BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, January 5, 2011

SaYa bErMaSaLah FiZiKaL mEnJeLanG tAhUn iNi..oh tidak!!

Huh...dah nak masuk berapa jam dah aku mengadap laptop..baru lar aku ada kemampuan nak menulis kat sini. Hurmm..selalu 1 Januari 2011 yang lepas orang sambut dengan family ramai-ramai kan. Waktu malam, 31 Disember 2010 pulak mesti la pakat-pakat dok excited buat azam baru. Macam aku dulu lar, suka jer tuleh azam baru. Tapi kali nih tak leh lar nak bagitau kat sapa-sapa sebab takot-takot nanti hangat-hangat taik ayam jer. Biasa lar..aku memang macam nih, semangat jer lebih..poyo gitu!!

So, aku pun decide nak simpan biar diri sendiri jer yang menilai aku tahun nih sama ada lebih baek dari tahun lepas atau lebih terok kan. Masa orang dok sambut ambang tahun baru, masa tuh lar aku dok kalut bakar diari-diari lama. Ye lar, tak sanggup aku nak simpan lelama..takot mau ada yang baca kan. Esoknya aku balik maktab lar sebab dah nak start sem baru.

Tahun nih, aku rasa aku pelik sikit..sebabnya asal ja ada yang cakap dengan aku mesti aku salah dengaq. Cesss~~terasa macam diri aku nih dah pekak gamaknya, ye lar bila orang cakap laen aku dengaq benda laen. Masalah aku yang kedua pulak aku suka cakap lari dari topik yang dibincangkan. Aisehh..awat tak tau yang buleh jadi macam nih? Hurmmm...Jadi aku pun sedang mencari-cari jalan macam mana nak overcome masalah aku yang dah makin kritikal nih!

Paling memalukan bila ada sorang senior nih, beliau naek motor dan lintas kat tepi aku, beliau tanya aku,
" Macam mana result?"

Nak tau aku jawab apa? Haaa...aku dengan penuh yakin nih, jawab..
"Apa? Saya macam ct nur haliza"


Sekali member-member aku pakat berjalan terus ke depan pastu dok gelak-gelak..yang aku nih saja lar buat macam aku saja nak berkecindan dengan senior aku tuh..Bila aku bergerak kat member aku, ambek kau...pakat dok berdekah-dekah gelak kat aku...huhuhu...Salah sorang dari member aku pulak cakap, pendengaran kita berkait sangat dengan penglihatan. So, sapa yang ada masalah dengan mata dia tuh, maknanya dia mesti ada masalah dengan telinga dia jugak..errmmm...betol ke?

1 comments:

Qib said...

MESTI ko dok berkayal kan yam? hahaha
| Perlu MALU jadi single |

Related Posts with Thumbnails