Ok...malam nih sebelum aku nak lelap + tutup mata aku nak cerita tentang sesuatu..sesuatu yang aku baru tahu, tentang kehidupan sorang member aku nih...kehidupan sorang member laki aku. Aku tak tahu lar dia cerita benda betol ke tidak...sebabnya aku nih mudah percaya dengan apa yang orang cerita or sampaikan pada aku. Anyway~~aku rasa he's nice dan mustahil bagi laki macam dia nak tipu tentang sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan dia kan.
Starting cerita dia macam nih..masa aku tengah asyek membelek sesuatu..tiba-tiba ada mesej masuk..owh...mesej dari dia..mulanya dia mintak maaf, sebab satu isu...dia ingat aku terasa tentang hal tuh. Anyway, aku tak dak lar nak terasa pun sebabnya, bagi aku itu memang cara aku bergurau..bergedik ke hulu ke hilir..itu memang cara aku..ok..lepas dengar jawapan dari aku, then dia cakap dia lega sebab dia expect aku touching la kan.. (padahal aku rasa lawak kot sebab dia mintak maaf..serius aku tak expect nak terasa hati pasal menda alah macam tuh)
Ini bukan point yang sebenar ok...cerita yang penting kat sini..berkaitan dengan dia, hati dia..dan seorang gadis yang dah berjaya curi hati dia..mulanya dia cakap yang dia trauma dengan perempuan.
aku : berbalik pada cerita tadi, asal ye kau trauma dengan perempuan?
Mr. F : agak la..sebenarnya selama nih aku tunggu seseorang, dah 2 tahun dah..sampai sekarang tak de berita lagi..agak bodoh aku di sini.
aku : biasa lar weh..tapi, kalau kau tunggu dia, dia tahu ke kau suka dia? ke korang lost contact sebenarnya?
Mr. F : macam mana yerk nak cakap..ermm..dia yang menghilangkan diri..sejak dia buat macam tuh, aku terus hilang kepercayaan kat perempuan..rasa macam tak dak komitmen kalau nak kapel pun..so baik aku solo jer.
aku : kira first love kau lar nih? ermm...kalau kau hilang kepercayaan kat perempuan, asal kau sanggup plak nak tunggu dia?
Mr. F : aku pun tak tahu, dia tinggalkan aku pun bukan sebab dia curang..dia ada masalah dengan family + study..satu lagi sebab aku suka perangai dia..tuh yang buat aku yakin untuk tunggu dia..
aku : ermm~ tak pe lar kalau macam tuh..kalau kau dah yakin dengan dia tunggu jer dia, tapi kau tak try ke contact dia dulu ke? karang kalau kau tunggu dia..entah-entah dia dah ada orang lain?
Mr. F : aku ada target aku jugak..aku tunggu sampai tahun depan, kalau tak dapat lagi aku bukak buku baru ah, hahahaha~~aku ada jugak usha dia melalui kawan-kawan dia..setakat yang aku tahu dia masih single lagi..payah kot aku nak tackle dia, makan banyak tahun kot.
aku : bagus ah macam tuh..i like~~ gud luck tau, buat habes baik..jangan mudah give up ah + cepat berubah hati..even satu hari nanti memang kau dapat dia, kau kena ikat dia betol-betol
Mr. F : Insya ALLAH..tapi kita hanya merancang, jodoh kita tak tahu lar kan..aku try sebaik mungkin untuk dia, tapi kalau dia tolak jugak, aku redha jer..mungkin ALLAH nak temukan aku dengan orang yang lebih baik..mana nak tahu kan..so sekarang nih depend atas dia lar sama ada nak terima aku ke tak..
aku : tak pe..sekarang kau kena yakin la dengan keputusan yang kau dah buat kan..banyak-banyak berdoa yang dia milik kau..Insya ALLAH..as a friend, aku akan sentiasa support kau dari belakang + doa untuk kebahagiaan kau..
Oleh sebab dia bakal sibuk dengan kehidupan dia, jadi kitorang stop mesej dengan gurau senda dari dia..dan aku harap lepas nih dia buleh luangkan masa lagi untuk mesej dengan aku walaupun dia sentiasa busy dengan dunia dia. Ok..tak nak cerita lebih..nih point yang aku nak cerita sekarang..sebenarnya aku bangga sebab dapat kenal dia..how come dia sanggup tunggu sorang perempuan yang pernah tinggal dia..aku tak rasa dia berdendam pada perempuan tuh.
Well~~dia cakap kat aku, dia sebenarnya tak sampai hati nak mainkan perempuan..prinsip dia, perempuan baik untuk lelaki yang baik..thats why if ada orang suka kat dia, dia akan cepat-cepat tolak if dia tak suka..dia bukan lelaki yang jenis kasanova mungkin..kesetiaan dia terhadap perempuan tuh membuatkan dia sanggup tunggu selama dua tahun..perghh~~serius macam novel..thats why aku teruja jugak bila dengar cerita dari dia..
p/s : aku bangga dapat kenal dia..Insya ALLAH aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia...semoga dia berjaya harungi hidup dia seadanya..ameen~ (aku nak jadi pendengar + pemberi nasihat pada orang yang memerlukan..) =)
2 comments:
ces..i thought it is you....:(
heee..
anda telah ditag... please menjawab
Sila jawab tag yer. Heee =3 Please feel free
Tag Time
Post a Comment