BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, July 6, 2010

aSyEk NaK pOtOnG jEr

Esh, aku tengah bengang nih!! Bengang tahap cipan kot..emo pulak tiba-tiba kan...=) bukan apa, sedikit bengang petang semalam sebab terfikir pasal elaun aku tuh. Bayangkanlah, dah lar masuk lambat..ermmm lepas tuh siap kena potong lagi kan. Padahal kena potong tuh sebab aku balik awal seminggu masa semester lepas kot. Ye lar, mesti lar aku nak balek awal sebab rumah aku agak dekat dengan maktab jugak lar. Tapi masalahnya kat sini, semua member-member aku pakat beli tiket nak balik, why not aku yang dekat nih tak terus blah kan. Sebenarnya, minggu exam kitorang dah habes, jadi kitorang buat keputusan nak balik awal lar, lagi pun kawan-kawan aku yang laen semua dah get ready dah. Alih-alih tiba-tiba JPP inform minggu last tuh dorang nak buat minggu sambutan hari guru secara besar-besaran.

Aku memang tak puas hati ok!

Aishh...bertambah lar tahap kebengangan aku, mana tak nya, ada ke patut ketua kelas aku force aku suruh aku stay kat maktab sebab aku antara orang yang rumah paling dekat. Ewah-ewah, budak-budak laen bahagia jer pulang rumah aku yang hina nih pulak kena stay sorang-sorang. Of course lar aku tolak, even dia merayu-rayu kat aku pun, belum tentu aku nak tau. Oleh sebab aku ponteng 5 hari tuh, elaun aku yang sedia dah sikit tuh kena POTONG lagi kot. Padahal 5 hari last tuh mana ada dorang ambek kedatangan, apa lar..dok buat poyo pulak potong elaun aku. Padahal ramai jer budak laen yang kaki ponteng tuh, tak pulak HEP nak potong. Dah kedatangan tak di ambil kira kan, of course lar semua pakat-pakat balik kan. Yang aku tak puas hati tuh, dah lar elaun seciput jer, lepas tuh nak potong lagi. Apa maktab ingat aku kaya sangat kah?

Kucing pun tau marah, aku yang manusia nih lagi lar!

Setakat elaun 3+++ belum cukup lagi nak sara hidup untuk satu semester sebenarnya. Memang ramai yang cakap dah banyak nilai tuh, tapi hakikatnya tak macam tuh kot. Elaun antara maktab tak sama tau, yang tuh aku tak pasti sebab apa. Katanya elaun tuh dibedak oleh pihak maktab sendiri. Aku juga kurang pasti, untuk bersuara bertanya ke mana perginya elaun tuh, aku sendiri pun tak berani. Tapi yang pasti sememangnya aku nak tau apa pasal banyak sangat beza elaun antara maktab dan kenapa elaun student yang tinggal di luar asrama lagi banyak dari elaun student yang duduk dalam asrama.

Pensyarah aku pernah cakap kat dalam kelas yang sepatutnya kitorang perlu tau ke mana perginya elaun kitorang tuh. Bukan sekadar terima bulat-bulat dan tak soal langsung tentang hak kitorang sendiri kan. Anyway, aku berharap sangat bahawa satu hari nanti aku berkemampuan untuk mengutarakan soalan nih kepada pihak yang bertanggungjawab dengan penuh ketegasan dan keberanian!

3 comments:

nurfara said...

sy juge dpt merasai keBENGANGan anda itu~~
sekian~~

Suara Kalbu said...

Sabar..sabar yer dik

Kadang-kadang mcam tu la. Di mana-mana pun sama agaknya. Alasan pihak pengurusan dahla menyusahkan lepas tu pulak macam tak cerdik jer

Hikhikhikhik...

Qib said...

;0(

Related Posts with Thumbnails