BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, December 28, 2010

mUhAsAbAh DiRi, rEnUnGaN bUaT sEmUa..

Masa tengah membelek cik diari, aku terbaca satu seloka yang tak berapa seloka la sangat kan. Tapi benda nih buleh jadi renungan dan peringatan untuk semua selaku umat manusia yang bergelar ISLAM nih kan. So, jom kita sama-sama muhasabah diri masing-masing sempena nak masuk tahun baru nih.

apabila teruna tergoda,
ketawalah syaitan di neraka,
apabila dara ternoda ,
gugurlah bunga di syurga,

Haa..masa aku sekolah dulu, aku tak paham sangat maksud ayat nih sebab benda jarang jadi kan. Tapi, bila dah makin besar baru aku paham macam mana teruna tergoda dan apa jadi bila dara ternoda.

apabila banyak berkata-kata,
itulah jalan berbuat dusta,
apabila terlebih-terlebih suka,
itulah tanda menghampiri duka,

Maklum lar banyak lagi cerita yang kita tahu tapi orang lain tak tak tahu kan. Kalau terlalu suka sangat pun buruk padahnya, lepas suka tuh, ada lar benda buruk nak jadi. Maklum lar, lara sangat kan sampai tak ingat dunia.

apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat,
apabila anak tidak di latih,
bila besar bapanya letih,

Ini membuktikan bahawa, apa jadi sekalipun pastikan setiap kejadian tuh di siasat dari akar umbi. Ini tak, main tuduh jer, tambah pulak kalau si tertuduh tuh pernah buat salah sebelum nih. Ini lah malang nya orang yang pernah buat salah, mau jadi apa-apa mesti orang tuduh dia kan. Normal lar, kalau ibu bapa terlalu manjakan anak sampai anak buat salah pun tak buleh tegur, bila dah besar jangan harap lah dia nak dengar apa yang si ibu bapak nih nak bagi nasihat.

apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang,
apabila seseorang banyak tidur,
sia-sia sahaja umurnya

Biasa lah kan, mengata dan mengutuk orang nih benda best. Sebab tuh ramai orang suka ambek peluang bercerita dan mendengar segala tentang kehidupan orang laen. Sedangkan kehidupan diri sendiri tuh banyak kudisnya. Tapi tuh lar, jaga tepi kaen orang tuh lagi baek dari scan diri sendiri punya peribadi kan.

barang siapa khianat akan dirinya,
apa lagi pada yang lainnya,
kepada dirinya ia anaiya,
orang itu jangan engkau percaya,

Errmmm..ni lagi satu penyakit, mau orang tuh sendiri tak pernah jujur dengan diri dia, macam mana dia nak jujur dengan amanah yang diberikan. Macam nih lar, kalau orang tuh selalu cincai dan tak pernah on time dalam solat, tuh maknanya konfem dia nih jenis yang kureng dalam nak tepati janji nya kan.

kasihkan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu,
hormat akan orang yang pandai,
tanda kenal kasa dan cindai

Biar berkawan dengan si pembuat minyak wangi kerana terkena jugak kita akan wangiannya..tapi mau berkawan dengan si pembuat besi tempias yang kita dapat tuh api la kan..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails