BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, June 24, 2010

tErImA kAsIh KaWaN

Empat orang gadis ayu sedang membuat ketupat.

Pejam celik pejam celik, aku dah tinggal lagi dua hari jer sebelum nak balik Malaysia. Eceh, bajet macam tinggal kat luar negara pulak. Tak de lar, nak balik Sungai Petani je pon sebab perlu kembali ke maktab sudah! Akibat penangan apa entah yang kena pada Cik Besaq, beliau telah memaksa aku keluar dengan syarat aku kena pergi ambek dia kat rumah! Aishh, aku nih memang ditakdirkan untuk jadi driver pada dorang kot, padahal hari tuh buleh jer beliau dok buat excited nak mai ambek aku dengan kereta. Selepas aku soal selidik beliau, baru aku tau, masa dia tengah practice kereta dengan mak dia, ada ke patut dia buleh buat gabra sampai langgaq tembok depan Pasaraya Hafifah. Aku memang setuju lar kalau ayah dia tarak kasi dia bawak itu kereta. Kalau dia ajak aku tumpang pun konfem, akan ku tolak dengan penuh hormat.

Dalam perancangan nak keluar tuh kitorang bercadang nak ajak Cik Keciq, Cik Kidney dan Cik Anis. Malangnya saat akhir baru teringat yang kitorang terlupa nak ajak Cik Diela keluar berpoya bersama kami. Oleh sebab Cik Anis tengah praktikal di Hospital Tuanku Fauziah, Cik Kidney pulak tak dapat nak join dan Cik Diela pulak telah dilupakan oleh kitorang jadi tinggal aku, Cik Keciq dan Cik Besaq saja yang keluar pada pagi nih. Aku nih ingat rajen sangat kah nak bangun awal-awal nih, tapi sebab nak berpoya dengan member lama punya pasal aku gagahkan jugak bangun awal.


Thanks Cik Besaq sebab sudi mengedit gambaq nih!

Port nak lepak macam biasa lar, di depan library dan kawasan sekitar Kangar yang 'besar' ini. Sebenarnya kat Kangar nih bukan ada apa sangat pun, aku sendiri pun tak tau nak lepak kat mana, jadi kaki aku nih ikut jer Cik Keciq dan Cik Besaq berjalan. Yang Cik Keciq nih punya lar semangat gila berjalan menuju ke The Store (satu-satunya shopping komplek yang ada kat kangar ok!). Masing-masing pulak tengah pokai, jadi kitorang pun saja lar jalan-jalan cuci mata sambil dok buat gediks bergambaq. Bila dah penat berjalan, lebih kurang macam sirih pulang ke gagang kami pun kembali lepak kat depan library sebab nak tunggu ketibaan Cik Anis.


Sepanjang keluar bertiga start dari dibelanja KFC oleh Cik Besaq sampai lar masa tunggu Cik Anis tuh bermacam-macam cerita sudah yang keluar. Cukup 1 jam tunggu dia salin uniform nurse dia tuh baru lar dia muncul depan kami. Cik Anis nih sikit punya lawa lar tadi tapi yang aku terkejut sikit nih sebab sekali dia cakap...fuhhhhhhhhhhhh...sebijik macam orang Penang! Maklum lar, dok kat Penang dah lama, dah jadi orang Penang lar. Hah, sekali Cik Anis nih sampai, mulut aku nih asyek cakap jer sampai tak rasa letih langsung (gila ka apa). Lepas tuh Cik Besaq kesuntukan masa jadi beliau pun bergerak untuk pulang ke rumah. Tinggal lar aku dengan Cik Keciq bertemankan Cik Anis yang dok bercerita dengan penuh rasa puas dan bahagia sepanjang bergelar nurse. Pelik jugak aku, dulu dia lah yang paling takut darah, alih-alih sekarang sudah jadi nurse daa...

Hari nih walaupun tak cukup korem tapi sangat best sebab dapat jumpa tiga orang gadis yang cumil itu sambil membuat ketupat bersama-sama. =) Sebelum nak balek tuh sempat lar jugak aku dan Cik Keciq memeras ugut Cik Anis untuk belanja kami makan tengah hari!

4 comments:

fnaz said...

aku ta gabra okeyh. tembok tuh yg salah. haha. eeeeee. perlu ke cta ney. adeyh. okeyh okeyh. nnti nak out. cukupkan korem okeyh. (: yam. ingt, pizza akhr tahun ney. (: suka suka. hahah.

pearl apple said...

ye la syg, i ingat je..

fnaz said...

yeay! big hugs n loves. haha. (: syg lbeyh! penuhkan azam ang tuk kumpul duit okeyh. (:

Qib said...

ai.. kuo tak ajak kami yer.. adoi.. miss kfc so much,.,. wakakakak.. :-)

Related Posts with Thumbnails