BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, January 29, 2011

pErLu kE kEnDuRi KaHwIn tErSaNgAt LaR GaH?

Hahahahaaaaa....tajuk entry gila bapak tak buleh belah...muahahahaha...well, terasa seronok sebenarnya bila dok tengok ramai dah budak-budak sebaya aku dah jadi bapak budak, mak budak or senang cakap mereka sudah mempunyai keluarga. Bila cakap pasal keluarga, siapa yang tak mahu berkeluarga kan? Pasti ramai sangat yang berkeinginan untuk memiliki sebuah keluarga yang harmoni especially bersama orang yang tersayang kan.

Seronoknya..

Tapi bila sebut soal kahwin nih benda yang paling penting laki dan perempuan patut tau ialah tanggungjawab. Ermm...bukan kegembiraan saja yang akan kita kecapi tapi segala-galanya, kira bermula dari akar umbi kehidupan lar. Macam-macam kau buleh dapat lepas kahwin yang orang bujang takkan dapat. Dosa pun kau senang dapat pahala apatah lagi lar kan. Orang kita nih mau masa nak buat kenduri bukan main asyek nak lebih jer dari si polan tuh. Bukan apa, sekurang-kurangnya kalau orang pakat mai makan kenduri konfem pakat terpesona.

Cantek kan..saya nak jugak macam nih..waaaaa

Maklum lar, habes nak dekat 10k jugak tuh bukan kenduri kat sebelah pihak perempuan. Tambah pulak kalau anak sulong atau anak tunggal juga anak bongsu. Kalau memang ada duet, aku pun tak mau kata apa sebab duet masing-masing kan. Buat apa lar aku nak berdengki, tapi masalahnya kalau terpaksa buat pinjaman kat bank semata-mata nak kahwen. Sakit pakcik makcik...tengah kenduri bahagia lar, 3 bulan kemudian sengsara hidup depa kot. Silap-silap makan makan nasek dengan garam jer.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh orang-orang bahagian kewangan nih, depa cakap ramai sangat yang buat pinjaman di usia yang muda between 20-30 dan ke atas lar kan. Kebanyakan anak-anak muda yang buat pinjaman nih, sama ada nak sambung belajar, nak kahwen dan bla..bla..bla lagi la kan. Biasa lar, nak kahwin tapi tak dak duet, dah tau tak dak duet nak jugak kahwin. Hurmmm...sudahnya hutang keliling pinggang.

Tak pun paling senang mesti pinjam duet bini sat, nak bayar tuh belum tentu lagi bila. Well...siapa suruh ajak kahwin sangat kan, huh...harap-harap si lelaki tak kan keluarkan ayat macam tu kan. Dalam ISLAM tujuan buat kenduri nih untuk memaklumkan pada orang ramai bahawa si gadis sudah di miliki. Itu adalah sebab utama, bukan sebab untuk menunjuk kenduri sapa lagi gah. yang paling tak tahan dok berlawan duet hantaran siapa paling banyak.

Yes...memang kahwin nih sekali jer seumur hidup dan tak dak siapa lar yang nak buat halai balai jer pada hari perkahwinan sendiri kan. Tapi kena paham lar, kita buat sekadar termampu lar..tak payah nak pinjam kat sapa-sapa semata-mata nak kahwin. Dah tau nak kahwin kena lar cari kerja, belajar cari duet sendiri kan. Bila kenduri dan segala mala persiapan bermula dari merisik, meminang dan berkahwin semuanya asal dari titik peluh kita sendiri, insya ALLAH..hati tuh rasa seronok jer.

Yang paling penting kita lebih menghargai si dia yang selama ini kita damba kan untuk menjadi suri di hati kita yang juga akan menjadi teman hidup kita di dunia dan insya ALLAH di akhirat jugak. Sekurang-kurangnya kita tau nilai sebuah perkahwinan dan keluarga tuh besar dan tak ternilai harganya. So fikir-fikirkan..tepuk dada tanya iman insya ALLAH pasti ada jawapannya..=)

2 comments:

al_hakim said...

simple2 sudah..huu

Fatin Aliyya said...

tuelah spl.kdg2 ak pn x phm yg pasaipa depa dok wat grand sngt kawen2 ni.sederhana kn lebh baik

Related Posts with Thumbnails