BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, July 7, 2010

BiLa DiTaKdIrKaN mEnJaDi CaCaT

Hari nih merupakan hari yang agak malang jugak bagi aku sebab sesuatu yang aku tak pernah expect akan terjadi, dah jadi kat aku. Ini semua gara-gara semangat kesukanan aku yang dah lama aku lupakan.

Cerita nya macam nih, hari nih aku just ada kelas GERKO, itu pun dua jam saja. Jadi kitorang pun siap untuk bergerak ke port sukan masing-masing sebab pensyarah dah tunggu kan. Semasa on the way nak ke port tuh, ada ke patut beberapa orang dari batch kitorang berkumpul kat padang. Oleh sebab kedaifan aku dan rakan-rakan yang laen, jadi kitorang pun turun sekali. Padahal, guru-guru pelatih KPLI dan KEMAS jer yang ada kat sana. Apa lagi, bila dah tersilap, tak kan nak blah macam tuh jer kan, so permulaan untuk hari nih aku terpaksa berlari 2 pusingan padang dengan hati yang sangat bebal. (nasib stamina aku ok pagi tadi!)

Aku tengok jam, dah hampir 20 minit kot kitorang stuck kat padang tadi. Jadi aku dan yang laen bergegas lar ke court bola jaring. Betul lar tekaan aku, pensyarah dah tunggu lebih awal dari kitorang weh. Naseb lar dapat pensyarah yang memahami, jadi tak payah lar susah-susah nak terang apa yang terjadi kan. Masa teori pulak, agak spoil bagi group aku sebab semua ahli tak baca langsung sejarah tentang bola jaring. Sedangkan, buku pasal bola jaring aku dah fotostat kot. Hehehee...dasyat jugak group aku nih, tak alert bab-bab nih, tapi kitorang bawak buku tuh tadi tau.


Kredit buat Google untuk jaring neh..=)

Bila tiba masa amali, aku happy gila ah, sebab lama dah kot tak maen bola jaring. Last aku maen pun masa aku Darjah 6, dalam posisi WD untuk mewakili sekolah. Bila masuk sekolah menengah, aku dah tak aktif sebab aku tak pergi sesi pemilihan pemain. Bukan apa, bila start masuk sekolah menengah aku aktif bepersatuan pulak kan. Ok! berbalik pada cerita aku tadi, aku dengan gembira dan teruja nih, terus nak maen sepuas-puas hati. Aku jugak suka sangat lompat sana lompat sini sebab nak ambek bola kan. Maklum lar, bak kata mak aku,

"dah lahir tahun kuda, kerja melompat jer lar."

Tengah gedik melompat, tiba-tiba aku tersalah mendarat, apa lagi..kat situ jugak kaki aku terseliuh. Aduh...gila bapak sakit kot!! Sakit sampai aku terasa macam nak menangis jer. So aku berundur ke tepi kemudian aku urut-urut kaki aku kejap. Bila kawan-kawan aku nak menuju ke arah aku, aku cakap aku ok dan aku suruh dorang teruskan game. Bukan apa, kalau dorang datang, konfem kat situ jugak air mata aku bergenang kot. Biasalah, memang aku tak buleh kalau orang mai terus terpa kat aku masa aku dalam keadaan macam tuh kan. Anyway, aku ucapkan banyak-banyak terima kaseh sebab kawan-kawan aku semuanya caring sangat.


Balik dari bersukan, pergghh...tok sah cakap ah, lagi terasa sakitnya dari tadi. Rasa macam start dari pergelangan kaki sampai ke jari pedih kot padahal kejap lagi aku ada mesyuarat kot. Alhamdulillah lar ada Cik Yunie yang sudi mengurut kaki aku yang dah bengkak sangat-sangat nih. Malam nih aku memang tak dapat nak turun ke latihan silat sebab aku dah tak mampu nak gerakkan sangat kaki kiri aku nih. Huhu..sedih sangat, bila ALLAH tarik satu nikmat yang selama nih sangat penting bagi aku. Itu lah, aku harap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi pada aku nih, semoga dosa-dosa aku nih di ampunkan sepanjang aku merasai kesakitan kaki nih..

5 comments:

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

saket lg x??emm..

cntik r blog ni~~ =)
cmne tu nk wat yg tulisan gerak2 kt tab tu??waahh..dasat2..

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

sabar ye utk kaki tu..=)


dasat r blog ni..siap ade tulisan geraak2 kt tabs tu..
wah!!
cmner wat tu?

amalmeor said...

Sy bersimpati pada anda.Semoga kaki cepat sembuh.
Dlu masa sem dua,saya jg mengalami nsb yg sma seperti anda.Jtuh ms main bola jaring juga.Jari yg terseliuh...dpt mc 3 hari.Masa tu Allah sj yg tahu sakitnya mcm mna.Jauh dari family so tpaksa g clinic sndri.

Qib said...

sabar ler yam;; mengucap banyak33

Mr. Asada said...

alahai.. get well soon.. takde cacat lama tu, kejap je dh leh sembuh..

**sangat2 aktif bersukan owh.. kena hati2 gak bersukan tu laen kali. =)

Related Posts with Thumbnails