BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, October 27, 2011

~ KeTuPaT ~

Ok...tiba-tiba hari nih mengidam nak makan sesuatu...nak tau benda apa? ermmm~~nih semua sebab Cik Tiqah...tadi masa tengah sembang-sembang kat depan cermin, dia cakap yang mak angkat dia tengah buat ketupat. Maklum lar, esok dorang nak pergi Terengganu, melawat anak lelaki dia yang tak balik raya haji nih.. so aku yang tengah on de way nak ke tandas untuk menyucikan diri nih terasa macam nak makan ketupat lah!!!!

Serius aku cakap, kalau mak dan tok aku buat ketupat, aku memang antara orang yang sangat kurang memakan ketupat. Lagi pun, aku tak berapa suka sangat nak makan ketupat..yes..aku tak nafikan, masa aku kecik-kecik dulu..time raya lah paling best sebab dapat makan ketupat bagai + kueh raya kan..tapi sekarang, kalau nak dibandingkan antara ketupat dan kueh raya..of cos aku akan pilih kueh raya..serius..nafsu serakah aku untuk makan ketupat dah berkurang..

Tapi, kalau aku tengah mengidam..serius memang aku nak makan sangat-sangat, tapi dalam kuantiti yang sikit jer lar..Janji aku dapat makan, kira dah cukup ah bagi aku kan. If aku tak dapat..memang aku frust ah..terasa macam sedih gitu..ermm..aku memang macam nih, bila benda dah tak dak..baru nak..masa tengah ada, kalau aku tak berselera nak makan, memang aku tak kan makan..

Macam hari tuh, ayah aku ada beli durian..then kitorang satu family lah makan pulut durian..gila..tapi hari tuh aku sorang jer yang kat rumah tuh tak makan durian..why? sebab aku tak rasa nak makan...oleh sebab nak jaga hati mak + ayah aku, aku just makan seulas dua jer..aku sebenarnya memang penggemar durian, tapi tak dak lar gemar sampai obses macam kawan-kawan aku yang memang pantang nampak durian. Aku makan, makan jugak..tapi aku akan makan ikut sedap perut aku lah..kiranya aku makan bila aku rasa nak makan..

Kalau benda tuh depan mata aku, tapi aku tak rasa nak makan..memang of cos lah aku tak kan makan..terok kan aku nih..hahahah~~tapi akan tiba satu hari aku sangat-sangat terasa nak makan..macam sekarang~~waaa~~nak KETUPAT + SERUNDING + GULAI DAGING!! eshhrrhhh~~sedap giloooo~~tak sabar nak tunggu 10 Zulhijjah!!

2 comments:

kukuchimachikumi said...

mne nk cri ketupat la ni cik kak oooiiiittttt

PinQib said...

ak x suke ketupat..
dalam berpuluh ketupat nenek ak buat..
satu jr ak makan..
ak suka tapai... ohhh.. i loveeeeeeeeeeeeeeeeee

Related Posts with Thumbnails