BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, August 8, 2010

SoMeThInG yOu HoPe To Do iN yOuR LifE

Sejak aku dok kat sekolah menengah dulu, memang cita-cita aku nak sambung study kat luar negara. Teruja gila kot bila tengok senior-senior sambung study kat negara eropah dan timur tengah kan. Maken buat aku jadi sangat excited dua kali ganda bila terbaca pengalaman-pengalaman students Malaysia kat luar negara. Bila masuk musim bulan puasa jer...perghhh....memang tak buleh blah, sangatlah aku suka baca Salam Dari Perantau yang ada kat surat khabar tuh kan.

Bila aku masuk Form 5 semangat nak study tuh memang tak sungguh-sungguh pun tapi angan-angan nak ke luar negara tuh masih segar di hati. Biasa lah, kalau asyek dengar cerita students yang study kat sana tak ke kita pun semangat jugak kan. Hujung tahun lepas SPM, result pun keluar...yeaahhh..alhamdulillah sebab buleh sambung study kat dalam negara jer..kuang, kuang, kuang~~

Aku just berharap untuk dok kat tempat orang dengan tujuan aku nak tengok cara hidup mereka. Pada aku itu merupakan satu kepuasan sebab dapat rasai kehidupan dengan masyarakat yang pelbagai kaum, bangsa, agama, budaya dan sebagainya. Best ooo..kalau dapat menjelajah satu dunia, tambahan pulak aku nih suka sangat melancong. Jadi, alangkah nikmatnya kalau aku dapat pusing-pusing tempat-tempat yang menarik kan.

Antara tempat-tempat yang aku nak pergi kat dunia nih ialah,

Yes..memang aku teringin sangat nak pergi ke Sydney, Australia..lawa kot!!

Aku agak suka lar pantai..tapi sejak kes tsunami dulu dah jadi kureng sikit..nih kat Cape Town..aku teringin sangat nak pergi sebab terpengaruh dengan novel.

Bandar yang penuh dengan jiwa romantis...jadi aku pun tak terlepas untuk ke sana jugak.. weee haaa~~

Aku memang suka kawasan pergunungan macam nih..nih gambar kat New Zealand. Antara tempat yang ada macam nih ialah Denmark, Ireland..yang laen aku tak tau lagi..hukhuk~~

Masjid Suleiman yang terletak di Turki.

Ini merupakan ibu kota terakhir empayar Islam di Andalusia, dan aku sangat berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat yang ada sejarah tentang kemunculan Islam dan zaman-zaman kegemilangan ISLAM satu ketika dahulu.

Haa...ini lah tempat yang paling dan amat aku idamkan untuk ke sana...teringin sangat-sangat..paling best kalau dapat tunaikan solat kat masjid-masjid utama yang di anjurkan untuk kita tunaikan solat kalau kita ke sana...=)

7 comments:

shaa bonitaa said...

wahh paris pon ade gak dlm list ea..heee..=)

Qib said...

wau.. yam masih gagah meneruskan misi cabaran.. tahniahhh..nt la ak sambung.. ak nak g NY..!! siyess


Latest entry. Mai la jengok
Tolong (patploh juta kali)

pearl apple said...

pinqib: huhuk...i like mede2 cam ni qibum..ermm...NY best gak tapi metropolitan sgt kot..

shaa: haah..best kot

kyo_9 said...

Jpon pon best ape.. ;)

pearl apple said...

kyo_9 : best2...tringin jgk nk p sana..tp lg suka nak p korea..bestnye..excited tiba2..=)

OrenLimau said...

whoaaaa.
aku pun dulu masa sekolah menengah nak pi oversea yam,
tapi apakan daya....
kerajaan perlukan orang2 macam kita bangunkan malaysia.
tu yg x dapat tu.hehehe

nor said...

ke mekah dulu. x rugi buang duit ke sana. terkenang-kenang. dh balik pun termimpi2. tgk gambar kaabah dgn masjid nabi mesti nak nangis

Related Posts with Thumbnails