BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, July 20, 2010

MaLu KeRaNa BaTaNg

Muka gembira sebab dapat tido dengan batang kembali!

Hari nih aku hadir dua jam kuliah jer sebab lagi beberapa jam telah dibatalkan oleh pensyarah sendiri, masing-masing pakat busy kan. Oleh sebab Cik Faten dah janji nak teman aku pergi ambek batang, jadi kami terus bersiap untuk ke pejabat asrama. Sampai jer kat pejabat asrama aku ketuk pintu dan masuk untuk jumpa sis kat dalam pejabat, aku bagi salam ok (sopan sikit kan). Aku pun mintak jasa baek beliau untuk kasi kunci Dorm J kat aku.

Punya lar excited gila kak tuh cari dan punya lah bersemangat gila aku tunggu kunci tapi tak dak pulak sebab ada pekerja pejabat asrama ambek dengan tujuan nak kemaskan Dorm J tuh. Bila aku selidik dan siasat sepenuh hati aku dapat tau yang dorang baru pergi jer. Apa lagi, aku ucap terima kasih pada sis tuh dan mintak izin dari Cik Faten untuk tinggalkan dia. Dengan tujuan aku nak lari sebab nak bagi sempat jugak ambek batang, dah 2 malam kot tido tanpa batang tau!


Elok jer nampak pintu Dorm J terbukak makin laju pulak aku lari, tapi aku stop..pelan-pelan aku berjalan bila terpandang pekerja-pekerja lelaki yang ada kat situ. Aku jadi segan lar pulak sebab nak pergi sorang-sorang ambek batang. Aku pun lambaikan tangan kat Cik Faten suruh jalan cepat sikit. Bila lori tuh bergerak aku nampak dua orang kerani pejabat asrama. Adeh..aku nak kena inform kat dorang dulu nih, karang terkunci pulak aku dalam Dorm J nih. Ok, nak dijadikan cerita aku pergi lar jumpa Bro Handsome nih untuk menyampaikan hajat aku kan.

Bro Handsome: Yer ada apa kamu datang sini?
aku: Saya ada tertinggal barang nih jadi saya datang nak ambek barang saya.

Cik Faten jalan lambat jer..terpaksa lar aku cakap dengan Bro Handsome nih sorang-sorang dan menjawab segala soklan yang beliau utarakan pada aku. Erk..semua soklan beliau berkaitan dengan kehidupan aku sebagai mangsa kuarantin! Bro Handsome nih jugak tak habeh-habeh asyek men'psiko'kan aku jer dengan soklan-soklan nak menjeratkan aku. Elok jer Cik Faten datang...

aku: Ok lar encik, saya nak ambek barang jap nih.
Bro Handsome: Kamu nak ambek barang apa?
aku: Ermm..ada lar barang sikit yang saya nak ambek.

Masa tuh jugak mata aku dan mata Cik Faten bertentangan dan aku nampak ada senyum di wajah Cik Faten! Alamak, aku jadi gelabah sebab malu nak keluarkan batang dari Dorm J sebab ada Bro Handsome nih! Saja jer lar aku keluar lambat dari dorm tuh sebab aku nak bagi diorang pergi jauh-jauh sikit. Tiba-tiba beliau jenguk dari luar..alamak..KANTOI sudah!!!! Aku dengar beliau cakap..

"Owh..bantal peluk rupanya..."

Dengan bangganya (kontrol malu nih) aku keluar dan cepat-cepat pakai kasut sukan aku. Lepas tuh ada sorang lagi kerani pejabat asrama yang ikut Bro Handsome bersuara..

Pak Cik Comel: Ada orang ambek kasut sukan dah ke? (sebab memang ada sepasang kasut sukan di rak kasut dalam dorm tuh)
Bro Handsome: Tak ah, dia ambek bantal peluk lar.
Pak Cik Comel: Lar, iye ke? Nih mesti bantal busuk nih kan?
aku: errkk..tak lar cik, bantal peluk jer..


Masa tuh aku rasa darah semua menuju ke arah muka aku. Aku rasa malu gila sebab kantoi dengan dorang tapi demi batang, aku tak kesah!! JANJI BATANG AKAN TIDO DENGAN AKU MALAM NIH..=)

3 comments:

Unknown said...

erkk...bantal peluk?haha

Post baru:Ini baru mukaddimah aje

mimiezf said...

bantal peluk yg de liur basi yam tu ek?????hahahaha =P

Qib said...

yam.. i pun rindu hak ngn baatang... oh my goat'
klik yam punye digi ad. muga3 bertmbh lahh

Related Posts with Thumbnails