BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, December 29, 2010

BaGi BuNgA dApAt TaHi...TaK rEtI BeRsYuKur KaH?

Alhamdulillah, akhirnya berakhir jugak kemarau bola sepak tanah air kita kan. Sangat-sangat gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi sebab semua nih dengan keizinan Dia jugak. Tahniah jugak buat skuad bola sepak Malaysia yang sentiasa bertungkus lumus untuk mengharumkan semula nama MALAYSIA dan skuad bola sepak kita sendiri. Biar telinga anda lali dengan cacian dan makian even dengan peminat sendiri sebab semua tuh mampu membangkitkan semula HARIMAU MALAYA yang sedang asyek tidur selama beberapa puluh tahun kan.

Tahniah buat skuad bimbingan Raja Gopal..korang memang terbaek..

Walaupun korang semua di pandang hina, diperlakukan macam-macam oleh peminat fanatik bola sepak Indonesia tapi korang sabar dan tabah kan. Biasa lar, nak berjaya bukan senang, tapi nak jatuh memang senang. So, dengan kejayaan yang manis macam nih, korang dah berjaya buktikan pada semua yang korang nih bukan anak emas yang dulu tuh. Anak emas yang satu ketika dulu pernah main untuk MALAYSIA tapi selalu menghampakan peminat setia MALAYSIA yang tak pernah jemu bagi sokongan kat korang.

Aku bangga + happy gila sebab depa nih memang. Mana taknya, aku memang bimbang gila masa MALAYSIA turun padang malam nih, start dari petang tadi bimbang aku tuh tak pernah berhenti. Ye lar weh, Indonesia nih harap jer nama serumpun, tapi pasal Malaysia sanggup jer dorang buat macam-macam semata-mata nak menang. Tak senang duduk jugak aku, aku memang tak suka gila-gila dengan sikap orang indonesia nih. Bukan apa, kita nih punya lar baek nak mati, tapi depa...mau buleh hina kita tuh...nauzubillah.
Kejayaan memiliki Piala Suzuki 2010 merupakan titik permulaan buat skuad bola sepak tanah air.

Ni lar, contoh-contoh insan yang tak reti nak menghargai nikmat syukur yang ALLAH hantar. Sama-sama Melayu pun nak bergaduh, padahal Malaysia nih sikit punya baek, pantang depa ada masalah, konfem nak bantu. Yang duduk kat Malaysia nih, tak pernah pulak orang Malaysia dok maki atau caci apa-apa. Tapi mau kita kat sana, hurmm...jangan harap lar hampa nak selamat. Mau dok kat dalam rumah pun tak senang dibuatnya. Mana taknya, takut kalau-kalau ada jugak yang serang nanti kan.

Pada aku lar, depa nih memang tak senang tengok orang senang dan tak pernah nak mengaku salah sendiri. Tolong lar, belajar-belajar lar terima kenyataan sikit dan try lar jadi profesional. Banyak sangat baek kita kat depa, kadang-kadang kecewa + terkilan jugak aku, kita nih asyek tolong depa jah...tapi depa, aku bukan nak suruh depa balas kebaikan yang kita bagi tapi aku nak depa belajar menghargai apa yang depa dah dapat dari si pemberi. Payah sangat kah nak buat macam tuh?

p/s: fikir-fikirkan dan sentiasa muhasabah diri yer..=) aku tak suka cara mereka tapi bukan aku tak suka mereka...

1 comments:

PinQib said...

haha. bese la mat mat minah indon
nggak ngerti bermekasihan dongg

| Perlu MALU jadi single |

Related Posts with Thumbnails