BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, September 6, 2010

Someone you need to let go, or wish you didn’t know.

Waaaa....dah lama dah aku stop buat entry untuk 3o hari cabaran tuh. Salah satu faktor nya sebab aku ada masalah dengan kekangan masa. Memang konfem tak buleh jadi blogger terhebat nih sebab tak mampu nak bahagikan masa dengan sebaik mungkin kan.Nak buat macam mana, student life kan, busy lar sikit. Faktor yang kedua pulak, sebab aku sendiri sukar nak takrifkan siapakah atau apakah yang membuatkan hati aku mengklasifikasikan seperti tajuk di atas.

Ok, sebenarnya..faktor yang kedua dan di sokong oleh faktor pertama tuh memang sangat mempengaruhi penulisan aku. Bayangkan, aku asyek terfikir saja apa lar yang aku nak tuleh nih sebab entry nih ada dua jenis makhluk. Satu makhluk yang kita betul menghargai kehadiran dia dan kita sendiri sedih sangat dengan pemergian, perpisahan dan peninggalan dia semasa kita tengah sayang dia. Makhluk yang kedua pulak adalah makhluk yang memang kita sendiri tak hingin langsung nak jumpa dia dan kita harap kita takkan jumpa dia dah sampai bila-bila.

Jadi aku rasa biar aku cerita tentang kisah seorang guru muda yang pernah ajar aku masa aku Form 2 di SMK Agama (P) Kangar. Nak dijadikan cerita selalu kalau ada guru pelatih yang nak buat praktikum memang akan dapat kelas kitorang. Masa tuh aku Tingkatan 2 Siti Fatimah, kelas kedua dari enam kelas semuanya. Kelas aku nih harap jer penuh dengan budak bijak pandai, tapi serius kitorang nih pelajar yang sangat nakal dan tak dengar kata. Satu hari, datang ler sorang cikgu berjantina lelaki dari UUM Sintok bakal ngajar subjek SEJARAH masuk kelas aku. Dia ganti PUAN SAODAH yang ajar Sejarah kelas aku, dan subjek nih memang subjek febret aku masa kat sekolah.


Mula-mula aku ok jer dengan cikgu nih sebab dia nih not too bad lar. Aku memang suka buat note last minutes, sebab bila dah habes belajar satu-satu topik tuh baru aku buat. Tiba-tiba satu hari nih, dia nak check buku nota kami, aku pun dengan bahagianya bagi aja ler. Sekali dia marah-marah weh!! Kalau sekadar marah jer aku tak kesah, tapi nih sampai maki-maki aku lagi, dan 9 orang yang lain. Dia siap cakap bangang, bodoh, bodoh sombong, bajet bagus..Cessss...seumur hidup aku, aku tak pernah kot kena maki dengan cikgu. Wowww...dah tuh..dia siap bagi warning kat kitorang dan dia nak kitorang hantaq note kitorang lusanya.

Aku nih, memang marah betol dengan dia, kalau dulu aku selalu bagi respond masa kelas dia, lepas kejadian tersebut aku diam jer. Aku dan 9 orang yang laen cadang nak boikot dia kot. Yes..memang kitorang boikot dia weh dan dia perasan perubahan kitorang dalam kelas dia. Oleh sebab kitorang dah kena marah, even masa tengah selawat ke atas nabi before kelas start pun aku selawat perlahan jer. (masa nih, sempena maulud nabi) Pernah, satu hari, masa kelas dia..aku selawat pelan jer..selawat bukak mulut tapi tak dak suara. Nak tau apa jadi kat aku? Haaa...beliau datang kat tepi aku, dan bisikkan kat telinga kanan aku,

"Keluarkan suara kamu tuh sikit,"

Huh..serius aku terkejut, tak sangka pulak dia nak bisik kat aku. Errmm..dan yang paling aku tak buleh lupa, oleh sebab masa tuh ada test, then aku dapat markah terting dalam kelas dan aku dapat buku rujukan dari dia yang memang dia sendiri guna buku tuh. Lagi satu, dia just marking note 10 orang yang kena marah tuh sajork dan siap ada quote istimewa lagi dengan ucapan maaf dari dia. Hikhik..lawak sangat sebab budak-budak laen punya note dia tak kumpul pun. Geram aku tau, tap itulah pengalaman paling best dengan salah sorang guru praktikum kat sekolah aku. Dengar cerita, dia banyak kali buat praktikum tapi esyek gagal kot, itu kali ketiga dia buat praktikum.

Dalam marah kami, kami cepat sejuk...kami siap bagi kad masing-masing dengan ucapan maaf lagi. Aku just bagi hadiah dan kad sajork, member aku siap bagi surat lagi, siap bergambar lagi. Maklum lar, beliau dapat jamuan dari kitorang + hadiah +surat maaf dan sebagainya. Itulah...yang asalnya aku memang tak suka dia tapi last sekali dia ler yang paling aku tabik..sedih jugak masa dia dah habes..tapi nak buat macam mana..I need to let him go..CUMIL KOT CIKGU TUH..

p/s: serius kot, masa sekolah gatal sikit, pantang cikgu praktikum lelaki datang..memang aku kaki usha jer..errrkkk...i like ~~ =)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails