BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, August 3, 2010

SoMeThInG yOu HaTe AbOuT yOuRseLf

Aku akan mulakan dengan entry pertama iaitu sesuatu yang aku benci tentang diri aku. Apa ea yang aku benci tentang diri aku nih? Kalau pasal tubuh badan nih, alhamdulillah lar aku redha jer dengan bentuk badan aku nih. Walaupun sebenarnya muka aku nih sangat sensitif, tapi aku mampu lagi bersabar dengannya sebab aku masih rasa yang aku sangat comel sepanjang waktu ok! (walaupun Cik Faten suka cakap aku gemuk dan b_ _ _ _ _ !)

Ok! I got it..benda yang aku tak suka tentang diri aku ialah sesuatu yang berkaitan dengan perasaan hati aku yang aku sendiri kerap kali tak mampu nak membendungnya. Al kisahnya macam nih, aku nih merupakan seorang gadis yang suka syok sendiri. Akibat daripada sifat syok sendiri itu, menyebabkan aku jenis yang mudah suka dan minat seseorang. Bila dah aku minat seseorang, apa lagi...memang ditakdirkan aku akan asyek mencari peluang untuk usha dia.


Penyakit aku nih tak lar teruk sangat sebab aku nih bukan jenis yang obses terhadap lelaki (macam hipokrit pulak..err...). Sebab apa aku cakap macam nih ea? Ini sebab, jika sekiranya aku minat pada Si ABC maka jika aku mampu menegur atau berbual mesra (ramah sebentar ok!) dan boleh membuatkan dia kenal aku, jadi secara neutralnya aku terus hilang selera untuk terus meminati beliau.
Memang secara semula jadi perasaan minat terhadap dia akan terus hilang tapi tak dak lar nak hilang buat selamanya sebab makan masa aku nak minat dia jadi makan masa jugak lar aku nak hilangkan minat aku pada dia.

Ok, bukan setakat tuh jer...paling kesian pada kawan-kawan dan rumet yang paling aku shayang sebab selalu dia lar yang akan jadi pendengar setia aku.
Sebab konfem 100% aku akan cerita pasal lelaki tuh depan dia dan aku akan asyek sebut nama dia jer kecuali dalam tido lar. Haaa...memang rumet aku dah borink...tapi nak jaga hati aku punya pasal dia dengar jugak lar aku berceloteh entah pasal sapa-sapa kan.

Itu cerita pasal minat kan, jadi sekarang aku nak cerita pasal suka pulak. Sebut pasal suka nih..memang payah sikit sebab aku neh memang cepat suka orang. Aku nih sebenarnya merupakan seorang yang sangat peramah dan mudah mesra. Oleh sebab itu, aku memang suka berkawan dengan semua orang tapi aku akan jadi mesra dengan orang yang aku betol-betol kenal sahaja ok!

Bila aku suka pada seseorang, tak jemu kot aku nak tengok dia. Kalau boleh hari-hari aku nak pandang dia. Tapi bila aku dah dapat tau yang dia suka or dah berpunya memang aku frust sikit tapi aku still lagi suka dia. Kalau aku ingat dia mesti aku akan senyum sorang-sorang. Even aku nampak dia senyum kat aku pun dah cukup untuk aku senyum sampai ke telinga sepanjang hari! Nak kata frust sebab dia dah berpunya tuh, memang agak keterlaluan jugak lar sebab rasa macam kehilangan sesuatu yang kita sayang gila kan.


Serius memang aku tension sebab benda nih, bukan apa...aku jer yang syok sendiri kan tapi dorang tak pulak suka kat aku. Tapi aku lagi bengang kalau aku dapat tau seseorang itu pernah suka aku dan masa aku tau tuh aku dah start tak suka or membenci or menjauhkan diri dari dia.

p/s : thanks buat semua..classmet-classmet IP2D (perempuan sahaja) jugak dan Cik Fatin Nur Afiqah a.k.a BESAQ yang sering mendengar suara gedik saya becerita tentang lelaki..=)

3 comments:

kukuchimachikumi said...

haha..yam gedik..

pnyakit ang ni kene bendung...

jgn sakit kerana lelaki..biaq lelaki sakit sebab kita..wakakakakaka

Qib said...

he..ak pun same.. tp releks lah.. setakat boys, apalah sngat..

Anonymous said...

tettt!yes. nama aku ada. HAHA. suka suka! wee. (: neway yam. b strong bebeh. im alwez here wif u. chewahh! agaga. kita kan bf, shud b together gether lah. susah n senang. (:

Related Posts with Thumbnails