BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, June 27, 2010

ExCiTeD + tErUjA = IP2D MuSiM bArU

Wah, akhirnya dapat jugak laptop kesayangan hamba ini men'detect' wireless hak milik IPG KSAH ini. Bukan apa, rindu kot kat blog kecintaanku ini. Kalau tak tulis blog tuh macam ada jer benda yang tak lengkap. Hah, sejak dari semalam lagi aku kena sawan sebab internet tak dapat di 'detect' oleh cik laptop ini. Alhamdulillah lar hari nih baru dapat surt internet dengan penuh rasa bahagia sekali. Semalam aku bergerak dari Arau ke Sungai Petani naek kereta api pukul 10.40 pagi dan selamat sudah sampai ke Sungai Petani pukul 12.40 tengah hari. Jadi lepas jer ambek handphone kesayangan, then aku bergerak lah pulang ke IPG KSAH bersama sorang prebet sapu. Kebetulan ada lar 3 orang student maktab yang ada dalam kereta tuh semalam, jadi tak de lar aku terasa bosan sangat kan. Bilik aku jadi bilik stor, jadi aku terpaksa kemas bilik lepas tuan punya barang ambek barang masing-masing. Huh, lambat jugak lar aku start kemas bilik kali nih, selalu aku kemas bilik awal-awal lar sebab malam nak rehat-rehat kejap tapi kelmarin aku kemas waktu senja.
Sebenarnya aku teruja jugak nak balik maktab semester nih sebab tak sabar nak mulakan sesi baru gitu. Ermm..bukan apa, seronok lar dapat jumpa kawan-kawan, nanti mesti banyak jer yang diorang nak story kan. Ucapan terima kasih jugak buat cik Faten sebab dia sudi tumpangkan aku yang cumil ini kat bilik dia siang kelmarin. =) Oleh sebab excited sangat bersihkan bilik nih, hari nih tangan aku sakit kebas-kebas. Jarang lar nak sakit macam tuh, aku rasa mungkin sebab aku jarang exercise kot. Hah, sebut pasal exercise nih, korang tahu tak apa rancangan Theta Pie semester nih? Hah, meh sini aku nak bagi tau, diorang excited gila nak ajak aku keluar setiap petang kat padang sebab nak joging. Maklum lar, kononnya sejak duduk kat rumah, masing-masing dah naek berat badan! hu waaa......

Tadi time aku masuk kelas, aku jadi kekok sikit sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan. Masalahnya dengan budak lelaki jer aku kekok, dengan set-set perempuan jer yang aku bising sikit. Anyway, semester nih aku duduk kat belakang sekali dan kat tepi dalam kelas. Aduh, duduk belakang kot, harap-harap tak de lar aku tertido time lecture nanti. Bimbang jugak, sebab aku nih suka sangat tido dalam kelas. Seronok memang seronok, tapi tiba-tiba terasa macam ada kekosongan pulak kat dalam hati aku nih. Eshh, terpikir kejap, apa yang kosong nih ea?

1 comments:

PinQib said...

hehe.. yam3.. napa x masok bilik ku sja...???


Jum singgah belog Pink

Update!

Related Posts with Thumbnails