BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, September 5, 2010

Sepanjang Empat Hari Di SK Changkat Sulaiman

Wow...sepanjang empat hari di Sekolah Kebangsaan Changkat Sulaiman yang terletak kat Sungkai Perak! Perghh..macam-macam benda aku belajar kat sana selain dari dapat makan makanan negeri Perak kan. Sebut pasal makanan, serius..kalau bagi aku tempoyak..memang aku tak buleh p..aku memang sangat-sangat tak reti nak makan tempoyak ok! Nak bau tuh aku buleh nak gagahkan diri lagi tapi nak suruh aku rasa..sori ye..saya tolak awal-awal ok.


Ok sekarang aku nak cerita pasal hari pertama aku ke SK Changkat Sulaiman...Aku dengan Cik Yusra pergi naek motor dan melalui jalan-jalan raya yang penuh dengan lori ditambah pulak dengan kesejukan di pagi hari. Bayangkan..aku punya lar jaga tudung sebab nak kasi kon jer..sekali naek motor dengan Cik angin dok bertiup..apa lagi..teruih tak jadi tudung aku..adeh..hari pertama yang penuh dengan stress...~~Lepas jumpa pengetua kami teruih turun ke tapak perhimpunan..dan.........untuk kesekian kalinya aku kena memperkenalkan diri kat depan. Aku sikit punya gagap bila bercakap..aishh...memang sepoil ah! Itu kisah untuk hari pertama yerk..

Kanak-kanak yang tak paham bahasa aku..wink2~~

Lepas hari merdeka...sekolah on balik, maksudnya hari kedua aku di sana. Tak dak apa yang best sangat, tapi yang tak buleh belah bila aku dok bersembang dengan budak tadika. Aku cakap bahasa utara ler, tapi buleh adik tuh tak paham apa yang aku cakap..bila aku cakap dialek Perak Selatan baru lar dia mau sembang dengan aku. Huh..macam mana ler aku nak handle budak-budak kalau dorang sendiri pun tak paham bahasa yang aku guna nih..stress untuk hari kedua.

Haaaa..korang nampak tak?? PN? Stand for? Puan rite?? =(

Ok, hari ketiga aku memang best sebab hari nih aku dapat kad raya daripada guru besar dan murid-murid ok. Waaaa~~memang aku agak teruja sikit sebab first time dapat kad raya pemberian anak murid kan. Guru besar pun ada bagi kad raya jugak jadi aku dan Cik Yusra memang decide untuk ke kedai sebab nak balas kad raya kan. Tapi yang paling sepoil sekali kad raya nih untuk PUAN MARIAM yerk..huisshhh..aku tak kawen lagik!! huuuwaaaaa.....Cikgu-cikgu kat sini memang best sebab semua ramah-ramah belaka. Oleh sebab kami dapat kad raya jadi aku pun akan bagi pada semua kakitangan sekolah kad raya ok. Lagi pun cikgu-cikgu kat sekolah tuh dalam 17 orang jek..so aku beli kad raya share dengan Cik Yusra yerk..(jimat sikit). Petang tuh jugak kami tuleh sebab esok dah hari last kan.

Kad raya lama kot..geram betol aku dengan toke kedai tuh..!!

Ermm..hari terakhir di SK Changkat Sulaiman..memang seronok dok dekat sini sebab senang sangat nak get long dengan cikgu + guru besar = selesa.. Tapi sekolah nih kurang kemudahan dan murid-murid pulak kebanyakannya lambat belajar. Hari last kat sini aku dapat rasa jugak kesedihannya, tak tahu lar kenapa..mungkin hubungan dengan cikgu-cikgu kat sana buat aku gembira berada di sana. Hari nih, dapat duet raya satu ringgit dari guru besar, dapat jugak kad raya dari murid (maap ea cikgu tak sempat nak balas tau) dan murid-murid salam cium tangan aku..rasa seronok sangat..cewaaaahhh...poyo sedikit disitu yerk..=)

Paling buat aku tak terkata bila time nak bergambar dengan kelas Tahun 5 sebagai kenangan..memang tak buleh blah tau..huisshh..macam-macam betul tau budak-budak tuh.

aku: ok murid2...beratoq..kita nak tangkap gambaq,
murid 1: beratoq? cikgu tuh cakap bahasa apa?
murid 2: cikgu tuh orang perlis lar..
murid 1: owh...



2 comments:

ASaDa RyutaRo said...

wollah.. best pengalaman ada kat sekolah ni. lagi la klu cikgu2 dia semua ramah.

hurmm.. sikitnya cikgu sekolah tu ea. klu tak silap, sk changkat sulaiman ni ada blogspot. err.. kurang pasti..

saya nak kad raya jugak bole? sekali dgn duet raya. hehe =P

pearl apple said...

sekolah kampung..macam tuh lar...=) yeah..besxt la sebab dpt tnjk ajar..tak lar terkontang kanting sngt kan..errrkk..x sempat dah nak pos nih..tgg raya taun dpn pulak ea..hihi

Related Posts with Thumbnails