BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, August 28, 2010

aPa KhAbAr WaRgA pErAk..=)

Waaaa....dah lama tak update belog..dah masuk enam hari aku tak datang menjenguk encik belog..sorry sayang, I busy sangat dengan assignment sampai pukul 2 - 3 pagi baru tido. Biasalah, Isnin nih PBS, lepas tuh cuti sem dan satu minggu untuk cuti raya. Sebab tuh semua pensyarah sibuk je nak ganti kelas dan nak kitorang siapkan dan hantar assignment sebelum masing-masing bergerak pulang ke kampung halaman yerk. Aku nih memang dah cop kan minggu lepas sebagai minggu tension dan penuh dengan kesibukan. Kalau buleh aku tak nak keluar beli makanan langsung kot.

Ok, tutup kes sebab sekarang aku bukan duduk kat blok Kota Palas lagi yerk...sekarang aku berada di rumah my beloved rumet Cik Yusra. Aku bakal duduk melepak kat sini selama 9 hari...huhu..lama tuh..terasa macam kekok sangat nak duduk lama-lama dekat rumah orang nih. Oleh sebab first time aku nak ke sekolah di negeri Perak jadi aku kena lar biasakan diri dengan persekitaran baru bersama loghat baru yerk. Maklum lar, orang Perlis masuk Perak..kena lar buat bagus sikit kan...hik3..


Aku dengan Cik Yusra bergerak dari Sungai Petani dalam pukul 8.30 pagi sebab aku nak jumpa adik aku kejap dekat stesen bas. Bayangkan, bas kitorang pukul 9 tapi 9.30 pagi baru bas Mara Liner sampai. Bila sembang dengan Cik Yusra, beliau cakap ini lar kali pertama bas lambat sampai...eceh..mentang-mentang aku nak ke Perak, buleh pulak Mr. Bus nih nak psiko aku. Dalam bas tuh sikit punya sejuk lar aku. Dah ler aku lupa bawak baju sejuk, teruk betol kan...

Kitorang sampai Terminal Medan Gopeng dalam pukul 1 tgh hari macam tuh dan parents Cik Yusra tuh dah tunggu lama dah dekat sini..kesian pulak aku tengok dorang kan. Lepas jer turun dari bas kitorang ke rumah mak ndak Cik Yusra sebab nak nak tumpang solat zohor dan ayah Cik Yusra nak solat jumaat. Oleh sebab nak beli barang sikit untuk projek kitorang jadi kami semua g jalan-jalan dekat Greentown Mall. Penat gila..dengan hujan, cuti pulak..makin ramai rakyat Ipoh keluar.

Aku nih sampai tertido dalam kereta, nak cakap punya letih kan. Lepas tuh kitorang singgah Tesco Kampar kejap nak beli barang dapor sikit. Oleh sebab tak sempat nak memasak jadi kami pun beli lar makanan di bazar kat Kampar tuh. Rumah Cik Yusra nih memang jauh gila weh dari Ipoh...jauh sangat..sebab rumah dia dekat Sungkai..huh...kami sampai rumah pun tepat-tepat azan Maghrib..bukak posa pun lambat seminit dua macam tuh..=)

PBS aku untuk semester nih dekat Sekolah Kebangsaan Changkat Sulaiman dekat Sungkai, Perak. Aku buleh ler merasa berpuasa dengan orang Perak sambil makan makanan kat negeri nih. Aku sebenarnya tak sabar nak balik rumah nih, puasa kali nih, sekali pun tak pernah berbuka kat rumah...perghhh...i miss my mom and my Mr. Dot..=) Aku balik rumah 4 Sept 2010..macam perantau pulak...sob..sob..first time kot aku balik rumah musim raya macam nih..

p/s : sedih sangat bila baca paper..setiap hari ada jer sumbang mahram dan kes rogol nih, walaupun bulan puasa benda macam nih macam perkara biasa sangat..sedih, kecewa...macam nih kah di namakan kita sudah merdeka?

1 comments:

SYiFA said...

ooo buat kat perak jugk eh...
sama la kita.
jadi org perantauan la kn..

Related Posts with Thumbnails