BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, August 11, 2010

SoMeOnE wHo MaDe YoUr LiFe Hell, Or TrEaTeD yOu LiKe sHiT

Aku nak cakap serba salah jadinya..tapi aku nak cakap jugak sebab aku memang tak suka simpan dalam hati. Aku nih pulak jenis yang cakap lepas...jadi untuk tidak menyakitkan hati lagi, aku nak bagi tahu yang aku paling tak suka lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut...
  1. Sekiranya anda suka pada rakan baek aku, tolong jangan baek dengan aku semata-mata sebab tuh. Contohnya..sebelum nih pandang aku sebelah mata jer...tapi lepas jatuh hati kat member aku, sedaya upaya berusaha untuk buat baek dengan aku.
  2. Sekiranya anda sebelum-sebelum nih memang baek dengan aku, tapi setelah meminati rakan baek aku, kemudian anda terus tidak bertegur sapa dengan aku. Terok betol lelaki macam nih..paling aku benci kot.
  3. Sekiranya anda berbuat baek dengan aku sebab bersebab (mintak tolong siapkan or nak copy assignment)...memang aku pun membenci anda..tolong ikhlas kalau nak kawan dengan aku ok...
  4. Sekiranya anda sekejap mood baek dan sekejap mood macam @#$%^ memang aku sedikit terkilan..tapi aku tak lar sampai membenci kamu sebab aku paham kamu pasti sedang dilanda masalah kan?
  5. Paling aku benci, bila tiba-tiba berusaha untuk ambek tahu tentang diri aku kerana ingin mendekatkan diri dengan rakan baek aku.
  6. Sekiranya anda berkawan dengan aku semata-mata nak jadikan aku sebagai teman hidup..sedangkan satu ketika dulu anda pernah melepaskan kata-kata yang kurang enak tentang diri aku...sila sedar diri yerk..
  7. Sekiranya aku bergedik dengan anda, kemudian anda melayan saya...saya gembira kerana saya suka meng'happy'kan orang laen. Tapi saya kecewa, terkilan dan sedikit terganggu emosi apabila kegedikan saya di-salah-erti-kan = bersangka saya sukakan anda.

Inilah benda yang aku tak suka tentang lelaki..aku rasa kalau korang nak mengorat seseorang..biarlah kena pada tempatnya. Aku tak kisah kalau korang nak aku jadi match marker korang tapi agak-agak lar. Aku tak suka kot keadaan macam nih..rasa tak suka yang amat sangat!


Aku pun ada cacat celanya jugak..aku sendiri pun bukan baek sangat tapi serius kot aku akan cepat rasa bersalah kalau aku sendiri buat bagi orang terasa hati dengan aku. Aku sendiri pun tak nak masam muka dengan korang sebab benda remeh nih, tapi cuba lar korang paham..macam mana perempuan cepat emo sedangkan korang sendiri yang menjadi puncanya. Jadi aku harap sangat, korang sendiri paham perasaan aku, bukan aku jer..tapi insan-insan yang bergelar wanita di luar sana jugak turut merasainya.

2 comments:

lili *-* said...

Setiap org ada kebaikan n kelmhan msg2~

*My blog*

kukuchimachikumi said...

mcm tau je spe manusia ini...
hahaha

Related Posts with Thumbnails