BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, August 4, 2010

sOmEtHiNg YoU lOvE aBoUt YoUrSeLf

Ermm...sesuatu yang aku suka tentang diri aku? Adeh..agak-agaknya banyak ke sikit 'sesuatu' yang dimaksudkan itu ea? Ermm..kalau nak cakap pasal benda yang aku suka tentang diri aku, rasanya macam aku kena muhasabah dulu diri aku nih. Bukan tak dak, tapi nak mention sesuatu yang mampu memuaskan hati aku tentang diri aku nih rasanya aku sendiri pun tak mendapat kepastian lagi.

Ok lar, aku paling suka tentang diri aku ialah cara aku buat kerja, haaa....aku cakap siap-siap ea..aku bukan jenis manusia yang rajen. Terus terang aku cakap, aku memang malas sikit kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan classmate aku. Bukan apa, memang sifat semula jadi aku macam nih, tapi tipu lar kalau aku cakap aku tak jeles bila tengok orang tengah rajen. Serius kot, aku agak jeles yerk..

Ok, aku nih jenis yang kalau aku tengah malas, jangan lar nak suruh aku buat kerja..sebab memang konfem aku tak kan buat. Lagi satu, kalau dah ada orang yang buleh buat kerja tersebut tanpa bantuan aku lagi bagus sebab memang aku tak kan libatkan diri dalam hal-hal tersebut. Sekiranya mood aku tengah rajen sangat-sangat..perghhh..tok sah cakap weh, tak payah dipaksa-paksa, di suruh-suruh sebab memang aku akan buat kerja.

Tambah pulak kalau kerja tuh memang tugas aku dan aku jer yang tau bidang tugas tersebut,maka secara konfemnya aku akan siapkan ia dengan segera. Sebut pasal kerja jugak, aku nih jenis yang cerewet...kalau aku buat kerja mesti kena kasi puas hati. Selagi aku tak puas hati selagi tuh aku akan buat apa-apa yang patut bagi memantapkan ia dan boleh memuaskan hati dan selera aku sendiri.

Jadi, kalau lah masih ada yang mampu untuk buat kerja tuh, jangan lar nak buat rajen suruh aku tolong sekali. Memang aku nih suka tolong orang, tapi aku suka tolong orang yang betul-betul perlukan pertolongan. Maksud aku, bukan aku tolong sebab nak dapat nama or sebagainya, tapi aku tolong sebab nak ringankan beban seseorang. Maklum lar..memang sejak dulu lagi aku lebih suka kerja-kerja di belakang tabir.

Aku jugak sangat cepat buat sesuatu kerja bila ada tekanan yang memaksa aku untuk siapkan kerja. Time macam nih memang best sebab aku memang akan betul-betul fokus dengan semangat dan target aku hanya satu, nak siapkan kerja tuh. Memang tak dinafikan lar masa nih aku memang sangat gelabah dan bertambah kalut daripada biasa tapi aku sangat happy sebab hasil yang aku dapat memang tip top ah. Itu pun kalau aku dah niat nak buat yang terbaek, hehehe...


Seperkara lagi, aku suka diri aku yang kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan hidup nih. Memang banyak sangat benda di persekitaran aku membantu proses kematangan aku. Jadi aku rasa bangga dan gembira bila ada sesuatu yang mampu membangkitkan semangat aku untuk meneruskan hidup walau di tempuhi dengan pelbagai ujian dan cabaran yang tak putus-putus datang menjengah. Aku pulak memang dah di didik untuk jadi tabah dan kalis putus asa dengan masalah yang bertimpa-timpa sejak aku kecik lagi.


Jadi, bila aku dah besar semua benda nih dah sebati dengan aku dan aku harap sangat yang aku mampu untuk terus menjadi seorang yang tabah. Satu lagi yang buat aku bangga dengan diri aku bila mana timbul satu kesedaran dalam diri aku untuk berhijrah menjadi lebih baek dari sebelumnya. Memang aku teringin sangat nak berubah dan aku harap sangat aku mampu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Tak kesah lar walaupun mengambil masa yang agak lama kan. =)

2 comments:

Qib said...

haa.. ko memang malas yam.. x leh belah dah benda camni,, hehe.. tp ko nyew keje tiptop...

Qib said...

yam, ku klik ikln hari3 dg blckberry mu..

Related Posts with Thumbnails