BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, October 5, 2010

HeLLo..HeLLo..KaMi BuRuNg KaKaK TuA..

Wa laaa weeehhhh...pejam celik pejam celik aku baru jer lepas habes Program BIG..actually mula-mula dulu..masa bincang-bincang nak buat apa untuk BIG sem nih, ada jugak lar dua tiga kali aku makan hati dengan KK aku. Tapi tuh satu ketika dahulu ar..sekarang tak dak dah aku nak terasa hati sebab aku dah lepas semua dan cerita satu persatu dekat dia kan. Dia pun dah mintak maaf dekat aku. Padahal menda kecik sajork, tapi saja lar aku nak buat GEDIK sikit kan.

Hari SABTU lepas, bertarikh 2 OKTOBER 2010..kami budak-budak IP2D telah menjalankan satu aktiviti BIG untuk anak-anak yatim. Pogram yang kami buat nih untuk nak bagi budak-budak tuh bersemangat sikit untuk terus belajar dan terus belajar tanpa rasa malas dan malas macam aku nih kan.Ok, stop..(tak nak kutuk diri sendiri). Semalam AJK Aktiviti dah mention masing-masing punya tugas dan tugas aku adalah sebagai fasi bagi kumpulan kakak tua bersama Bro Paan.


Wowwwww~~first time nih group bersama si dia. Debar nih..(poyo sikit) hehehee..anyway, aku memang sangat suka jadi fasi kot. Masa kecik-kecik dulu, darjah 1- darjah 6..aku selalu jer p pogram macam nih. Jadi aku teringin lar jugak nak merasa saat-saat menjadi fasi melayan anak-anak buah kan. Bila dapat peluang, rasa macam excited gila kot. So, bila Bro Ashraf tanya nak jadi fasi ke tidak, aku cakap, aku on jer..=)

Pagi-pagi lagi, aku, Yuni, Joe, Ashraf, Alip dan mentor aku, pakat-pakat turun awal sebab nak p amek depa kat rumah anak-anak yatim kat Baling. Aku tak pernah p lagi, so aku mintak nak join jugak ler..then KK aku pun dengan murah hati kasi sama aku. Masa dalam bas tuh, aku terpikir jugak, macam mana lar aku nak handle budak-budak nih kalau depa bukan jenis yang aktif. Sesampainya kat sana, kami dapat tau yang budak sekolah rendah lagi ramai dari sekolah menengah. Kebanyakan mereka jugak merupakan budak-budak yang slow learner dan memerlukan tunjuk ajar yang sangat kuat dari kakak-kakak dan abang-abang fasi.

Oleh sebab terdapat beberapa kekangan dan masalah, jadi pogram dijalankan di IPG KSAH, thats why lar kami kena p amek depa + hantaq sekali. So, pada hari tersebut aku mendapat 5 orang anak,
  1. yang first, Alias, 17 tahun
  2. yang second, Akidah, 12 tahun
  3. yang third, Nazirah, 11 tahun
  4. yang forth, Balqis, 9 tahun
  5. yang fifth, Athirah, 8 tahun

Yang sorang lagi tak sihat..jadi beliau berehat sebentar bersama penjaga dorang.

Ini lar adik yang sakit tuh..tapi dia tengok game semua best..teros jadi sihat..=)

Banyak gila kan anak aku, serius best kot layan depa, mula-mula aku rasa berdebaq jugak sebab aku takut dapat anak-anak yang susah gila nak bagi kerjasama dengan aku selaku fasi nih kan. Tapi alhamdulillah lar, lepas dua kali LDK depa dah buleh get long dengan aku. Depa nih cukup payah lar nak bukak mulut, nak kena aku sembang-sembang sikit, buat lawak sikit, baru lar depa mau sembang dengan aku.

Bila dah ada banyak pogram, depa dah makin aktif dan suka sangat sembang dengan aku. Salah sorang anak aku tuh kematian ibu dan yang lagi 4 orang tuh semua dari keluarga susah lar. Bila aku tengok adik yang kematian ibu tuh, aku nampak dia macam tabah sangat, sampai aku sendiri tak nampak langsung kesedihan dia. Bangga gila aku dapat kenal dia, dan aku harap sangat suatu hari nanti dia akan jadi orang yang berjaya.

Ni lar adik Nazirah..sayang gila kot aku dekat dia..arap dia jadi orang yang berjaya..

Dia cerita kat aku kisah hidup dia, dari situ aku nampak betapanya teruk seorang insan yang bergelar ayah, tak mampu nak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada anak dia. Ada ke patut dia tinggalkan isteri dia yang masih dalam pantang, bila dah si isteri mati baru gedik nak amek anak yang di bela oleh ipar dia.

Ok, stop..sepanjang aku jadi fasi, serius..aku mengaku aku sangat letih sebab aku perlu jadi lebih aktif dari biasa untuk nak galakkan budak-budak tuh aktif jugak. Kalau aku pasif, depa dua kali ganda pasif dari aku,kalau aku bersuara perlahan, depa bersuara lagi perlahan dari aku. Aku jugak try praktikkan, memberi pujian bila depa dapat buat sesuatu yang memberi kejayaan pada pasukan depa. Serius, sangat berkesan jugak.

Tapi, yang paling tak buleh belah, nama group aku, dah lar nak group burung kakak tua. Lepas tuh kena buat bunyi yang melambangkan group aku tuh. Apa lar bunyi burung kakak tua? Selain dari dia buleh berkata-kata? So..aku pun cipta bunyi group aku, HELLO..HELLO..KAMI BURUNG KAKAK TUA..hahahaha...Cik Faten cakap, serius aku punya group buat dia nyampah gila..hahhhaha..aku syok sendiri lar maksudnya..kah3..(aku ingat best)..cess~~ada aku kisah?? =) (aku kisah sebenarnya..ciss~~)


2 comments:

OrenLimau said...

hahhaa.nice one yam!

suri said...

selamat berhujung minggu..
nampaknya tambah kawan2 baru lagi heeee..

pas ni klu dah kwin mudah le nak handle anak yerk heeeee

Related Posts with Thumbnails