BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, August 9, 2010

SoMeThInG yOu HoPe YoU nEvEr HaVe To Do

Masa aku tengah seronok sembang dengan klasmet aku pasal perempuan dan perkahwinan, tiba-tiba ada lar sorang hamba ALLAH nih (member laki) tanya kitorang kan. Dia tanya, kenapa ea, perempuan tak suka poligami tapi laki suka sangat poligami. Ermm...soklan cepumas jugak mulanya, tapi pada aku lar nih bukan cepumas, tapi cepu kemas sebab sudah gaharu cendana pulak dah tahu bertanya pulak. Jom ikuti kejap perbualan kami..

Aku: Aku memang tak suka poligami dan aku akan tolak poligami.
Beliau: Awat tak suka pulak? Tak nak ke payung emas kat syurga nanti?
Aku: Errrmmm...Tuh lar pasal, nak tuh memang nak tapi aku bukanlah insan yang layak untuk terima payung emas tuh.

Dengan erti kata laennya, bukan senang sebenarnya kita nak hidup berpoligami nih. Kalau yang jenis fikir untuk manfaat diri sendiri jer memang dia akan cakap benda macam nih senang tapi pada aku ia bukan semudah itu bagi seorang wanita.

Beliau:Tapi kan yam, 'kalu' memang hang ditakdirkan untuk dimadukan macam mana?
Aku: Hurmm..ak tak sanggup kot, mesti aku mintak cerai punya...!!


Dengan penuh penegasan aku cakap dengan beliau, masa tuh memang akal aku pendek sangat sebab jawapan aku bagi tuh sebagai pelepas diri jer..Padahal, memang kita sedia maklum kan yang cerai tuh merupakan satu perkara yang ALLAH tak larang tapi sangat dibenci oleh-NYA. Bila aku fikir-fikir balik, nauzubillah lar..aku pun tak nak bercerai berai nih. Bak kata orang kita kawen nih kalau buleh nak lar kekal sampai ke akhir hayat kan.


Bukan apa tau, tujuan dibenarkan berpoligami nih sebab nak bantu insan-insan atau wanita-wanita yang dalam kesusahan macam ibu tunggal dan sebagainya yang mana situasi mereka tuh buleh dikonsiderkan sebagai susah kan. Tapi sekarang ramai yang berpoligami sebab-sebab yang memang dah melencong. Sekiranya si lelaki mampu dari segi kewangan aku pun tak kesah sebab duet masing-masing kan.

Bila dah kawen nih, banyak sangat tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh si suami. Bukan sekadar nafkah batin semata-mata tapi nafkah zahir pun penting jugak. Nafkah batin pulak bukan hubungan kelamin sahaja tapi ia melibatkan hati dan perasaan si suami dan si isteri. Nak jaga hati orang yang kita sayang bukan senang, kalau tak mampu dari segala aspek besyukur saja lar dengan satu isteri.

Apa sebabnya aku cakap macam nih? Sebab perkahwinan dengan konsep yang betul dalam islam nih dengan niat sebagai ibadat. Kalau dah niat pun dah tunggang langgang masih buleh dikatakan sebagai ibadat lagi kah? Errmm..wallahualam..sebab semua nih di nilai oleh ALLAH dan aku pun sangat tak layak untuk bercakap tentang semua nih.

Konklusinya, benda yang aku sangat berharap untuk tak jadi kat aku adalah situasi macam nih. Aku sangat berbangga dengan insan-insan yang bergelar ibu dan ayah sebab mereka mampu untuk membahagikan kasih sayang yang sama rata untuk anak-anak mereka. Sekiranya anda mampu untuk menyara dua keluarga, teruskanlah niat anda..=)

p/s : kalau ada tersalah kat mana-mana.buleh lar tolong betulkan sebab nih luahan hati aku jer ok!

3 comments:

Amni said...

silakan lah berpoligami kalu rasa dapat pikul doasa anak2 dan isteri2... kalau tak mampu nak didik anak dan jaga isteri2 betul2, jangan la berpoligami...

kalu tak mampu nak jaga sorang suami tu, bagilah dia berpoligami.. atleast, ada la orang tolong kita bila kita tak mampu nak layan suami kan? =)

tapi, saya tak mampu nak berpoligami. jadi, selagi termampu, saya akan jaga laki saya betul2.. =)

HiJaBViOLet said...

salam pearl apple
hm sebenarnya poligami ni ada pro dan kontra nya..kita kena pandai melihat dan menilai

poligami ni sebenarnya adalah peluang kepada si isteri untuk mengadu cinta dan rindu pada ALLAH apabila si suami bermalam di rumah yang lagi satu. sebagai satu peluang untuk beribadat.ini perkongsian dari apa yang saya baca la..bukan pengalaman sendiri.hehe

hm lagi satu, tidak semua perempuan sanggup berkongsi kasih, tapi bila difikirkan balik apa yang kita ada itu hanyalah pinjaman semata mata, kita akan redha dengan apa saja aturan PEMILIKNYA..kan?

biarlah siapa pun kita, berusahalah menjadi wanita solehah yang taat pada suaminya, selebihnya kita serah pada ALLAH:-)

pearl apple said...

hijabviolet: ermm...sy ckp nih berdasarkan serba sedikit cebisan dr pengalaman yg x seberapa,tp kalau si suami mampu untuk tggung semua dr A smp Z, itu mknanya dia mmg layak utk berpoligami...=)

Related Posts with Thumbnails