BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, July 13, 2010

sErOnOkNyA jAdI pEnYaNyI : mErDuKaH sUaRaKu?

Hari ini merupakan hari yang paling membuatkan aku jadi sangat nervous sebab aku kena nyanyi depan clasmet dan lecturer BI aku. Huk3...mulanya perasaan takut tuh memang tak dapat dielakkan sebab nih la pertama kali aku nak melalak depan clasmet aku. Aku dapat group dengan Cik Faten, Cik Yunie dan Cik Kala. Lagi dua orang set Theta Pie dapat group yang laen, Cik PinQib dan begitu jugak dengan Cik Yusra. Aku dan Cik Faten just kebetulan jer dapat group sama dengan dia.

Ini kumpulan aku yang memang terbaek lar dalam kelas tuh..hahaha..

Tajuk lagu aku, aku cadangkan kat dorang sebab aku suka lagu nih.

Sebab nyanyi punya pasal aku datang kelas awal kot, maklum lar..kononnya nak practice sebelum real punya persembahan kan. Kelas BI masa kedua lepas kelas math, hanya tuhan jer yang tau apa jadi kat aku masa kelas math tuh, mana taknya..asyek masok tandas jer kije aku. Aduh mak, serius aku menggelabah kot time tuh. Alhamdulillah lar, beberapa minit kemudian aku berjsys jugsk tenang diri ini lepas group first buat persembahan sulong dengan lagunya yang berjudul True Friend. (eceh, macam pengacara majlis pulak aku nih)

Turn aku sudah tiba untuk melalak selepas kumpulan ketiga buat persembahan, jadi kami pun bersiap sedia, padahal dalam hati nih gelabah gila kot tapi aku tetap nak usahakan sesuatu supaya kegelabahan aku dapat di tutup dengan baek sekali. Disebabkan ada 5 budak laki kelas aku yang nakal-nakal tak datang, jadi aku dapat menyanyikan lagu aku dengan kuat sekali sampai beberapa orang clasmet aku dok gelak-gelak sebagai tanda penghinaan buat diriku yang pacal ini. Teruk betol lar, aku tengah excited menyanyi buleh pulak dorang ketawakan aku. Aduh, bila aku tanya, dorang cakap aku lar yang paling excited melalak kat depan tuh. Anyway, apa-apa pun aku nak ucapkan jutaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga sebab bebudak yang dilabel nakal dalam kelas aku tak hadir dan membuatkan aku jadi berani untuk melalak lagi.

Aku suka lagu nih sebab lirik lagunya yang melambangkan keperibadian diri kita yang nak jadi diri sendiri. Bagi aku, aku nak semua orang kenal diri aku secara hitam putih dan tak dak lar tercalit apa-apa penipuan di situ dan aku harap dorang terima aku seadanya. Aku tak nak berubah semata-mata nak berkawan dengan sapa-sapa ok! Sekurang-kurangnya aku tak dak lar nak bergedik tak ketahwan hala kan. Biaq lar orang nak tak suka kita ka, kutuk kita ka, sekurang-kurangnya kita tak kacau hidop dorang kan. Sebab tuh aku nanak sangat nyanyi lagu nih untuk mengekspres perasaan aku sendiri.

1 comments:

Unknown said...

wah...seronoknya~tapi mmg tak patutla org tgh nyanyi diorang gelakkan...hahaha...Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

Related Posts with Thumbnails