BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, June 25, 2010

kHaS bUaT dIkAu WaHaI sI PaTaH hAtI

Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, aku nak tanya sikit nih, korang pernah patah hati tak? Mesti ada yang pernah, dan masing-masing ada sebab tersendiri. Aku rasa banyak yang patah hati sebab cinta lar kan tapi aku tak nafikan lar kalau ada sebab laen lagi. Aku nih pulak sejak lahir lagi (tipu sangat lar nih..hehehe) memang dah ditakdirkan untuk jadi pendengar yang baek dan motivator yang berjaya lar kot. Semua benda yang melibatkan hati dan perasaan jer yang selalu aku jumpa, aku tak maksudkan cinta saja yer kawan-kawan. Biasa lar, kalau tak puas hati dengan kawan pun berkaitan dengan perasaan jugak kan. Majoriti, yang selalu cerita dan yang kerap set sesi luahan perasaan pun, semuanya kawan-kawan aku jugak kan. Jadi kalau dah kawan mintak tolong, tak kan korang nak tolak? Bak kata orang, kalau namanya kawan nih, selagi buleh tolong tuh, konfem lar pakat-pakat tolong kan. Bukan apa, kita nih, kalau buleh tak sanggup nak tengok kawan or member tengah sedih, silap haribulan dengan kita-kita pun buleh dok tumpang menangis sama.

Jadi kali nih aku nak cerita tentang kisah sorang member lelaki aku yang asyek patah hati jer. Beliau nih merupakan member aku sejak dari sekolah rendah lagi. Masa zaman sekolah nih, aku dengan dia sikit punya baek lar. Tapi bila dah masing-masing masuk sekolah menengah, aku dengan dia pun terus lost kontek dan baru-baru nih saja kitorang saling 'kontek-mengontek'. Rasanya dah masuk dua tahun kot aku start kontek dengan dia, tuh pun berkat bantuan member aku sorang nih yang bagi tau dia tengah cari aku. Masa dia dapat kontek aku balik, time tuh dia baru jer lepas break dengan ex dia. Kesian jugak lar aku kat dia sebab ex dia tuh tinggal dia macam tuh jer. Padahal banyak jugak si member aku nih habeskan duit untuk perempuan tuh. Member aku nih pulak sikit punya kaya lar + rupa pun buleh lar tahan, tapi dia lebih suka kerja sendiri sebab katanya yang kaya tuh bapak dia bukannya dia..(aku jadi blink-blink kejap, sebab nampak duit..hahah)


Sepanjang aku kawan dengan dia balik nih, aku geram + bengang jugak sebab dia nih sangat lar kuat merajuk dan suka sangat tarik ayat pasrah. Marah jugak aku kat dia, dua tiga minggu, alhamdulillah lar, dia kembali ok seperti sediakala. Katanya, ni semua padah untuk dia lar sebab dia pernah dan selalu kecewakan perempuan, bila dia betul-betul setia dia pulak yang kena maen balik. Aku nih pulak tengah single, apa lagi start lar dia dok mengayat aku, agak-agak lar, aku nih bukan jenis yang suka couple dengan kawan sendiri. Buleh kira lama jugak la aku nak bagi dia paham yang aku tak suka hunbungan aku dengan dia tak lebih dari sorang kawan kan. Tak lama lepas tuh, dia diam saja, kalau dia free baru dia kontek aku. Dalam diam-diam, rupa-rupanya dia tengah ejas member aku jugak. Aku pun tak kesah sangat sebab baek jugak budaknya yang dia minat tuh.


Gambar sekadar hiasan saja yer kawan-kawan. =)

Lama jugak dorang berkawan dan saling bergatal-gatalan =) malangnya pada satu hari nih si perempuan tuh cakap nak berkawan, dia tak nak si kawan aku tuh mengharap sangat pada dia. Perempuan tuh cakap dia masih belum cukup bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan member lelaki aku tuh. Habes, apa lagi, frust menonggeng lar mamat tuh sebab kena reject dengan cik minah nih. Punya dia frust sampai nak stop study sebab perempuan tuh dah hilang dalam hidup dia. Aku nih bila dia dah story apa lagi, aku pun cakap lar
  1. jangan sebab perempuan hang mudah patah semangat
  2. tolong lar jangan tunjuk kan yang hang sangat-sangat lemah bila di reject oleh dia
  3. hang kena bertabah sebab apa yang jadi nih pasti ada hikmah disebaliknya
  4. belajar lah untuk lupakan dia, maafkan dia sebab hanya dia saja yang tahu apa sebab dia bertindak macam tuh
  5. sebagai sorang kawan aku nak hang terus berjaya, jangan down sebab wanita
  6. if dia memang dijodohkan untuk hang, insya ALLAH, ALLAH akan kembalikan dia untuk hang
Huhu, bukan senang nak pujuk mamat sorang nih, kecewa nya dia samapai down teruk jugak lar, kerja dia asyek cakap bukan-bukan saja. Aku sendiri pun tak mampu nak cakap apa sebab both of them member lama aku. Sebagai kawan, aku tak nak lar mamat nih terus-menerus kecewa sampai effect study dia. Pesanan aku pada dia, sudah-sudah lar cari awek, study bagi habes dulu. Lepas habes study, cari lar perempuan yang betul-betul sayang dia seadanya ok!

1 comments:

PinQib said...

jadik lah macam saya. masih belum ada pengalaman.. waakakak.. huhuhu.. sedih ahakk -_-"

Related Posts with Thumbnails