BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, October 22, 2011

nOmBoR yAnG tIdAk DiKeNaLi..???

Hurmm~~baru lepas berbakti pada kawan-kawan..aku memang macam nih, akan ada satu masa aku akan jadi rajen jer..hehehe..tadi masak dengan Cik Faten dan Cik Bad..hari nih kitorang masak banyak sikit dari semalam sebab hari nih kitorang nak jamu makanan pada ramai tetamu gitu iaitu Cik Piqah, Cik Tiqah, Cik PinQib + Cik Moon (rumet Cik Bad). Naseb lar hari nih kitorang masak lebih sedap dari kelmarin. Selalunya asal jer kitorang masak dengan niat nak jamu pada orang mesti masakan tuh jadi tak sedap..gila kaw-kaw tak sedap kot..hahaha~~ kena sumpah ke apa aku pun tak tahu..tapi berkat ikhlas kot, hari nih masak memang deabak kot..terbaek terganas wa cakap lu..

Masa dok tengah lagha buat kerja sambil dengar radio, tiba-tiba ada mesej masuk..eh nombor yang tak dikenali lar..ermm..masa tuh hati nih mengharapkan Mr. Right ler yang mesej nya..bajet konon-konon dia ada ler nombor aku tuh kan..heheh~~ok fine..kembali aku ke dunia nyata!! Rupanya mesej tuh dah sejam baru aku perasan..aku masa tuh terfikir, entah-entah mesti nih kerja Fathul a.k.a bff aku. Mana tau kot-kot dia nak kenakan aku, sebabnya dia memang jenis yang suka menggedik dengan aku tak kena tempat..sudahnya bila aku tak layan dia start ler nak merajuk~~

unknown : Hy
aku : sapa nih?

Unknown pun ambek sejam jugak untuk reply mesej aku,

unknown : Nk knl bley?

Serius aku cakap yang aku memang tak suka orang mesej dari huruf lain jadi huruf y, u, w~~ dan bla..bla..bla..please ok..aku sangat-sangat tak suka..jadi, oleh sebab masa tuh aku memang sebok sikit..so aku pun reply sejam lepas tuh jugak..yer lar, aku tengah sebok nak siapkan fail aku kot

aku : nk kenal mende ny..sy knl ke?

Ye lar weh..tuptup nak kenal dengan aku..dia ingat nih zaman budak sekolah ke nak menggatal tak kena gaya..even kau perempuan dan bertujuan untuk kenakan aku, aiseh~~taktik zaman jahiliah...memang orang tak pakai dah kot..sila ler tukar ke taktik baru buleh? Mungkin sebab dia pun tak busy, maklum lah..kerja dia tunggu aku reply mesej kot..cepat jer dia reply..

unknown : 2 nk knl dgn wak

Allah...serius berbulu ketiak aku bila baca mesej tuh..tolong lah...sapa ler yang ada niat nak pekena aku + nak uji aku + nak bang bang boom aku nih? Serius, beberapa minit lepas aku cerita kat Cik Faten, aku terfikir...entah-entah ex aku apa..sengaja nak tengok aku layan ke tak mesej-mesej bodoh macam tuh...aihhh~~aku terus jadi konfius jap..

Aku : pas2 mana dpt no nih?
unknown : dri kwn..

Then aku terus tak reply..bengang kot aku..buleh pulak mesej tuh dibalasnya sepatah-sepatah..apa dia ingat aku suka sangat ke nak melayan orang yang aku sendiri tak kenal asal usul nih? Apa kejadah lar dia nak kacau + main-main dengan aku nih~~bengang bro~~serius aku bengang...tak lama lepas tuh ada nombor baru miskol, nombor selatan bro~~cess..tak guna betol ler..nih mesti nombor aku sudah di pass-pass dengan jayanya...aku pun apa lagi, dengan bengangnya terus reply mesej dia cepat-cepat..

aku : kwn mana yg bg no? sp?
unknown : kwn sblh umh..wak nm ap yea?

Ces..tak ke bangang kawan sebelah rumah yang bagi nombor...kot nak pekena aku pun agak-agak ah..ingat aku suka ker bila ada orang dok kenakan aku? memang ler aku mudah ditipu + dipermainkan oleh kawan-kawan aku..maklum lar, aku nih sangat mudah percaya dengan cakap-cakap kawan aku..heheh~~aku pun tak tahu apa masalah aku sebenarnya..sebabnya, bila depa tipu, aku percaya..tapi bila depa cakap betol-betol, aku pulak yang tak percaya...tuh lar..padah menipu..cakap betol pun aku dah tak percaya~~hahahah...

Ok..berbalik pada cerita tadi..maksudnya sekarang nih ada dua nombor yang tak dikenali masuk dalam kocek henset aku hari nih..bengang pun ada sebenarnya. Sebabnya serius aku dok bajet namja aku..mana tau kan kot-kot dia pun suka aku dalam diam..hahahah~~lepas tuh dia malu-malu ke kan that's why dia kacau-kacau aku..kalau dia tak pa..memang aku suka..hahahah~~konfem aku layan kaw-kaw punya lah!! (ok..aku perasaan jap) Haaa~~main-main sangat dengan aku, so aku decide malas dah nak layan budak-budak yang tak matang nih..kalau ikutkan hati aku, nak jer aku letak nombor dorang kat blog aku nih..alang-alang nak jaja, biar aku jaja betol-betol..baru puas + padan muka korang...apa korang ingat aku nih baik sangat?

1 comments:

Qib said...

entah3 ... betul mr.R.. entah3 kelasmet.. em... entah3 ex.. ohh.. no komenn.. sedap yam. esok mask lagiii.. aummm

Related Posts with Thumbnails