BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, January 20, 2011

KhaS bUaT mErEkA..

Ermmm...mula-mula tak tahu nak tulis apa kerana saya sudah tiada idea untuk mencoretkan apa-apa di sini. Walaupun rumet sudah nyenyak di hanyut mimpi, hamster sudah bangun untuk bermalas-malasan, namun idea yang di cari masih tidak muncul-muncul jua. Cesss...aku berfalsafah seketika, sebabnya sudah ku tekad untuk berbicara secara baku supaya apabila aku bergelar guru nanti senang untuk murid-muridku memahami ku.

Adess...terlajak sudah..ok tadi sedang asyek aku bersama teman yang laen sedang berbual mesra, tiba-tiba salah seorang dari temanku diminta untuk menelefon classmate ku yang dah ada makwe. Maksudnya, classmate aku tuh makwe dia merupakan seorang bakal cikgu BI yang nak fly ke New Zealand tak lama lagi. Jadi, oleh sebab cik awek dia nak datang jumpa dia buat kali terakhir so dia pun mintak bantuan aku untuk menumpangkan si kekasih hatinya itu kat bilik aku buat beberapa ketika saja.

Bila dia cakap macam tuh, teringat pulak aku kat dua orang member aku nih yang jugak bakal nak terbang ke langit New Zealand tuh kan. Agak pelik jugak bila rumet aku dan aku, agak kamceng dengan budak TESL nih, sebabnya jarang budak TESL dan PISMP macam kitorang nih nak rapat-rapat kan sebab masing-masing mesti ada geng sendiri punya. So, meh sini aku nak story sikit about us.

Kami memang agak dan sangat kamceng sebenarnya sebabnya kami berempat, YUS, YAM, WIENA dan MIERA merupakan salah seempat daripada beberapa orang budak-budak second intake yang masuk IPG KSAH pada 4 Julai 2008. Masing-masing berlatar belakang kan negeri yang berbeza di mana aku dari PERLIS, Yusra yang juga rumet aku dari PERAK, Wiena dari KELANTAN dan si kecik molek MIERA dari TERENGGANU. Oleh sebab masa kami masuk tuh asrama seriously dah penuh, so budak-budak second intake telah ditempatkan dalam bilik rehat asrama.

Bayangkanlah masa tuh memang tidoq atas lantai beralaskan tilam jugak lah..hek3..sepanjang 3 bulan tinggal di dalam bilik rehat kami telah diberi penghormatan buat pertama kalinya untuk masuk asrama. Hahahaaaa...maklum lar, senior semua dah keluar so kami lar yang isi kekosongan kat BLOK E, iaitu blok pertama kami. Selepas itu, bermula lah hidup suka duka kami berempat di sana. Memori yang pahit manis toksah cakap lar sebab semuanya tak mampu untuk di storykan di sini. Biarlah setiap apa yang berlaku di antara kita menjadi rahsia kegembiraan kami bersama.

Aku masih berumetkan Yusra dan Miera masih berumetkan Wiena..kami pun decide untuk berpindah ke Blok A sebab untuk memudahkan kerja masing-masing. Mula-mula aku dengan Yus jer nak pindah, tapi depa nih pulak duk buat gedik nak pindah jugak. Hahahahahhaaa~~maklum lar, nak bagi senang, aku duk seblok dengan classmate aku dan depa dok sebelah blok classmate depa.

Buat Wiena dan Miera, sesungguhnya mengenali anda berdua merupakan satu detik yang amat bermakna buat aku. Even memang aku ada ramai kawan perempuan, tapi tak dak langsung yang sama macam korang. Walaupun ada jugak salah faham antara kita, tapi semua tuh tak pernah jadi batu penghalang untuk aku terus rapat dengan korang. Walaupun, masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri, tapi korang memang tak pernah lupa kat aku. Kadang-kadang ada jer time korang nak datang bilik lepak-lepak dekat bilik aku walaupun masa tuh aku dengan Yus sibuk dan buat bolayan kat korang especially kat Wiena, hahhahaaaa....

Tiba-tiba teringat satu ketika bila aku dengan Yus beli nasek tapi tak ajak hang, Wiena...oleh sebab takut hang mai bilik kami pun makan diam-diam. Kami ingat hang nak keluar dengan Miera, tapi rupanya hang dah duduk depan bilik kami sebab nak lepak-lepak. tersedak jugak aku dengan Yus masa tuh bila hang hantar mesej nak masuk bilik. Misi kami nak lari dari hang tak berjaya, even basuh tangan dalam timba aku pun, hang buleh detect kami tengah makan. Sebabnya satu bilik berbau nasek yang kami makan tadi. Haaaahhhaaa...

Miera lak, hang ingat tak masa kita start nak pindah dari bilik asrama ke BLOK E? yang aku terbagi rosak enset hang kan. Aku nih dah lar pokai, duet tak pernah ada, tiba-tiba terbagi jatuh enset hang dalam lubang jamban. Aduh, aku memang kesian + menyesal nak mati nih. Aku memang tak sengaja, maklum lar..masa tuh excited nak buang air. Huh, bila tengok muka hang tuh rasa bersalah sangat, tapi mau mintak maap pun benda tak buleh nak perbetul balik melaenkan hantar p kedai je kan.

Aku seriously sangat hepi sebab kenal korang since 4 Julai 2008 sampai lar saat nih. Sebenarnya terkilan jugak aku sebab tak dapat jumpa korang before korang nak terbang,hahhaaa...Hampa tau dak betapa nya terkilan aku kat sini, walaupun nanti boleh jumpa balik, tapi saat bertemu tuh tak sama macam sekarang. Perasaan sekarang nih, perasaan seorang sahabat yang rindukan sahabat. Korang memang de best, aku memang bangga kawan dengan hampa dan aku tak kan sesekali nak terasa malunya untuk mengaku yang hampa nih member aku.

Walaupun aku nih jarang online, jarang nak ber FB tapi tak bermakna aku lupa hampa tau. Since aku dah cakap macam nih, aku nak hampa terus jadi sahabat yang baek, yang macam korang yang sekarang nih. Yang tak pernah merungut, marah-marah dan yang tak pernah simpan dendam dekat orang atau kawan yang pernah buat hampa terasa hati, sakit hati atau terkilan. Go on dengan perlakuan korang yang sekarang even korang duduk atas langit pun tau.

Mau fly nanty, bawak balik hadiah banyak-banyak..hahahhaha~~ (ingat aku saja-saja ka buat entry khas kat hampa) lawak jer weh..sedih laaa, dah lar cancel tak jadi mai maktab...tak sempat nak hang out dengan hampa sebelum hampa p sana~~

4 comments:

Qib said...

hihi
lawak kot citer mkn nsi tuhh

Kay Ann said...

kalau diorang baca ni, mau nangis diorang...jaga diri elok2
krim salam kat yus, k?
syg korg~

Anonymous said...

I love yamsaja.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards

hans said...

sokong komen 1st
mesti diorang terharu punya

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

Related Posts with Thumbnails