BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, August 5, 2010

sEsUaTu YaNg MaMpU mEnEnAnGkAn HaTiKu

Rindu nak balik rumah membuak-buak sebab dah masuk sebulan dok kat maktab tapi masih lagi tak berkesempatan nak balik. Ada saja benda yang akan menghalang keberangkatan aku untuk pulang ke rumah. Ok, jadi hari nih aku nak umumkan yang aku sudah berada rumah dengan hati yang sungguh gembira sebab dapat jumpa mak dan bapak. Yeayyyy....sukanya saya...!!

Aku balik rumah untuk muhasabah diri dan mencari ketenangan untuk jiwa aku nih.

Bajet poyo jer kan..well...sejak dua menjak nih mood aku di maktab dan bersama Theta Pie sangat lar kurang baek sampaikan aku asyek marah dan gadoh-gadoh especially dengan Cik PinQib..I wonder why..kenapa lar aku selalu emo dengan beliau sedangkan sebelum-sebelum nih aku sangat lar rapat dengan beliau. Bila dah jadi macam tuh..mangsanya adalah Cik Faten dan Cik Rumet tershayang.

Bila jadi macam nih..masing-masing dah start buat entry untuk melepaskan segala ketidakpuasan rasa hati masing-masing..Aku? Ermm..aku dah tekad, tak buat macam tuh sebab aku merupakan orang yang cakap lepas jadi bila aku tengah marah mesti macam-macam keluar dari mulut aku termasuklah jika masa tuh aku tengah menaip kan. Sebaliknya Cik Rumet pulak terasa kesunyian di meja beliau seolah-olah tiada rumet pada ketika itu.

Sebabnya, kalau aku marah aku akan diam dan terus mendodoikan diri agar dapat tidur dengan masalah tersebut. Bangun tidur, masalah semua hilang, rasa macam bahagia tahap cipan sebab masalah dah hilang kepala dah tak berat. Tak pun aku akan pekakkan telinga dengan lagu supaya aku tak alert dengan apa yang orang cakap di sekeliling aku. Kalau aku terlalu tension, aku akan mesej Cik Besaq dan beliau akan jadi motivator aku. If aku tak tahan sangat, aku akan banyakkan bacaan helaian Al-Quran aku supaya aku dapat ketenangan yang hakiki dari-NYA.

Aku nak mintak maaf pada Cik PinQib sebab aku jenis yang suka cakap lepas dan melawak kasaq. Actually apa yang aku cakap bukan itu yang aku nak, aku just nak main tarik tali dengan hang jer pun ok. Tapi aku silap sebab hang bukan jenis yang macam tuh. If aku buat kat Cik Faten dan Cik Yusra, both of them memang suka layan aku balik dengan ayat-ayat pedas. Aku terima jer sebab memang niat aku nak melawak.

Kepada Cik PinQib, Cik Faten dan Cik Yusra, aku nak mintak maaf jugak sebab bila aku dah masam muka dan marah aku terus tak dak mood nak bercakap dan bergedik bersama korang. Aku sendiri pun terasa jijik dengan diri aku sendiri sebab layan kawan-kawan aku macam nih. Aku buat macam aku hidop sorang-sorang tanpa orang sekeliling!! eee....jahatnya aku...aku pun tak nak buat macam nih sebenarnya sebab aku sayang pada semua member-member aku ok.

Saya sayang sangat pada THETA PIE..

Aku balik dan terus cerita pada mak aku dan beliau cakap yang dalam badan aku nih ada lebihan gula yang buat aku asyek nak terasa hati dan marah-marah. My sis pernah cerita yang dia ada member yang suka marah-marah setiap hari sehinggakan dia dapat penyakit darah tinggi akibat selalu marah-marah. Ini lagi buat aku takut!! Aku tak nak ok jadi macam tuh..aku nak aku sentiasa sihat dan segar bugar ok.

Seriously, aku nih payah sangat nak terasa hati dengan kawan-kawan aku tapi start dari semester nih aku jadi pelik jer. Alhamdulillah, aku ada sorang junior yang suka buat aku ketawa dan dia suka dok buat serkap jarang kat aku yang tak pernah nak betol. Bila aku tengah emo jer dia mesti datang dok sebelah aku dan bagi motivasi kat aku. Kadang-kadang aku rasa macam lawak jer dia nih, dari tengah emo terus rasa macam nak gelak berdekah-dekah.

Thanks for him, Cik Besaq, Cik Faten, Cik PinQib dan Cik Yusra sebab sanggup melayan kerenah bodoh aku nih. Aku harap sangat lepas jer aku balik rumah, aku akan pastikan aku tak emo, aku tak touching, aku tak marah-marah sebaliknya...aku akan jadi SITI MARIAM yang dulu. Seiring dengan maksudnya Yang Bermutu Tinggi, aku akan lebih berfikiran ke hadapan dan akan anggap semua ini ujian untuk aku terus menjadi lebih matang. =)

7 comments:

Hamzah Ian said...

weh.. gambar first tu citer katun ape eyh??

kukuchimachikumi said...

bengong taik cirit menci la..

npe tukar layout purple...

huhuhuhuhuhuhuhuhuh..sobsobsobsob

damn jeles!!!rse nk nangis ni

pearl apple said...

hamzah Ian: erkk...saya pn x tau laa..hehhe...

kuku: ermm..pinqib suh tukaq..gpun nih layout friendster aku yg dulu kala tuh..huhu..i like~~

PinQib said...

Yam,., hehe.. malu ler.. i pun suke emo3 gak.. niwey tu penambah perisa perkawanan kita

maCy said...

lebihan gula? hihi..comel ayat tu tapi bahaya tau sebenarnya.. huhu

jangan marah2, mungkin pms... hee

hans said...

yups
jadi bermutu tinggi lepas nih

P/S : Entry 18SG : Ayam Nih Tak Masak Lagilah! Aku Gigit Tersembur Darah Ayam Nih!

kukuchimachikumi said...

yam..ang mmg bermutu tinggi!!!!!!!

hahahahaha....

aku pun heart theta pi sgt2....

Related Posts with Thumbnails