BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, September 6, 2010

aKu, FaMiLy dAn RaYa

Kalau dulu masa kecik-kecik suka sangat nak raya, bulan ramadhan dah nak habes memang tak kesah dah. Sebab niat budak kecik-kecik seronok bulan ramadhan sebab buleh raya. Kat tv ada rancangan best, siap tayang cerita macam-macam lagi kan. Bila dapat cuti buleh teros balik kampung, rinduuuuu sama itu tok dan wan aku. Paling best bila lagik beberapa hari nak raya, pakat-pakat pasang panjut or pelita di keliling rumah. Wooowwww...of course i like (2 kali ganda)!!

Masa aku kecik-kecik sampai tingkatan satu, baju raya my mom yang buat, habit my mom nih suka buat kerja last minutes, biasa lar..rutin kehidupan wanita bekerjaya..i love her very much!! tetap nak berikan yang terbaek buat anak-anak. Malam raya, pukul 3 or 4 pagi baru tido. Sebab apa? Sebab tengah tolong mak jahit lengan baju dan tolong buat kuih raya. Malam raya tuh, macam-macam benda nak kena buat, bersihkan balang kuih, buat itu, dan buat ini.

Biskut raya yang memang jadi febret aku jugak..i like~~

Kalau mak dapat cuti awal, awal sikit aku dan adik-adik tido rumah tok aku. Bukan apa, tok aku tuh dah tak berapa kuat sangat. Kalau buleh elakkan lar dorang dari buat kerja berat-berat kan so memang kami akan beraya kat rumah tok. Nak kena tolong nenda aku tuh, dan aku rasa dalam banyak-banyak cucu dia..kami lar yang tak pernah biaq nenda buat kerja sorang-sorang masa raya or masa-masa laen. Memang kami lar orang kuat nenda aku, dari kecik sampai besar..kami lar yang setia di sisi nenda..

Bila dah besaq, rasa pelik jugak..orang semua boleh p jalan-jalan. Seronok tengok orang p beraya kat rumah adik beradik dan kawan-kawan. Tapi kami dok jer kat rumah tok aku, pernah jer beberapa orang ibu sedara aku cakap, kitorang nih asyek dok rumah tok, pakai baju elok-elok tapi masuk dapur jer. Ewah..seronok nya dia bercakap..dia tak fikir ker kalau kami tak dak, sapa ler nak uruskan rumah tok tuh. Haiiissshhh...malas aku nak komen banyak-banyak..apa-apa pun aku tak kesah, even aku dok di dapur, satu masa nanti aku sendiri nak bawak mak, bapak, tok dan wan aku pergi jenjalan ke rumah sedara naek kereta yang aku bawak ok!!

Ini satu lagi cerita..aku nak story pasal kasut sikit..kalau dulu, aku, kak aku, dan adik bawah aku..kalau nak beli kasut raya memang kami akan beli kasut bertutup atau sandal bertali. Tapi itu masa kami beraya dulu-dulu..bila aku tengok kasut adik aku tadi..eceh..sekali dorang beli kasut..advance dari kami. Kalau kami dulu beli kasut yang bertutup..depa hentam beli kasut yang jauh beza dari kitorang. Errmm..maju jugak adik-adik aku nih ea..biasa lah..zaman 3 anak gadis Mahamood edisi sulung tak sama cita rasa dengan zaman 3 anak gadis Mahamood edisi bongsu.

Kasut raya dulu dan sekarang..beza tiga dara edisi sulung dan bongsu

Yang paling lawak sekali, kami 3 beradik yang sulung nih mau raya mesti nak beli lipstik dan tindik telinga. Kononnya nak jugak pakai subang kan baru lar nampak ayu jer, walaupun hari raya kena pakai tudung. Dorang 3 yang bawah nih pulak sibuk dengan nak cari kasut dan tudung. Serius banyak sangat bezanya kami 6 beradik nih, walaupun perempuan, cita rasa kami semua memang berbeza. Kalau aku. aku suka buat kuih raya, kakak aku suka shopping time raya, yang ketiga suka kemas rumah, yang keempat sibuk nak pasang pelita, yang kelima sibuk nak bergaya dan yang bongsu suka sangat tengok cerita sempena raya!

p/s: banyak benda nak buat nih..dah kena bergerak pulang ke kampung..membantu nenda kemas rumah..i miss them soooo muchhhhh~~

5 comments:

Usy@M^^ said...

seronok jd bdk2 time raye..tp bla dh besar n dh b'kerja suasana jd lain..
nice story..(^^)

kyo_9 said...

best nyer kalo dapat beraya di Malaysia.. ;)

Unknown said...

ape2pun zaman bdk2 best! raya pun seronok bila besar mcm dh xde ape2 makna plak? hmm....

Unknown said...

wah..sedpnyer tat nenas...
cam ang..so yummy..

Cik Bucken said...

semperitttt...nk sempperittt:'( hukhuk..SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN...MINNAL AIDIL WAL FAIZIN...:)

Related Posts with Thumbnails