BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, June 18, 2010

ThE VaMpIrE DiArIeS

Cerita best yang memang menggangu perasaan!

Aku nih jenis tak memilih sangat dalam nak tonton mana-mana cerita tapi aku memang cukup tak suka cerita yang genre thriller yang berlakunya pembunuhan secara kejam. Entah lar sejak dari kecik lagi aku memang suka cerita yang macam tuh, tapi bila cerita bunuh-bunuh yang tak kejam cara pembunuhan tuh sanggup pulak aku nak tengok tau. Yang sampai sekarang aku masih pelik sangat apa pasal lar aku nih selalu jer bergaul dan terjumpa geng-geng yang suka tengok cerita kejam yang aku tak suka tuh? Itu lah dinamakan naseb kan, bukan semua yang kita suka akan kita jumpa atau dapat kan.

Ketiga-tiga artis di atas merupakan watak utama dalam The Vampire Diaries.

Oppss..tershasul sudah! Tak pasal-pasal aku buat sesi luahan perasaan tadi, siap cukup satu perenggan tuh! Ok, entry pada kali nih pasal cerita yang bertajuk seperti di atas; The Vampire Diaries. Cerita nih sudah pun ditayangkan di 8TV baru-baru nih, tapi tuh season 1 lar. Aku nih siap dah tengok sampai habes season 1 dah. Semua nih angkara my sis dan my little sis sebab yang bawak gejala minat cerita nih my sis lar. Bila dah adik aku pun asyek tercangak depan laptop tengok movie tak kan aku tak terangsang nak tengok jugak kan? So bila aku tengok babak yang Demon muncul baru lar aku tau apsal lar yang my sis dan my little sis minat nak mampos.
Paul Wesley nih merupakan Stefan yang berjaya menawan hati Elena dan Katherine.

Ian Somerhalder nih pulak pegang watak sebagai Demon iaitu adik kepada Stefan.

Inilah Nina Dobrev yang merupakan heroin dalam cerita nih dan aku rasa dia memang berkaki lebar dan berbakat sebab mampu pegang dua watak dalam satu masa! Cayalah!

Apa tak minatnya, dua orang hero dalam drama nih sikit punya handsome kot, kalau hero pun handsome konfem lar heroin dalam cerita nih sikit punya lawa kot! Lagipun pada aku lar, cerita nih memang best sebab jalan cerita nya memang best! Majoriti pelakon dalam drama nih semuanya boleh dikatakan ada rupa tapi pada aku cerita nih memang buat aku stress sikit. Kalau korang nak tau kenapa jom layan cerita nih setiap SELASA pada pukul 9.30 malam di 8TV!

3 comments:

azuan said...

tengok citer pun sampai strees ke haha..tak terasa lagi nak layan cerita nie..tunggu sampai season akhir baru tengok wakakaaa...

pearl apple said...

rugi lar...stress la sebab ada dua hero..x suka2..

Unknown said...

hahah..saya dah lame tgk..tggu season 2 this fall kat us..yuhuuu ~~

Related Posts with Thumbnails