BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, February 4, 2011

SeRoNoK YerK mEnCaRi KeBuRuKaN dAn KeLeMaHaN oRaNg LaiN Kan..

Salam sayang buat rakan taulan sekalian. Semua sihat tak nih? Ntah-ntah semua tengah membilang angpau masing-masing yerk? Hah? Apa? Tak dak duit langsung pun ada ea? Ok tak kesah lar, apa yang penting..hidup mesti happy kan! Muahahahaaa...(adik aku cakap gelak macam setan nih)

Masa tengah ralit tengok cerita lawak yang terbaru dari En. Mamat Khalid tuh, sambil bergelak tangan aku tak lepas enset kot. Maklum lar tengah mesej dengan member. Dia cakap ada lar si hamba ALLAH nih suka lar dok kutuk pakwe si member aku macam tuh lar, macam nih lar. Huh, si pengkritik tuh punya mulut bajet macam dia lar paling sempurna kat dunia nih.

Aku pun kadang-kadang jadi pelik, yang dia duk sebok sangat pasal hidup orang bercinta tuh pasal apa. Bukan nya si member aku tuh pernah dok komplen pasal makwe dia pun. Bukan setakat komplen, siap buleh dok suruh si member aku nih fikir masak-masak lagi betul ke pilihan hati dia tuh. Bila member aku buat bodoh, di katanya member aku tuh desperate nak kapel.

Dia lagi huduh dari si buruk rupa..biar rupa jer buruk janji hati tuh suci tau!

Yang aku tak paham tuh, bukan setakat member aku dan pakwe dia jer, sekali dengan aku dan pakwe aku pun dia pernah kutuk weh. Yang paling aku tak tahan tuh..apa dia ingat dia bagus sangat kah? Sudah lar semua orang pernah tau kisah dia satu ketika dahulu dan aku nih salah sorang dari orang yang memang tau pasal kes dia. Tapi tak pernah pulak aku nak cerita keburukan dia kat semua dan tak terdetik pulak hati aku nak cakap dia tuh tak layak dapat orang lagi baek untuk dijadikan isteri.

Selalu salahkan orang tapi salah sendiri tak pernah nampak...nauzubillah, mintak ALLAH lindung aku dari semua kejahatan dan keburukan di dunia nih.

Hurmmm...ini lar manusia, terlalu berpuas hati dengan apa yang ada sampai tak pernah langsung terfikir yang selama nih dia selalu buat salah. Dia nih salah sorang antara orang yang aku jumpa yang mana cukup susah untuk lafazkan kata-kata maap. Even kita tau memang tuh salah dia, tapi dia tak pernah nak mengaku bahawa dia memang salah dan itu adalah kesalahan dia. Pada aku lar, dia nih tak pernah nak bersyukur dengan nikmat yang ALLAH dah bagi. Mau dia bersyukur, mesti dia tak dak masa nak cari point nak kritik orang kan.

Malang betol kalau si pengkritik nih tak pernah sedar yang dah banyak benda ALLAH kurniakan dekat dia. Apa yang dia tau, sibuk nak jaga tepi kain orang sedangkan kaen pelikat dia yang dah terkoyak tuh dah tak buleh nak jahit balik macam dulu. Semoga kau si pengkritik akan cepat sedar dari lena yang panjang dan segera lah muhasabah diri sebelum memandang keburukan dan kekurangan orang.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails