah cakap...memang kita wajar untuk sedih dan kecewa bila terjadi sesuatu kat saudara seislam kita, tapi kita perlu lebih concern terhadap IMAN dan ISLAM yang dah ada dalam jiwa dan raga kita, sebabnya ALLAH kan dah janji, di akhir nanti ISLAM akan menang..tapi macam mana pulak dengan kita?

Apakah kita masa tuh masih lagi bergelar ISLAM? Apakah kita masa tuh masih lagi merasai nikmat kemanisan IMAN tuh? Haaa...maksudnya sekarang nih...marilah kita sama-sama menjaga nikmat IMAN dan ISLAM yang ada pada kita..kalau buleh pertingkatkanlah amalan kita..di samping tuh..marilah kita sama-sama berdoa agar saudara seislam kita sentiasa di bawah lindungan rahmat-NYA terutama sekali bagi penduduk-penduduk Palestin yang sentiasa berjuang di jalan ALLAH..ameennn~~

1 comments:

Qib said...

series.. bes giler enrty mu kali ni.. betoi la .. dafi ni baik?? emm.. kesian dia./. mati terbela... T-T.. nice entry./.

Related Posts with Thumbnails