BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, July 16, 2010

PeRkArA-pErKaRa YaNg MeNsPoiLkAn MoOd MeNgEpOs EnTrY

Nak cerita pun sakit hati tau, bukan apa aku nih cukup tension kalau masa nak post entry, masa tuh la ada jer benda spoil yang terjadi. Kadang-kadang rasa macam nak maki-maki jer, tapi tak tau nak maki sapa pulak kan. So kena la buat muka hepi dan bangga gila sebab benda-benda mengong macam nih kan. Buat-buat pandang sebelah mata jer kan. Tapi bila view balik page baru yang dipos tadi mula lar aku tak puas hati sangat, dan kalau boleh masa tuh jugak aku nak edit laen. Aku nih memang menjijikan btol sebab aku nih tak suka satu-satu benda yang aku buat tuh tak se'perfect' macam yang aku inginkan. Selalu benda yang aku buat jer lar, tak de lar aku memilih dalam nak dapatkan pasangan hidup, sebab if ciri-ciri yang aku nak, sememangnya dia dah ada, konfem aku terima ok. =)

Ok, berbalik pada cerita aku tadi, antara perkara yang aku benci semasa berblog ada dua kategori, pertama berkaitan dengan persekitaran dan kedua berkaitan dengan ICT. Cheeewaaahh..cakap macam tengah bajet cun neh..ekekekee..bukan bajet cun! bajet macam pakar ICT gitu. Opsss..terlajak sudaaa...bendanya yang berkaitan dengan persekitaran nih jarang berlaku kat aku sebab memang tak dak sapa yang gedik dan suka cari or nak bermesra alam dengan aku masa aku tengah fokus menaip or buat kerja. Jadi aku tak lar terasa terganggu sangat. Kalau ada pun, mungkin nafsu aku terbantut untuk menaip bila member ajak kuar beli makanan, tak pun member ajak buat discussion. Paling teruk pun, if Cik Faten or Cik PinQib masuk dan mengutuk aku pasal aku tengah update blog. WTF lar depa dua ekoq tuh, naseb lar aku nih jenis patah hati, eh silap..jenis yang kuat semangat so tak terasa sangat, wakakakaaa...

Selalu yang jadi kat aku nih bila berkaitan dengan ICT nih. Rasa macam nak baling jer laptop nih sebab menyakitkan hati jer. Oleh sebab laptop nih banyak berbakti jadi terasa berat hati pulak nak baling-baling kan, (padahal, kalau aku baling, nanti rosak tak dak duit nak beli baru ok!). Yang paling menusuk jiwa aku bila aku tengah syoq menaip tiba-tiba wireless pulak tak dapat detect oleh laptop aku, padahal tadi ok jer dia detect tau. Saja nak bagi aku sakit hati sampai aku restart balik pun belum tentu dia dapat detect. Jadi aku kena lar shutdown 2 atau 3 jam pastu baru dia ok. Masa tuh macam-macam dah dialog aku dengan laptop nih, of course lar rumet aku tengok pelik jer sebab aku cakap sorang-sorang kan. Tak pe, lantak hang lar nak fikir apa masa tuh sebab aku nak jugak maki laptop nih. Sakit weh kalau jadi macam tuh, punah habeh semua harapan (eceh, macam baru clash dengan BF pulak lagaknya)

Aku paling bengang bila aku taip punya la banyak tiba-tiba bila masa veiw tulisan pulak tak sama! Ada tulisan kecik ada tulisan besaq, apa ingat aku tengah ajaq abc kat budak-budak ka? Takpun aku tersalah eja dan tak sempat betulkan kesalahan tuh, apa lagi..terpaksa lar menahan rasa hati yang selalu sangat tak puas hati. Aku pun tak tau lar apa pasai aku nih elergik sangat dengan kesempurnaan nih. Bukan apa, bila kita sendiri tengok pun kita rasa tak puas hati kan so kalau dah kita ja yang dok view page tuh, tak ke boleh sakit mata? Ermm..itu baru aku, yang gilakan kesempurnaan dalam satu-satu benda yang aku buat. Bagi aku bila aku dapat capai kesempurnaan dalam sesuatu perkara aku akan dapat kepuasan hasil dari usaha aku tuh.

Paling nikmat bila dapat online kat tempat yang wireless nya ok dan laju macam kat rumah aku atau kalau aku guna berukband member-member aku. Tapi bila dah kena kuarantin macam nih aku buat gatal tangan ar nak pinjam laptop Cik Mimi untuk menaip kan sebab TOSHIBA mesti terbaek, tak macam ACER lembik..(kutuk laptop sendiri). Buat Cik Miera yang menjadi teman sebelah katil aku sejak dari semalam semoga kita semua cepat sembuh ea. Maklum lar, Cik Miera nih mewakili kelas dia sebagai mangsa kuarantin dan dia jer yang sesat kat sini berkawan dengan budak-budak math, heheheee...

3 comments:

diriku said...

nice blog..cantik =]

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

same case wif me~~

ak ni lg la..trus x dpt nk post entry langsung..
"AN ERROR OCCUR "
pe ke jadahnye tu???!!

aarrghh!!

Qib said...

heheh/ :)

memang sepoil la minag ni..

Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Salah bontot ke selipar?


The reveal of BVLgarigirl

Related Posts with Thumbnails