BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, July 12, 2010

ToLoNg LaR, aKu BuKaN gAdIs KrEaTiF


Malam sabtu lepas, aku dan beberapa orang clasmet aku sedang menjalankan satu operasi yang dinamakan sebagai Potato Stamp. Nak tau tak, semester nih aku asyek kena melukis dan melukis dan melukis jer. Bukan apa, sejak dari dulu lagi aku memang tak reti melukis. Masa kecik-kecik dulu kat sekolah rendah cikgu bukan ajaq melukis, dia just suruh aku mewarna dan buat patung jah. Yang aku suka masa tuh buat anak patung dari kertas je lar..mewarna tuh aku suka jugak. Tiba-tiba semester nih kena melukis pulak! Aduh, dah lar tak kreatif lepas tuh kena melukis pulak, ermm..terus jadi bendul buat seketika.

Bayangkan, dah sejam aku duduk dengan dorang, baru lar aku buleh buat bentuk yang betul-betul kaw walaupun masa tuh dorang tengah memulakan sesi mengecop. Aku pulak baru buleh buat bentuk, tuh pun dengan berkat tunjuk ajaq PinQib sebab dia merupakan orang paling awal siap buat kerja tuh.

Ni baru nak buat draf, orang dah buat dari 3 hari yang lepas, aku baru terhegeh-hegeh nak buat.

Ini hasil kerja aku yang paling terbaek aku mampu buat kot..

Hari nih, lecturer aku masuk kelas dan start tunjuk lukisan semua orang depan kelas. Huh, beliau cakap lukisan aku tuh tak menepati ciri-ciri geometri sebab tak de bentuk geometri. Budak-budak kelas aku pulak cakap yang lukisan aku sangat simple, well memang aku akui ianya sangat simple sebab aku memang suka benda-benda yang simple. Tapi untuk jawapan paling tepat, aku nih bukan gadis kreatif ok! So jangan nak cakap apa-apa sebab aku TAK SUKA menghasilkan sebarang lukisan.
Lukisan yang yang aku rasa sangat suwit dan kemas gila...tahniah BJY, kerana anda sudah berjaya...yee haaa..!!

Oppss...walaupun aku tak suka melukis tapi tak bermakna aku bencikan seni ea sebab aku memang suka tau tengok hasil kerja seseorang. Aku harap sangat lepas nih aku tak kan diminta dan dipaksa untuk menghasilkan sebarang lukisan lagi.

3 comments:

kukuchimachikumi said...

yam pencinta Holland......

Qib said...

hehhe.. x pa.. ok la tuh.. ak pun x ketip.. oranje.. hahaa

mira_nas said...

ok la tu...kre lpas la..dapat la B
markah kesian..huhu

Related Posts with Thumbnails