BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, June 25, 2010

kAu InGaT kAu PaNdAi?


Waah..result dah keluar..muahahaha...sedikit gerun jugak aku sebelum nak check kat laman web maktab tadi. Huhu, aku tetap gagahkan diri jugak sebab dah 2 minggu aku asyek lawat laman web maktab semata-mata nak tunggu result jatuh ke riba. Ceewaahh..banyak lar cekadak aku, dok buat gatal ubah peribahasa, lepas nih mesti kena sound dengan cikgu BM. Semalam lewat gila tido sebab tak buleh tido lar, kononnya sebab result nak keluar punya pasal kan.

Esoknya, aku dengan penuh perasaan gementar dan sedikit sebanyak agak excited, aku pun bukak lar laptop sebab nak check result. Aishh...sakit betol hati, aku bukak laman web maktab tapi dia tulis kat situ result coming soon, 25/6/2010 11.00 am sebijik tulisan semalam. Bengang jugak sebab rasa macam kena tipu pulak. Jadi aku terus on facebook aku yang cumil dan lengang itu. Aiihh, tiba-tiba ada sorang senior aku post url untuk check result, huh..naseb lar akhirnya dapat jugak aku tengok pointer aku! yeeeeeeaaahhhh!!!

Huhu..aku nak buat yang terbaek sepanjang aku tengah study nih ok!

Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab target aku bagi sem lepas tak mau ada satu atau lebih C sebab nanti jadi tak cumil sudah! Bukan apa, sepanjang 3 semester foundation tuh result aku asyek spoil sebab ada C itu. Jadi kali nih, walaupun pointer aku tak sampai 3.5 aku tetap bangga sebab aku telah mencipta satu peningkatan. hahaha... Bajet bagus pulak aku nih kan, tak de lar, sapa tak suka dapat pointer tinggi, kalau buleh aku nak pointer aku tak kurang dari 3.5, tapi aku kena slow-slow ar sebab bukan senang nak dapat yang terbaek. Kalau nak yang terbaek kena lar usaha lebih kan, jadi pointer aku kali nih padan lar dengan usaha yang aku curahkan.

Baca lar doa nih, semoga ALLAH permudahkan urusan kita bersama.

Bukan apa, aku nih selalu sangat jadi gadis yang pointer paling rendah dalam kalangan kawan-kawan perempuan. Budak lelaki kelas aku pulak suka suki kepala dorang jer cakap aku nih pemalas macam lelaki. Ayat dorang yang selalu hentam aku, "Aishh..mana buleh macam nih, kita tak buleh kurang dari yam nih". Huh, tak buleh blah punya member, aku sekeh jugak budak-budak tuh karang! Untuk semester depan aku dah tekad, mesti lagi tinggi dari pointer semester lepas.

Prinsip aku senang jer, biar pencapaian kita hari ini lebih baek dari semalam. Semoga aku dapat buat yang terbaek pada masa akan datang. Bagi sahabat-sahabat aku yang dah berjaya lulus, tahniah yer kawan-kawan, bersyukur lar dengan apa yang korang dapat!!

1 comments:

PinQib said...

hee.. okey yam.. tp, still, aku masih rasa sedih.. he.. yam, u meningkat. i menurun.. lain.. u mesti hepi. i sedih. ah.. x kire nak men internet smpai tengah malam!!

Related Posts with Thumbnails