BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, November 29, 2010

SoMeThInG pEopLe sEEm To CoMpLiMeNt YoU tHe MoSt oN

INAI

Memang kalau masa sekolah rendah dulu..aku popular sangat sebab suka pakai inai. Bukan pakai kat kuku jer, tapi pakai macam orang nak kawen tuh lar..erkk..tapi hias-hias yang berlebihan tuh tak dak lar. Pernah jer satu ketika tuh, cikgu BM aku nak kawen, jadi dia pun mintak lar aku bawak daun inai, padahal pokok inai tuh ada jer tertanam kat rumah tok aku. Huh, aku pun amek lar dan simpan kat rumah aku sambil tak sabar nak bagi kat cikgu aku nih. Oleh sebab cuti dua hari, daun inai pun layu. Hehe...aku rasa bukan salah aku, sapa suruh cuti tuh panjang sangat kan!


Bila masuk time sekolah menengah pun memang macam nih jugak perangai aku. Satu hari, masa aku form 4 ustazah yang ngajar syariah nak check kuku. Jadi sampai turn aku dia sound ah, dia cakap apa pasal pakai inai ni? Nak mai sekolah mana buleh pakai inai tau. Lepas nih jangan pakai inai dah. Peh3...aku bengang jugak dengan beliau, dah lar baru pindah jer dah pandai nak tegur-tegur padahal aku rasa bukan satu kesalahan pun. Tapi aku keras kepala jugak..tak makan saman, tetap jugak pakai inai..hehehe..

Mesti comel gila kan jari aku..merah jer..huhu..i like!!

Aku nak berhenti pakai inai pun bila aku dengar member aku cakap, kalau selalu pakai inai, nanti bila kawen dah tak berseri. Eh, betol ke? Dia kata, sebabnya orang dah selalu tengok kita pakai inai kan, dah jadi satu benda biasa lar. Aku pun, fikir-fikir betul jugak kan, jadi aku pun stop. Ermm..kejap jer, aku stop lepas tuh aku pakai balik..hahahah...bukan apa, aku rasa jari + kuku aku comel sangat kalau pakai inai tau..tambah pulak inai kat rumah tok aku tuh memang terang kot..tak payah dah nak ikut petua orang kampung letak macam-macam supaya inai jadi terang. Kalau ada orang nak kawen, selalu datang rumah tok aku, nak mintak inai pokok tok aku.

2 comments:

PinQib said...

sumer tu kurafat belakarrrrr

little black dress said...

wah yam, nak2 inai gak..
=)

Related Posts with Thumbnails