BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, August 11, 2010

SoMeOnE wHo HaS mAdE yOur LiFe WorTh LiVinG fOr

Wink-wink~~siapakah gerangan seseorang itu? Seseorang yang membuatkan aku rasa nak teruskan hidup untuknya? Ermm..masa zaman sekolah dulu, sebelum aku nak pandai macam nih (pandai kah?) kiranya sebelum aku layak masok maktab lar. Huh..bukan senang nak belajar..susah owh dulu-dulu dan memang aku dan adik beradik yang lain di ajar untuk sentiasa bisa meng'handle'kan kesusahan yang di alami dengan tabah tau. Sebelum aku nak berjaya macam nih, banyak sangat pengorbanan yang mak dan ayah aku lakukan semata-mata nak besarkan kami.


Kami tinggal kat rumah 'tok wan' sebab masa mak aku muda-muda dulu mana ada rumah sendiri lagi. Jadi bila dah senang sikit baru lar mak aku beli rumah sendiri. Masa nak pindah dari rumah 'tok wan' ke rumah baru nih, tok aku memang sedih gila lar. Sebab dari kecik lagi memang aku dibesarkan dan dijaga bagai minyak yang penoh lar sepanjang mak aku keluar bekerja. Jadi, bagi menjawab soklan nih, aku memilih mereka iaitu..mak, bapak, tok dan wan aku.

Memang kalau family aku tengah susah, wan aku dengan senang hati tanpa banyak soal terus akan hulurkan bantuan.
Itu wan aku, kalau tok aku pulak..asal jer dapat tau yang mak aku nak kena kerja luar..dengan murah hati nya dia sanggup tawarkan diri untuk jaga kami semua. Oleh sebab kami semua perempuan, jadi kami sangat-sangat rapat dengan tok aku. Dulu pernah jer aku terdetik dalam hati, kalau orang tanya aku sayang sapa, memang aku akan cakap yang aku sayang tok aku. Itu mungkin jawapan untuk sepuluh tahun yang lalu, tapi kalau disoal sekarang...kasih sayang untuk mak dan tok aku adalah sama..aku sayang dua-dua sekali. Tok aku nih, merupakan tok tiri aku jer..tapi cara dia layan aku dan adik-beradik aku lebih dari dia sayang cucu dia sendiri.

Ya ALLAH, betapanya aku rasa bertuah dapat tok yang macam nih. Sampai sekarang aku tetap akan hargai jasa dia besarkan aku. Aku kalau buleh tak nak langsung buat 4 orang buah hati tercinta aku nih terasa hati dan kecewa sebab aku. Aku nak dorang berasa bangga sebab dapat tengok aku membesar depan dorang. Nama aku nih pun di pilih oleh wan aku, sebab tuh evergreen beb...i like~~ tapi mak aku cakap tok aku pulak nak letak nama aku AISYAH...cantek jugak nama tuh. Apa-apa pun aku harap nama aku membawa seribu erti sepanjang kehidupan aku nih. wink-wink~~


Oleh sebab mak aku merupakan suri rumah yang bekerjaya, jadi ayah aku yang akan handle menu untuk makan tengah hari. Pergghhh...ayah aku punya masakan serius lagi sedap berbanding air tangan mak aku, tapi masih belum mampu lagi nak lawan keenakan masakan tok aku tau! Mak aku sendiri pun tak mampu nak tandingi kehebatan masakan tok aku..heheheheh~~


Jadi aku nak ucapkan sejuta penghargaan buat insan-insan yang dah banyak sangat berkorban untuk kebahagiaan dan kesenangan aku. Especially buat mak aku, aku tak tahu macam mana aku nak balas jasa mak aku. Aku harap sangat yang aku dapat buat baek sepanjang hayat beliau. Buat tok aku pulak, terima kaseh sebab sayang aku macam cucu sendiri dan tak pernah langsung tok anggap kami macam cucu tiri. Aku rasa bahagia sangat dapat tok yang sangat penyayang dan pemurah macam nih. Kepada wan aku, terima kaseh atas segalanya...terima kaseh atas doa-doa kalian terhadap aku. Gembira aku sebab dapat bapak yang sangat cool dan steady. Even tengah sengkek pun masih lagi buleh bertenang. Bersyukurnya aku ada orang yang aku sayang dan tak pernah rasa terbeban bila aku perlukan bantuan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails