BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, August 22, 2010

KuRaNg HaEmOgLoBiN, tAnDa TaLaSeMiA kE?

Penatnye semalam..banyak sangat assignment Madam Wah tuh sampai tak menang tangan aku dibuatnya. Dah lar group aku jer yang ada dua partner, group laen semua bertiga. Terasa sedikit kejelesan di situ yerk..yang tak buleh blah nih, pantang aku masa buat assignment bila buat-buat cincai. Aku memang sakit mata + sakit hati kalau assignment yang aku buat cantek jadi tak elok. Kalau memang niat aku nak buat assignment cincai memang aku tak kisah.

Tapi tadi frust sikit lar aku bila groupmate aku buat macam tuh. Errmm..aku tak marah dia tadi sebab dia pun buat jugak tugasan tuh, tak apa..pengajaran kali nih, last step bahagian nak edit dan print biar aku yang settle kan. Sekurang-kurangnya aku puas hati sebab aku dapat check betul-betul.

Ini lar sel darah merah yerk kawan-kawan..

Ok, malas dah nak emo, rasa benci pulak kat diri sendiri yang kuat emo nih. Sekarang, aku nak cakap pasal darah, kurang darah, kurang haemoglobin dan talasemia. Bukan apa, semalam masa tengah bergedik kat talipon dengan my hero, terkeluar lar cerita pasal talasemia. Kalau dua-dua pasangan suami isteri pembawa gen talasemia konfem nanti bila ada baby, salah sorang baby tuh dapat talasemia. Rasanya macam tuh kot, =) aku sendiri pun tak pasti ok! Bila dapat talasemia, memang terok lar kan sebab memang tak buleh nak hidup lama dah ler.

So apa kaitannya dengan kurang haemoglobin nih? hah..haemoglobin nih maksudnya darah merah yang bawa oksigen yerk. Kalau sakit talasemia nih, maksudnya sel-sel darah merah kurang dalam tubuh badan kan. Sel-sel darah merah nih kurang sebab haemoglobin yang bawak oksigen tuh tak berfungsi dengan betol. Ermm..kalau aku cakap belit-belit, dan korang pun tak paham..meh kita sama-sama baca website nih.

Dulu, masa aku sem 3 aku teruja bila tengok orang derma darah, jadi aku pun teringin lar sangat nak mencapap buat sementara untuk sama-sama derma darah kan. Bila tiba hari nak derma darah, aku puasa..padahal tak buleh tau sebab takut nanti badan kita tak kuat. Tapi aku diam saja..bila sampai turn nak kena check paras haemoglobin dalam badan, doktor cakap...

"Adik tak buleh derma darah lar, sebab kurang haemoglobin..just cukup-cukup untuk badan adik jer.."

Doktor pulak sarankan aku makan bayam dan makan makanan laut untuk tambahkan haemoglobin aku. Sebenarnya zat besi aku memang tak cukup kot sebab aku punya bulan jarang-jarang muncul, kira macam irregular gitu =). Lepas tuh aku pun memang kecewa dan kalau ada orang derma darah memang aku tak join dah.

Bila aku balik rumah, aku bagitau kat mak aku..

aku: mak, hari tuh yam nak p derma darah tapi doktor cakap yam kurang haemoglobin dan cukup-cukup untuk yam jer.
ma aku: lar..yam nak derma darah? Tak payah lar, kalau ada family kita perlukan darah baru derma..kalau nak derma macam tuh tak payah lar ea..

aku: errrmm..ok..tapi pasal apa yam kurang haemoglobin?

tiba-tiba kakak aku pulak join perbualan kitorang..

kakak: haah...awat ea? kami pun tak buleh derma jugak..doktor cakap macam tuh jugak.
aku: haaa..entah-entah sebab ma tak kasi derma kot..tuh yang jadi macam tuh.
ma aku: ma dulu tekanan darah jer yang rendah, tuh pun masa mengandung ler.
aku: kita nih ada talasemia ke?
ma aku: p la try check kat sepital...

Tapi sampai sekarang pun aku tak pernah pergi hospital sebab nak check..hehehee...nanti lar, bila aku rasa nak tahu baru aku nak check. Ini lar mentaliti orang Malaysia...errmm..=)

Rupanya mak memang tak suka anak-anak dia derma darah. Mak cakap, kalau ada di antara family kita yang memang perlukan darah masa tuh baru derma. Sebenarnya aku tak pernah tau pun mak aku tak kasi kami buat macam tuh. Aku pulak memang jenis yang tak bagi tahu mak aku apa yang aku buat. Mak aku siap pernah cakap lagi, kalau nak kapel tuh, tanya dulu bakal pakwe tuh sama ada beliau pembawa gen ke tidak. Kalau aku ada, dan dia pun ada..mak aku cakap tak payah kapel lar...waaaaa~~

Ehsan dari google nih..comel tak?

Jadi sampai sekarang pun aku masih tertanya-tanya sama ada aku nih ada talasemia ke tidak. Aku nak tanya korang ler, kalau kita kurang haemoglobin tuh adakah kita berkemungkinan menjadi pembawa?

8 comments:

Azuan said...

tak dapet den nak jawabnya hohoo

Bunga Binti Nordin said...

kurang hemoglobin kind of bahay jugak..
go for medical check up la if necessary
;)

cik anis said...

ak pon tkut jgk la cik yam,,waaa...
hrp2 xda la,,=(

sweetie said...

p la check cik yam oi..
nanti bla terlambat nantikan nyesal tk sudah...

hik3

PinQib said...

haha.. tala semia.. is yam

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts with Thumbnails