BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, June 23, 2010

bErAkHiRnYa SaTu TiTiK pErMuLaAn

Wah, semua orang dah dapat result exam masing-masing (waaa...aku tak dapat lagi kot!), kanak-kanak rebina dan sengkatan dengannya sudah pun kembali ke sekolah masing-masing. Aku pulak tinggal lagi 3 hari untuk berpoya-poya sehabes mungkin sebelum nak kembali ke 'teratak' aku. Alamak, lagi 3 hari jer waktu yang aku ada untuk guna internet yang best nih, hehehe..Anyway, sebenarnya aku pun dah rindu la nak meneruskan hidup di teratak dan memulakan sesi pembelajaran bersama rakan-rakan.

Wee haa..ni lah hero dalam kelas aku, 10 orang jer tau..sikit kan.

Kalau dulu kelas aku nama IP1D sekarang dah berubah jadi IP2D. Kalau dulu perangai gila bapak macam kanak-kanak rebina sekarang mungkin dah berubah jadi kanak-kanak sunquick. Kalau dulu dalam kelas asyek nak gaduh-gaduh, marah-marah pastu buat muka tak puas hati kat kawan-kawan, mungkin sekarang aku nak buat muka gatal-gatal lar pulak kot, hahaha.. Walaupun maktab aku tuh tak seberapa sangat, biasa-biasa saja tapi untuk aku mengatakan ianya tak best, tidak sama sekali sebab ada banyak jer benda yang membuatkan aku ter'cancel' untuk menyebutnya. Antaranya ialah aku ada kawan-kawan kelas yang otak gila-gila dan pensyarah jabatan kitorang plak semuanya sempoi saja.

Ni lah kawan-kawan kelas aku..rindu la sama diorang!

Huhu..rindunya aku dekat diorang semua dan rasa macam banyak jer benda yang aku nak buat dengan diorang tau! Korang tau tak, dalam Jabatan Matematik tuh, ada 3 batch dan kelas kitorang merupakan batch kedua, PPISMP intake Julai 2008 a.k.a PISMP intake January 2010. Kiranya kami ada satu kelas senior dan dua kelas junior tapi yang tak buleh blah kelas aku yang paling gediks dan manja dengan lecturer jabatan kitorang. Kalau dah namanya senior tuh, konfem lar skema badak jer kan, junior pulak serius jer kiranya macam ikut peraturan dan patuh gitu. Tapi kalau kelas aku, aduh! memang teruk sikit, perangai memang masing-masing macam budak-budak! Sebab tuh kot dapat perhatian lebih dari pensyarah, kahkah..

Cukup pun korem! Geng Theta Pie punya ahli..hahaha! (yam a.k.a aku)

Paling aku rindu sekali dekat GENG aku lar, hihi..kalau dulu GENG TOM-TOM BAK sekarang nama GENG baru aku GENG THETA PIE. Rasa macam nak gelak jer sebab asal nama nih dicilok dari cerita omputih yang kitorang tengok sama-sama. Kalau dulu ada enam orang sekarang ada empat jer dan kitorang memulakan persahabatan dengan satu pergaduhan sebenarnya. Bila teringat masa zaman-zaman jahiliah kami tuh rasa macam malu dan bodoh jer macam budak-budak! Tapi aku bersyukur lar sebab pada aku, pergaduhan tuh sesuatu yang mematangkan usia dan pemikiran, baru lar jadi matured sikit. Wah, korang! rindunya nak gedik-gedik dengan korang. Apa tak nya, kitorang nih suka sangat gaduh dengan budak laki lepas tuh kutuk-kutuk dan boikot-boikot kejap. Hahaha, kejam gila kitorang kan. Jadi, konklusinya sekarang berakhir sudah sem satu tahun pertama aku di maktab yang aku sayangi..muahhh...I LOVE MAKTAB!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails