BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, June 14, 2010

KeCeMaSaN

Hari nih aku dan my sis kena teman nenda aku ke klinik sebab nenda tak sehat. Nenda asyek tidur sejak lepas zohor sampai tak bangun-bangun. Aku masa tuh tak payah cakap lar, siap boleh tidur lagi dekat atas rumah nenda aku. Letih sangat la konon-kononnya, padahal bukan buat apa-apa pun. Naseb lar ada my sis yang sangat pandai dalam selok-belok merawat pesakit (lima bintang untuk my sis). Oleh sebab itu, pak ndak aku pun datang untuk bawak nenda ke klinik.

Semasa dalam perjalanan nak ke klinik, jalan jadi sesak pulak dengan kereta-kereta. Aku terpikir jugak, ermm..mungkin kenduri kot sebab sekarang nih musim kenduri kan, elok je sampai dekat simpang jalan baru perasan, rupanya ada eksiden kat situ. Patut lar..Aku nampak ada dua buah motor, satu ada atas jalan satu lagi tepi jalan atas rumput. Eksiden tuh melibatkan sorang laki dan sorang perempuan. Dasyat betul, si perempuan tuh tak sedarkan diri dan masih lagi ada kat atas jalan tuh. Oleh sebab dah ramai sangat kat situ kami pun meneruskan perjalanan ke klinik.

Hari Ahad, memang banyak sangat lar klinik yang tutup, ada satu klinik nih, kitorang sampai pukul 8.10 malam tapi doktor pulak datang pukul 9.45 malam. Aishh...aku rasa lewat sangat kot doktor nih nak datang jadi kami pun ke klinik yang lain. Alhamdulillah lar, masih ada lagi klinik yang masih di buka hari-hari cuti macam nih. Lepas daftar nenda, aku pun melepak lar sekejap sambil baca majalah yang telah sedia terhidang kan. Kemudian lepas dapat rawatan kat klinik, doktor suruh pak ndak aku pergi refer dekat hospital bahagian kecemasan lar sebab dah malam kan.

Lama jugak lar kami kena lepak dekat bahagian kecemasan tuh. Masa tengah lepak tuh, kitorang pasang telinga lar, rupanya kaum kerabat kedua belah pihak mangsa eksiden tadi datang. Alhamdulillah lar masing cedera parah dan ringan jer tapi bagi aku teruk jugak lar sebab perempuan tuh putus jari tangan. Erkk...takutnya pulak aku jadinya sebab sekarang nih banyak sangat eksiden. Baru-baru nih dah ada dua eksiden kat laluan utama aku yang menyebabkan kematian. Bila ingatkan eksiden dan maut yang datang tanpa di undang nih aku jadi gerun pulak nak bawa motor ikut jalan tuh! Apa yang penting, korang kena ingat tau pepatah nih, jangan biarkan kepulangan anda ditangisi, pandu cermat jiwa selamat, dan ingatlah orang yang TERSAYANG..renung-renungkan dan selamat beramal! heehehe..


2 comments:

En iLHAM said...

hehe
betul
berhati2 di jalan raya
anda mampu mengubahnya
hehe

dania said...

hye, nice blog..
stiap kali eksiden, i rse takut nak drive.. ;(

Related Posts with Thumbnails