BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, June 16, 2010

sAyA sAyAnG = SuKa BaBy

Kenapa ea tiba-tiba jer aku nak buat entry pasal tajuk nih? Ermm...ini sebab aku jealous bila tengok orang dapat baby, orang mengandung, orang jaga baby, dan orang yang tengah pegang baby. Sukanya aku pada baby sangat-sangat sebab baby cumil dan buat hati aku jadi tenang jer bila tatap muka dorang. Bila ada kes pasal buang, bunuh dan tinggalkan baby aku rasa geram sangat pada orang yang buat tuh.

Cumil jer baby kan sampai boleh buat sejuk hati orang yang memandangnya.

Aku terfikir jugak kenapa lar bodoh sangat dorang nih, buat anak reti bila dah mengandung sampai terbesalin tak pulak nak buat bagi reti macam buat anak tuh! Inilah, masa mula terjebak dalam maksiat bahagia jer perasaan tuh sampai terlupa akibat dan kesan bila dah buat kan. Itulah niat bunuh si baby yang tak pernah bersalah tuh sebab nak tutup malu lahirkan anak luar nikah, tapi at last satu dunia dah tau yang kau tuh pembunuh. Bunuh pulak insan yang baru nak kenal dunia, yang baru nak kenal ayah dan mak dia dan yang baru nak senyum pada dunia.

Dalam kalangan binatang tiada manusia tapi dalam kalangan manusia terdapat binatang.

Sedih betul bila ada kes yang macam nih yang banyak berlaku pada anak bangsa Melayu yang beragama ISLAM. Aku nih bukan nya baek sangat tapi bab-bab bunuh baby yang tak berdaya nak melawan nih aku rasa kecewa dan sedih sangat. Teringat pulak kisah yang terjadi pada zaman Rasulullah dulu yang lebih kurang sama saja dengan kes-kes yang dah terjadi kat Malaysia nih. Masa zaman dulu ada sorang alim nih, beliau nih sangat lah alim dan tak pernah buat maksiat.

Nak dijadikan cerita, Allah nih uji beliau dengan menghantar sorang pelacur untuk goda beliau. Oleh sebab beliau nih digoda dan tergoda dengan pujuk rayu syaitan laknatullah, beliau pun buat maksiat dengan pelacur nih. Akhirnya beliau tersedar yang beliau dah lakukan dosa yang sangat besar. Jadi sekali lagi si beliau nih terdengar bisikan syaitan yang mengarah beliau untuk membunuh si pelacur tadi supaya orang lain tak tahu yang beliau pernah melakukan zina dengan pelacur tadi. Beliau pun setuju dengan pendapat syaitan tersebut lalu membunuh pelacur tadi.

Sebab tuh lar ISLAM mensyariatkan umatnya supaya berkahwin untuk mengelakkan keruntuhan akhlak dalam kalangan umatnya.

Konklusinya, bila kau dah pernah berzina, kau akan lebih berani untuk buat dosa yang lagi besar dari zina tuh. Maksudnya, demi nak tutup malu kau yang pernah berzina, kau akan bertindak untuk membunuh dan tak kira lar siapa yang kau bunuh tuh. Itulah, sama jer keadaan nya dengan dunia sekarang nih cuma bezanya siapa, di mana dan bagaimana. Apa yang dah berlaku pada zaman dulu tuh semuanya iktibar untuk renungan kita bersama. Lagi satu, kalau lar betul-betul si jejaka tuh berkenan pada si gadis, si jejaka tak kan sesekali nak lalukan perkara yang bukan-bukan pada si gadis. Jadi fikirlah betul-betul, apakah cinta kita selama nih merupakan cinta yang berlandaskan nafsu atau sebaliknya.

Teringat cerita lecturer aku tentang kejatuhan sebuah negara akibat daripada keruntuhan akhlak rakyatnya. Bila aku terfikir dengan masalah dan isu yang melanda negara kita, aku tak sanggup nak bayangkan apakah negara kita juga bakal jadi macam tuh? Nauzubillah....

2 comments:

ravishingpeacock said...

da mcm2 da jd skang nie..hope ksedaran psl ni mkin mningkat

Tasbih Alam said...

Salam..

Setelah sekian lama saya membelajari bagaimana untuk menjadi seorang blogger.. Kini telah sampai masanya untuk membina rangkaian bersama blogger hebat yang lain. Serta mempelajari lebih banyak lagi bagaimana untuk menjadi blogger yang hebat seperti anda.

Semoga kita dapat kunjung mengunjung antara satu sama lain untuk mengeratkan silahtulrahim antara kita dan blogger² yang lain..

Sesungguhnya hunjung jari yang menekan papan kekunci adalah lebih hebat dari apa juga senjata yang ada di muka bumi ini. dan Semoga kita sama-sama mendapat menafaat daripadanya..
Insya Allah

Salam ukhwah…
http://tasbih-alam.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails