BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, January 30, 2011

MeLaYu is RaCeS..IsLaM is ReLiGiOn LaR..ToLoNg LaR bEzAkAn dEnGaN BiJaK siKiT

Tadi masa tengah dok mencari hiburan terpandang lar aku pada satu blog gosip nih. Tiba-tiba terasa nak singgah kejap. Huh...seronok jugak singgah tapi agak terkejut bila baca komen-komen kat situ. Bukan apa, betapanya rendah mentaliti dan betapanya jugak tidak bijak si pengomen-pengomen di sana. Sebab apa aku cakap depa tak bijak? Sebabnya depa tak pandai nak kawal emosi depa yang tengah meluap-luap tuh kan.

Ok..meh sini aku pulak nak cakap..selaku rakyat malaysia kita kena tau dalam Malaysia nih ada banyak sangat kaum. Kita jugak berjaya membina bangsa MALAYSIA yang terdiri daripada 3 kaum utama kat Malaysia iaitu Cina, India dan Melayu serta beberapa kaum lain yang sememangnya ada di Malaysia.

Sebenarnya yang dok jadi pertelingkahan sampai melibatkan agama nih sebab asal pencetus nya dari ketidakpuasan hati dengan isu perkauman jer pun. Kalau nak di ikutkan dalam ISLAM, ISLAM tak dak langsung tentang isu perkauman sebab semua orang kat dunia yang bergelar ISLAM tak kira lar hang hitam ka, putih ka, sepet ka, bulat ka yang membezakan kita di sisi ALLAH ialah iman seseorang. So hampa tak payah lar buang masa dok ngutuk sesama sendiri.

ISLAM nih tak dak langsung semangat kekitaan or semangat assabiyah. ISLAM tak pernah pandang rendah pada kaum lain malah lagi hormat pada kaum lain yang juga penganut agama lain. Agamaku urusanku, agamamu urusanmu...ni yang Rasullah pernah bersabda, Rasulullah tak ajar kita maki agama lain malah Rasulullah siap suruh hormat lagi kat mayat orang bukan ISLAM.

Biar lar depa nak maki agama kita, janji kita nih kena lar jaga iman kita sendiri. Apa pasal aku cakap macam ni? Sebabnya, ALLAH pernah berfirman, ISLAM tuh akan dilindungi hingga ke hari KIAMAT dan ALLAH juga pernah berfirman KIAMAT itu urusan NYA. Lar ni, tak payah lar nak mempolitik kan ISLAM itu sendiri sebabnya apa yang penting jaga iman sendiri.

Berkenaan dengan Melayu pulak, mai sini aku nak habaq, hampa ingat semua Melayu tuh ISLAM ka? Sebenarnya melayu nih sama ja dengan kaum lain melainkan MELAYU yang memang betul-betul beriman kepada ALLAH. Kalau kita sekadar ISLAM sebab mak bapak kita ISLAM, dan kita tuh tak pernah terfikir nak kaji, dalami dan belajar pasal ISLAM so hang tak layak nak cakap hang tuh MELAYU ISLAM. Kalau kita taknak kaji ISLAM maksudnya kita nih sama jer dengan agama lain yang ikut agama nenek moyang depa.

Lagi satu, hampa tak payah lar dok pelik pasal apa ramai orang MELAYU rosak akhlak. Depa rosak akhlak sebab depa tak terfikir untuk mendekati ISLAM sebab bagi depa, kalau dah dilahirkan ISLAM maka ISLAM lah aku. Itu adalah mentaliti yang salah lar tuh. Sebabnya, ISLAM dan IMAN tidak boleh diwarisi. ISLAM dan IMAN bukan nya harta yang boleh di warisi. ISLAM tuh bukan di khaskan untuk orang MELAYU tapi kebanyakan orang MELAYU itu beragama ISLAM.

p/s: stop lar tuding jari pada orang lain..merugikan diri sendiri saja..

3 comments:

al_hakim said...

nice entry senior..huu

OrenLimau said...

haa.aku suka part yang tak semua Islam tuh melayu.
ntah..kdg2 banyak sgt nak persoalkan pastu nak relate kan islam dgn melayu..tolonglah tolonglah.dalam IC je islam,tapi diri sendiri dah macam bukan islam dah.lebih terok.lepas tuh nak kata islam ni melayu punya.tolonglah belajar sejarah,tahu asal usul,kenal agama sikit.ni tak,tau nak sembur ja.org kata bodoh, marah..tu la masalahnya.nice shot yam!

Azuan said...

kebanyakkan bangsa melayu beragama Islam, sebab tue orang salah faham..yang penting kenali Islam tue sedalam..

ada ramai yang baru masuk Islam cakap..diorang bernasib baik kenal Islam dulu seblum kenal muslim..huhuu

Related Posts with Thumbnails