BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, August 7, 2010

SoMeThInG yOu HaVe To FoRgIvE sOmEoNe FoR


Hidup ibarat roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang sampai masanya kita berada kat bawah kan. So masa dok kat atas tuh tak buleh lar nak buat berlagak sombong kan dan bila dok kat bawah pulak kalau buleh hindarkan sifat-sifat bodoh sombong ea. Selagi mampu ikhlaskan lar diri kita dalam melakukan sesuatu. Macam aku, kadang-kadang ikhlas, kadang-kadang aku sendiri tak pasti sama ada aku nih ikhlas ke tidak..=) jangan amalkan yerk niat macam aku nih..


Ok, macam biasa, meh kita teruskan cabaran yang seterusnya, malas nak tuleh panjang-panjang so korang refer tajuk di atas yerk. Sebagai seorang manusia yang sentiasa hidup bermasyarakat, proses memaafkan dan dimaafkan adalah satu perkara yang sangat penting. Kenapa aku cakap macam nie ea, haaa...sebabnya, cuba bayangkan, macam mana lar korang nak hidup kalau korang nih jenis yang tak buleh memaafkan seseorang?

Nama pun hidup, mana ada manusia yang tak pernah buat salah kan. Kalau nabi tuh, laen lar sebab para nabi dilindungi oleh Allah. Kita yang bernama manusia nih, akan sentiasa melakukan kesalahan dan tak kan pernah lepas dari melakukan kesalahan. Jadi secara kasarnya mengapa tidak untuk kita cuba memaafkan orang yang bersalah pada kita kan. Macam tuh jugak dengan aku lar, aku nih jenis yang payah nak terus berdendam.

Seteruk mana pun orang tuh pernah buat salah dengan aku, kalau dah sampai masa untuk aku memaafkan beliau, insya ALLAH aku akan maafkan. Aku memang mudah nak maafkan orang tapi untuk aku lupakan apa yang dah jadi tuh, memang payah sikit lar. Pernah satu ketika dulu, marah punya pasal aku pernah sampai tak bertegur sapa dengan kawan aku nih.



Problemnya sebab selisih pendapat tentang panjang kain langsir yang kami nak beli untuk letakkan dalam kelas. Aku cakap baek kita balik ukur dulu berapa panjang yang kita perlu. Tapi dorang tak nak, dorang cakap alang-alang dah sampai baek beli terus. Lepas jer beli, sekali memang tak cukup, kebetulan memang masa tuh aku jadi Ketua Tingkatan apa lagi...memang panas lar aku.

Even dia dok sebelah aku dan sangat baek dengan aku, tapi sebab aku terkilan dengan dia jadi hampir sebulan jugak aku tak bercakap dengan dia. Aku tak layan dia sampai cikgu-cikgu sekolah aku pun perasan ada sedikit janggal bila aku tak bersama dengan dia. Maklum lar, sebelum nih kami dua memang macam belangkas kot. At last, aku bercakap jugak dengan dia dan sampai sekarang kami masih dan tetap lagi jadi sahabat baek.



Satu lagi kes, tentang kawan aku nih..masa nih aku dok kat matrik. Ok, aku memang sangat baek dengan dia dan dia pun tau aku nih ada bf. Nak dijadikan cerita dia dapat maktab lagi awal dari aku, aku pulak budak second intake. Tak sangka pulak oleh sebab maktab dia dekat dengan tempat belajar bf aku, buleh pulak dia dok beramah mesra dengan bf aku. Memang aku panas hati dan agak bengang sebab aku tak sangka dia nak buat macam nih kat aku.

Bila aku break dengan bf aku, baru aku start baek balik dengan dia, tapi baek pun tak lar sebaek dulu. Kalau dulu buleh melawak, sekarang melawak pun ada hadnya. Entah lar, aku sendiri pun tak pasti kenapa aku tak buleh get long dengan dia. Aku jadi baek balik pun sebab kami bakal guru, jadi kena lar profesional kan.

Last sekali, orang yang memang aku tak mampu nak tak maafkan dia adalah bf aku sendiri. Masa mula-mula kapel dulu, mak datuk sangat lar suka bergaduh sampai setiap hari memang amalan wajib kami lar. Bukan apa, dia yang suka start dulu, dia suka nak uji-uji aku konon..biasa lar, aku kapel dengan dia pun lepas aku habes zaman sekolah. Seriously memang masa tuh aku sangat tak matang sebab aku suka kongkong dia dan kalau buleh setiap hari nak mesej dia. Aku juga selalu tak percaya kat dia..gila kejam aku masa tuh. (benci diri sendiri kejap)

Ahnamdulillah, kami kapel nak masuk satu tahun setengah tapi ada satu ketika aku memang bergaduh besar dengan dia dan kami sama-sama ambek keputusan untuk berpisah. Lepas tiga bulan kami berpisah, dia cari aku balik...masa tuh aku memang dalam dilema dan aku sendiri makan masa untuk terima dia kembali dalam hidup aku. Dia pulak sangat berharap untuk aku bagi dia peluang yang kedua. Orang sekeliling aku ramai yang tak setuju kalau aku terima dia.



Aku ada sebab untuk terima dia (mungkin dulu aku pun banyak buat salah kan) dan aku harap hubungan kami akan jadi lebih baek lepas nih. Hmmm...bila kapel kali kedua nih, baru aku rasa yang aku matang sangat sebab aku dah tak macam dulu. Aku bukan jenis yang mengongkong dan aku sekarang lebih fokus terhadap diri aku. Aku just niat, kalau aku ada jodoh dengan dia, insya ALLAH, ALLAH akan temukan aku dengan dia. Jadi aku dah tak sebimbang dulu iaitu takut kehilangan dia sebab pada aku, aku lagi takut jauh dari Pencipta kami berdua.


p/s : thanks google for the pictures in this entry

2 comments:

cik pQah said...

yunk. u r more matured! HAHA. im proud! (:

kukuchimachikumi said...

cte sal bf ang pling x bley blah....hahaha

kalo mmg ad jodoh ang ngn die..aq doakan...

Related Posts with Thumbnails