BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, July 28, 2010

MaCaM mAnA nAk ElaKkaN mEnGaNtUk DaLam KeLaS?

Salam semua...terasa lama sangat tak hapdate belog aku yang selalu di kutuk oleh Cik PinQib nih. Beliau selalu sangat suroh aku tukaq layout aku nih sebab hodoh dan tak cantek lansung katanya. Tapi nak buat macam mana kan, dah aku minat warna hitam kosong yang dicemari serba sebanyak tulisan yang berwarna warni. Bukan takat tu jer, dia siap cakap lagi yang dia benci betol tulisan warna warni. Aku suka jugak-jugak..uweeeeekkk...kutuk lar aku tak kesah..hahahha..apa-apa pun thanks shayang sebab sudi kutuk I, nanti I fikir-fikirkan idea u tuh ok? =)

Alamak, habes sudah satu perenggan aku membebel tentang beliau. Ok, berbalik pada tajuk enrty di atas, aku nak tanya korang nih. Serius weh, aku sekarang nih sedang mengalami penyakit yang memang wajib menyerang aku setiap kali semester hujung tahun menjelang. Sejak aku dok sebentar kat matrik lagi, ni lar problem yang paling payah aku nak settle kan. Bila aku tanya mak aku, beliau selalu cakap yang aku nih kurang vitamin. Errkkk...bila sebut pasal vitamin or mana-mana suplemen nih, aku memang ada jer semua nih dalam loker aku. Tapi aku memang seriously malas gila nak makan.

Masalah yang aku alami nih sangat kritikal kalau aku diam dan tak aktif (tak berinteraksi dengan pensyarah) dalam kelas. Aku bukan apa, kalau aku nak sembang dengan kawan-kawan masa ada kuliah, nanti diorang terganggu dan pensyarah pun mesti hilang mood. Aku memang akan mengantuk bila kuliah aku start pukul 8 pagi hingga 10 pagi. Elok lecturer keluaq, konfem aku tak mengantuk. Yang nih memang aku geram, sebab aku niat nak study kot, nak fokus, nak dapat 4 flat nih! =)


Sedih jadi aku nih, pernah dulu masa dekat matrik, aku tido bagai nak rak, bukan dalam kuliah jer, masa tutorial, duduk kat barisan depan pun aku buleh tersengguk-sengguk. Benci jugak aku, sebab budak kelas aku panggil a.k.a gelar aku Cik Yam Lena! Emo pulak aku...hehhee..

Bila aku mengantuk, memang aku tak mampu nak elak...jadi aku mesti akan...
  1. mintak gula-gula pada classmate aku, sekali dia kasi aku gula-gula yang pedas nak mati atau berangin (seriously aku tak suka gula-gula berangin!)
  2. aku bukak radio dan pakai earphone guna handphone aku, dengar perlahan, kalau maken mengantuk aku bukak kuat-kuat volume nya bagi bingit sikit
  3. aku akan paksa member sebelah tampar atau tumbuk belakang aku, konfem pakat-pakat ambek kesempatan nak belasah a.k.a balas dendam kat aku
  4. aku bangun dan berjalan ke tempat member yang laen (tak berjaya, maken mengantuk ada lar)
  5. aku ke tandas, titikkan air kat mata sebab sayang nak basuh muka nanti habes punah bedak yang aku pakai
  6. aku akan berusaha ajak member aku jawab soklan aku, walaupun aku sendiri tak tau apa yang aku tanya
  7. aku usahakan jugak menulis a.k.a salin nota walaupun aku salin cincai dan tak mampu dibaca sebab tulisan orang mengantuk!
  8. aku minum air sebanyak yang buleh sebab nak bagi oksigen sampai kat otak balik
Korang bayangkan, dalam banyak-banyak nih satu pun tak pernah berjaya. Kecuali kalau aku berminat nak jegilkan mata, baru lar aku tak kan mengantuk dah dalam kelas. Inilah masalah aku weh, tolong lar, aku nak belajar elok-elok, mau hampa ada tips tolong kasi aku ea. Aku nak try praktik kan, kalau berjaya hamp[a jugak dapat pahala..huhu..

p/s: nanti aku start blogwalking balik, serius busy sekarang..maap ea..i love u all..muahhh..

3 comments:

Azuan said...

bab air tue salah konsep tue...kena minum sikit3 ekeke..tapi aku tak minum air pun waktu kelas haha

ASaDa RyutaRo said...

hahahha.. ni kategori kronik, tak berkesan cara2 ni..

ni tips untuk yg dah mengantuk dalam kelas tahap kronik..

berlari bangunan kelas sepantas yg mungkin. pastikan nafas tercungap2. kemudian masuk ke kelas semula.

masih mengantuk? suh kawan hentak kepala anda di atas meja, pastikan berbunyi dgn kuat dan kepala benjol.

baca "a'uzubillahi minassyaitonirrajim" .. yg dodoi suh tido tu iblis sbnrnya..

kukuchimachikumi said...

kalo time kelas ko ngntuk kn..

ko mnggeliat la slow2...
then,pusing bdn kri knn...
mntk orng sebelah urut2 tgk kuat2 gle
the..pusing bebola mte
bkk mte luas2..
ajak mmber sebelah smbng skit2...

ni cre aq n cik yuni

Related Posts with Thumbnails